Wednesday, August 2, 2017

IT IS A WHOLE NEW WORLD

assalamualaikum w.b.t...
aduhduhduhduh....lamanyaaaaaaa tak buka blog ni. ingatkan dah dilupuskan rupanya masih ada. Readers blog ni pun rupanya masih ada. Alahai, terharu tau! 
So, back to the title..i am married! wahhhh...ko hengat ada orang kesah ke makcik?? ala, xpela nana nak share jgk dengan readers blog ni. Nana dah menjadi wife kepada husband masa raya aidiladha tahun lepas. so it has been 11 months since i've been a wife. Happy me!!
Kisah perkahwinan nana ni agak kontroversi jgk la sbb mak nana sebenarnya agak tidak setuju dengan calon husband nana masa tu. But my dad yang banyak yakinkan mak and help me and my husb. Even after dah bertunang pun, mak masih susah nak terima bakal menantu dia which is my husband now. Why? sebab beza umur my husband and I jauh sangat. 22 YEARS!!! maigad kannn! 
Even my siblings pun ramai yang tak setuju. sebab tu la semua persiapan perkahwinan nana, nana sendiri yang uruskan. Dari bridal, hantaran, makup, dress, doorgift...etc. SEMUA nana yang uruskan sendiri. adik-adik nana jela yang banyak tolong sikit-sikit dengan doorgift. Thanks sista!
Sepanjang menguruskan hal-hal berkaitan majlis, nana memang banyak sangat menangis. Sampaikan masa majlis malam berinai, nana duduk atas mini pelamin dengan mata yang bengkak sebab menangis dan menyiapkan doorgift berseorangan sampai lewat malam. Sedihnya masa tu Tuhan jela yang tau. Bila tengok gambar majlis berinai tu mesti air mata nana nak jatuh sebab teringat kembali susah payah nana nak memastikan majlis berlangsung.
But Allah is the best planner. Mak and my siblings akhirnya redha and majlis dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang drama. Alhamdulillah! Terima kasih mak, ayah dan siblings!
And now i live my life happily. Doakan masjid nana dan husband bina kekal bahagia sampai ke syurga ya! 


nampak tak kebengkakan mata kat situ?

Alhamdullilah!

Sunday, October 18, 2015

aku kembali..

Allahu....lamanya tak menaip kat blog ni.sibuk yang amat tahun ni. Tahun ni merupakan tahun terakhir nana di bumi tarbiah ni. Sungguh, bumi tarbiah IPG KPI banyak merubah nana dari seorang yang amat daif tentang Islam kepada seorang yang lebih sedar tentang agama kita. Alhamdulillah, nana ditemukan dengan kawan-kawan yang banyak membantu nana mengenal agama, yang sentiasa mengingatkan nana tentang siapa diri nana yang sebenar. Terima kasih ya Allah.

Tahun-tahun terakhir disini, hidup nana amat sibuk. Ditambah pula dengan perubahan dasar IPG yang memaksa kami melalui semester yang cukup padat ini cuma dalam jangka masa 4 bulan. Bayangkan jela, dalam masa 4 bulan, kami kena siapkan kajian tindakan, laporan kajian tindakan, buat pembentangan kajian tindakan, buat coursework, dan meghadap 3 kertas peperiksaan. duhhhh! Taip je pun dah penat, apatah lagi melaluinya.. tapi bila kita menyerahkan segala usaha kita kepada Allah, jangan risau...Dia bantu.

Alhamdulillah, sekarang nana dah berada di Sabah..bumi kelahiran nana. Misi kembali ke tanah air tidak lain tidak bukan hanyalah satu. Untuk membantu anak bangsa sendiri. Semoga Allah bantu dalam perjuangan yang satu ini. Insyallah, nana akan kongsikan pelbagai pengalaman nana menjadi seorang pendidik di bumi yang bertuah ini.

Buat kekasih hati yang jauh dimata dekat dihati, jangan risau. PJJ itu manis.

Tuesday, September 16, 2014

memujuk hati yang kecewa.

minggu nie minggu cuti sekolah. aku cuti kat asrama je.tiket flight mahal tahap makan orang.

minggu nie juga minggu aku berduka cita,bermuram durja, bermandi air mata. over sangat ka bunyinya? tapi itu realiti, tak kan aku nak tipu.

plan yang dirancang tidak menjadi. terlalu banyak halangan dan rintangan. kami merancang, Allah juga merancang. dan sebaik-baik perancang hanyalah Allah. siapa kami untuk melawan perancanganNya? 

jika benar dia bukan untukku, aku redha. aku telah lama redha kerana aku tau, dia bukan milikku yang mutlak.

aku kecewa, tapi aku belajar untuk redha. 

Saturday, September 13, 2014

janji tinggal janji.

marah.
kecewa.
perasaan memang sangat bercampur baur sekarang. tapi perasaan kecewa lebih mendominasi. ahh..dasar gila. TAK! bukan kamu atau kamu yang gila. tapi aku. kalau aku kata kamu yang gila,nanti kamu marah. jadi biar aku yang jadi si gila.

perasaan bila dijanjikan sesuatu,kemudian janji tinggal janji. seolah-olah engkau hendak memberi gula-gula kepada anak kecil tapi gula-gula itu kau sumbatkan kedalam mulutmu pula. metafora yang kurang menjadi, tapi begitulah lebih kurang maksudnya. 

perancangan yang bukan baru dibuat semalam atau satu minit tadi. tapi sudah hampir dua bulan, atau lebih mungkin? 

aku tau pepatah yang tepat untuk situasi ini.

gigi tanggal, rawan murah.

background aku mana hah jemah?

dah lama tak buka blog. sekejap tadi, beberapa saat sebelum aku terkejut, terdetik dihati kecilku yang berkaca-kaca ini untuk menjenguk ke tempat luahan hatiku yang kedua. ok, nak cakap blog je pon.

menari-nari jari di keyboard warrior, eh keyboard laptop taip url blog kesayanganku..maka terpampanglah blogku tanpa background image. sedih! sadis! sapa punya kerja nie g bukak wallpaper blog terbuang nie? dah la terbuang, diabaikan pulak. uhuk! hentak kepala tuan blog yang gojes.

maka, terhasillah template blog yang baru. sungguh simple..simple yang amat. nak buat fancy-fancy, tuan blog tak reti. maka terimalah keadaan seadanya.

nie pon dah kira cantik. ada warna.. nanti aku letak hitam putih je langsung kosong readers blog terbuang dan terabai ini. maaf blog kerana menciptamu dan mengabaikan mu.

sekian laporan untuk hari ini bersama tuan blog.