Sunday, November 4, 2012

tips kemas barang nak pindah

kali nie nana nak berkongsi sikit la tips untuk korang-korang yang bakal berpindah randah nie.huhu..we are same bebeh! nana sebenarnya sangat malas nak berpindah randah nie. tapi kadang-kadang terpaksa gak ikut perintah.

so, sekarang nie nana tengah sibuk nak kemaskan barang-barang nana yang sangat banyak nie sebab tahun depan nana kena duduk blok dan bilik lain pulak. haishlaa! pening nak kemas barang nie, susah-susah nana buang jek yang rasa tak penting tu..ok, here go some of the tips:

1. kemas barang ikut jenisnya. contohnya, kalau kemas barang kaca tu, pastikan laa dalam kotak tu semua barang kaca. so, nanti tak la serabut nak fikir kat kotak mana korang letak kan. pastikan gak korang tulis kat luar kotak tu jenis benda yang ada didalamnya. so, senang nak cari dan korang tau kotak mana yang isi dia mudah pecah..

2. bila nak pindah nie, seeloknya bawak benda-benda yang penting jela.contohnya, periuk nasi.muahahaha. kalo tak de periuk nasi kang korang kelaparan lak. tak kan korang nak pergi beli periuk nasi lagi bila dah lapar kan. benda-benda yang tak penting macam baju-baju tak pakai, buku-buku tak pernah baca, kerusi tak guna dah..etc yang tak guna dah korang jual atau dermakan jela kat orang. see..senangkan..tambah pahala cket.

3. barang-barang kaca yang muda pecah tu silalah yee bungkus dulu guna kertas sebelum masuk kotak.kang korang bukak kotak tu dah pecah berderai dah barang korang tu..hoho~ duittt tuuuuu...duitttt..

4. tips paling mudah untuk mengelakkan korang pening bila nak pindah, sila jangan beli barang banyak untuk mengelakkan korang kemas barang yang banyak gak..hoho!



ok, sekarang nana pening nak bagi kat sape semua baju dan benda-benda tak guna nie..see..kan dah pening..

Monday, October 29, 2012

bila tak sedar diri.

muahahahahaha...title entri kemain lagi kan. sebenarnya..sebenarnya..sebenarnya..errr..sapa yang tak sedar diri tu ekk..andakah?? sayakah?? ohhh..mestilah saya kan..nanti kalau anda, kang tak da sapa yang nak baca blog yang memang tak da orang nak baca nie hah,

ok.ok.ok...sebenarnya nana baru lepas menjawab exam pagi tadi.hoho...yup guys nana tengah sibuk dengan exam akhir semester sekarang nie. tu la pasal blog nana nie dah terabai dan kekurangan kasih sayang. nasib baik bukan orang, kalau tak, mesti dah cari tuan baru dia nie..

ok, back to the main point, tak sedar diri nie sebenarnya adalah disebabkan nana terlupa?? terabai?? tak ingat?? atau sengaja melupakan?? yang nana ada paper exam pada pagi tadi.hoh! haha...yes uolss..nana terlupa yang nana ada paper hari isnin. so, nana memang tak belajar sepenuhnya laa..

ehhh..esok exam??
muahahaha..to be frankly, nana sangat terkejut seumpama seekor rama-rama yang berwarna-warni keluar dari kepompong nya yang gelap..huh apakah??? ok, the point is nana sangat terkejut! hari isnin exam dah dan nana baru sedar pasal tu pada hari sabtu.lebih tepatnya malam ahad..hihihi..

so, dengan tenangnya dan dengan rasa tidak bersalah nana sambung tidur..esok baru belajar ye..sempat lagi..hihi..

ok, takpe....yang penting korang semua doakan nana yee..penting tu doa korang taw.plisshhhhh pray hard for me yaww...daaa!

Thursday, October 4, 2012

felt crazinesssss!

owhhh..saya sudah gila felt..eh, felt tu apa?? hah nie la felt....tadddaaa!!

sumber: en.google
sangat cantik okeh! sebab warna-warna kain nie sangat berwarna-warni..-_-" nana kenal benda nie pon dari kawan nana sebab nak kena buat boneka untuk pameran next week, dan pertama kali melihat kain nie nana dah jatuh chenta!!! wahhhh gituuu~

oleh kerana kegilaan yang sangat gila, maka nana telah mencari kain nie sehingga kehujung dunia...hohohoho! okeh tipu, nana cuma cari kain nie kat area kajang dan cheras..tapi tak jumpa..ntah knapa...dah round satu kajang tetap tak jumpa gak. mungkin nana salah masuk kedai kot. hahaha..salahkan pemandu yang memandu, nana ikot jek..:p

disebabkan dah meggeledah satu kajang dan separuh cheras tapi tak jumpa, maka nana pon mengorder kain nie secara online..weeeeee~ gumbira daku...duk godek2x kat internet, nana terjumpa satu blog yg jual kain nie dengan harga yang sangat berpatutan..dia jual kain felt nie satu set 18 keping dengan harga cuma rm22.50, plus kos pos laju rm7.00..hoho,hape lagi, marilah kita membeli dengan senyuman semanis madu..

nana order hari isnin, parcel sampai hari rabu..cepat kan! nana sangat teruja tengok kain-kain yang dah jadi hak milik nana tu..sangat cantik menarik kau memang debommm!

posto..posto!

kain felt hak milik nana.
weeee! kain dah sampai..xsempat panas pon kain tu kat bilik nana, nana dah bukak gunting dan bersedia untuk membuat boneka..hohoho. hasilnya, setakat nie baru tiga bijik kepala boneka yang nana sempat siapkan..dan ohh peliss...jangan kutuk ye sebab nana nie baru belajar nak buat benda nie.nie lihat hasilnya~


my duckkie, cisdel the cow and little elly.

esok, nana nak sambung buat lagi banyak-banyak..hehe...baru tiga benda nie siap, tapi kawan-kawan dah ramai yang mintak tempah nana buatkan untuk dorang..huhu..btw, nana sangat enjoy buat benda nie..terus teringin nak bukak bisnes buat benda cumil-cumil guna kain felt nie..hoooo~ boleh jadi usahawan berjaya nie..muahahaha~

*nota kaki: kalau korang nak beli secara online kain nie, boleh lah try cuba kat sini sebab layanan sangat ohsem + harga yang berpatutan + warna kain yang sangat cantik..cekidautt..sell & sold: felt chantek

Wednesday, October 3, 2012

voucher tesco rm1000????

baru2x nie nana ada dapat email daripada 1malaysiavoucherntahhapehapentah..hoho.

voucher tu mengatakan bahawa nana dah menang voucher rm1000, yang mana nana boleh pilih samada nana nak spent voucher tu kat giant, tesco atau carrefour..xke teruja korang?? nana teruja okeh.rm1000 kot, kena pulak time2x sengkek nie, hah macam xpecaye jek taw.

nie hah diaa!
tapiiiiiiiiiiiii tapi tapi tapi....boleh percaya ke nie??? nana dah eksited nak register kan, tiba2x terfikir, benda nie boleh percaya ke??? macam ada bau-bau bacang jek kan....ehhh, betol ke peribahasa tu?? ke macam ada something smell fishy there??? muahahahah..pape jela senah oiii..


cara daftar maklumat diri.
lepas tu nana buat la some researches on it and i found that, JANGAN PERCAYA BENDA2X CAMNI!!! hah, siap caps lock gituww nak bagi penegasan...nie semua spam, ke scam??? muahahaha lagi..pape jela, yang penting benda2x camni la yang boleh membukak semua maklumat peribadi anda dari no.akaun maybank, CIMB, bankok bank sehinggalah ke saiz baju kita kat penjenayah siber kat luar tu! huh, penat taip..

nana hampir tertipu..cisss! tapi nasib baik Allah still bantu bukakan mata hati dan mata-mata untuk melihat benda nie lebih detail lagi..alhamdulillah..so, korang-korang jangan mudah terperdaya taw dengan semua tawaran-tawaran yang berbau hamis nie...yela, nana taw bila kita tengok jek tawaran tunai depan mata kita,mesti kita teruja nak amik kan.. tpi fikirkan dulu kesahihan tawaran tersebut..moral of the story, double  triple check your fact. seeyah!

Monday, October 1, 2012

singgah siar: pantai morib

weeeeee~ sigh!
arini dah isnin kan...xbest nyerr...rasa macam tak puas nak cuti lagi.sabtu dan ahad tu rasa macam sekejap sangat bagi nana..owwuuu~ nie la dia, x bersyukur langsungkan..T_T

dua hari cuti nie nana habiskan dengan menyibukkan diri nana dengan aktiviti-aktiviti yang boleh menghiburkan nana.yelah, kan assignment semua dah siap, memang patut la nana pegi keluar berpoya-poya kan..wahhhh, senah! poya-poya gituwww!

hari jumaat lagi nana dah siap plan baek punya...nana plan nak bawak adik nana outing bersama2x..weee~ so, disebabkan nak outing, hari jumaat tu lepas jek kelas nana dengan semangat ala2x catwoman siapkan semua homework yang lecturer nana bagi.hamik ko! siap semua...hohohoho! (gelak puas hati)

bolehlah keluar dengan gumbiranyaaaaaaaaaaaa................ mari kita berjalan2x dalam hati nana berkata-kata dengan riang ria. ekkkkk..lupa pulak! hari sabtu sebelum berpoya-poya, nana pegi amik test komputer jpj dan ceteka....nana lulus dengan cemerlang!!! dapat 47/50 ye adik-adik sekalian..hihi..

bukti hokeh!
lepas dah abes amik test tu, kiteorang pon menuju ke kajang untuk menemankan member nana mencari boneka..sampai petag uols kiteorg berjalan.nana yang penat.dah la nak berpoya-poya lagi pasni kan..hohoho..

lebih kurang kul 4.30 nana balik, terus sembahyang dan tukar baju. call encik bos dan menuju ke shah alam untuk amik adik nana kat umah dia.  weeee~ nasib baik hencik bos sudi nak menjadi driver tanpa gaji untuk kami berpoya-poya haritu..hihihi..mekaseh hencik bos..

kiteorang ingat nak pegi jenjalan luar kawasan bandar coz semua pon dah musan asyik lepak kat mall jek..tak pon kedai mamak..upsssss..jadi kami semua pon setuju untuk melepakkan diri kat pantai morib yang aman damai..
welcome to morib!!
nampak tak kitorang berdua kat lam gambar tu??? hohoh..encik bos kata macam momok jek duk amik gambar kat situ memalam..

my sista and i..
sebenarnya kiteorang pegi makan jek pon kat morib tu..hohoho..apakah sengal nyaa nak gi makan pon punya jauh, tapi best uols...sebab saya memang suka berjalan-jalan naik kereta..bukan jalan kaki..-_-"

tapi pegi macam kureng sikitlaa sbab masa tu air surut.angin pon macam ada xda jek kan nak bertiup.baru nana teringin nak ditiup oleh angin sepoi-sepoi bahasa gituww..tapi xdak! 

pastu, ingatkan lepas balik dari morib nak ajak dia pegi putrajaya pulak, tapi tak sempat sebab esoknya adik I kena kerja..terpaksalah balik awal malam tu..next time kita singgah siar kat tempat lain pulak ye adik..daaaa~ owhhh, untuk hencik bos merangkap driver tak rasmi kiteorg, thanks a lot dear.

Wednesday, September 26, 2012

entry bergambar :derma darah.

hoho..toksah takot laaa...bukan ada darah yang banyak pon nana nak tunjuk..
ingat lagi tak entry nana pasal nana pegi derma darah hari tu..alaaa uolss~ entry tu baru jek ok..
pegi cek balik entry dua tiga hari lepas ye adik-adik dan kakak-kakak...
so, nie la entry bergambar haritu...hampun laaa..gambar lambat nak upload..hohoho..sila melihat dengan sabar dan tenang hokeh!

nie la saya~weeee!
ok, tipu jek..tu bukan nana..tu la akak yang monitor proses derma darah tu..harap maaf, nana tak da nombor hempon dia..hohohoho~
nie pulak pakwe nana~
ok tipu lagi...muahahahahaha~ nie bukan pakwe nana pon..nie la abang yang bertugas untuk cek darah kita tu jenis apa dan samada kita nie sesuai untuk derma darah atau tak..kinda handsome rite??? hoho..(hampun encik bos)
proses memilih calon menantu.
darah time!
derma darah sambil buat muka kesian.
wee~ dpt goodie bag dan ntah mende tuu..yeaa!
*nervous!
lepas nie nana nak derma darah lagi laa..plan nak buat benda nie regular setiap tahun..hah, nanti tak takut lagi dah kan..selain dapat selamtkan orang yang memerlukan sambil2x tu boleh la tambah pahala..jom derma darah!

Tuesday, September 18, 2012

derma darah yang best.

arini nana ada program derma darah kat IPG. kira macam tugasan assignment kiteorang la gi jadi penderma darah tu..pelik tak assignment kiteorang?? sangat pelik kan..

pagi2x lagi nana dah gerak gi dewan. konon nak jadi antara penderma terawal la konon. owhhh reason??? sebab nana nak siapkan assignment nana yang lom siap dan kena hantar pada hari yang sama. kelam kabut pulak nanti kalau lambat sangat nak g derma. kang takda masa nak buat.pastu bila dah derma awal bolehla balik bilik dan tidur awal.bijak tak?? hahah.

mula2x nak g cek darah tu nebes gak la..camtu la gayanya bila orang tak pernah gi dermah darah dan jarang jumpa jarum. tekojot den bila jarum tu tiba2x mencucuk jariku yang halus mulus dan tulus nie..hoho..saya darah jenis A..weeee~ slapped*

pastu gi la kaunseling dan daftar bagai kat akak2x PDN yang comey2x tu..dah daftar terus gi cari tempat kosong untuk derma..hihi...semangat gitu kan..haruslaaaa~

paling tak bley blah bila akak nurse yang comey tu tak jumpa tempat nak cucuk jarum tu..hihihi..kulitku tebal macam bewak ke? cisssss! dah nak 3, 4 kali pusing baru jumpa..hoooo~ dorang amik 2 bungkus darah nana..abeslaa  kurang dah darah nana..harus makan banyak2x la pasni kan.:p

pastu time temgah derma darah tu boleh pulak terfikir nak tidur n makan..memang kuat makan betol haku nih..haishhh! time tengah2x derma darah saya terasa lapar.so, abis jek derma darah terus ku mencari 100+ dengan roti. heaven~

itulah pengalaman pertama nana gi derma darah.tak sakit pon sebenarnya..mungkin lil bit seram dan nebes jek bila tengok jarum yang besar tu.

              sekian laporan saya untuk arini..babai. d^^b dermalah darah demi kesejahteraan bersama.

selamat hari raya yang mulia.

ekkkk??? maap2x..hampun2x ibu dan bapak sekalian...huhu..dah lama nana xupdate blog. reason??? ok fine..nana lupa password..^^b padan muka kan..
so, disebabkan kelupaan yang bemaharajalela, nana tak dapat nak update blog nana yang dah bersawang, bersarang labah2x, bernyamuk, dan bermacam2x lagi laa..maaf yee..
apepon nana tetap nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin.lewat pon lewat laa..ada haku kisah ke jemah??? 
so, macam mana raya korang?? nana punya raya sangant ohsemmmm..der~
jemput mam kuih ye..
owhh..nie tmpat kuih yang kecik untuk tetamu biasa2x jek..untuk vip lain agy..semua idea mak ye..bukan saya..hoho...

me at the first day of raya.
first day raya nana pakai jubah gituu..ayu nye hantu kak limah bila kai jubah ye..pandai tak saya nak menyamar jadi wanita ayu??? 


selamat hari raya dari kami sekeluarga..

Friday, August 3, 2012

saya penat!!

uwaaaaaa!! penat weyh..biasanya hari jumaat merupakan hari bersenang lenang bagi nana, tapi harini jadi hari yang sangat memenatkan pulak dah..T_T

boleh pulak dorang nak buat audit kehadiran.uwaaaaa...pastuh bagitau orang pon hari jumaat, nak cuti dah.uwaaaaa lagi.kalo gtaw awal2x bolehlah kiteorang siapkan awal2x....dah la kehadiran tak lengkap, dengan tanda tangan lecturer banyak yang tak ada..nak meraung menengok buku kehadiran tu noksss..nasib baek puasa..hihi..

pastuh satu hal lagi la pulak nak mencari dan mengejar para lecturer tu. ada yang kat pejabat laa, kat dewan laaa, kat rumah laaa, kat kafe laa..ok tipu sebab kafe tak bukak pon. tapi sangat letih weyh nak mencari mereka-mereka ini. siap kena turun naik pejabat tu berjuta-juta kali dan menunggu lecturer tersebut keluar dari washroom semata2x nak amik tandatangan mereka ini.

orang lain balik jam 12 tengah hari, tapi nana dengan ketua kuliah nana terpaksa balik jam 4.30 petang. ce korang kira berapa banyak beza tu. sangat banyak ok. orang lain dah tunggang tebalik tidur kat bilik, kiteorang plak tunggang tebalik nak siapkan bendalah nie. taubat noksss tamau jadi penolong ketua kuliah lagi.

sekian laporan hari ini.kbai!

Wednesday, August 1, 2012

nak amek lesen kereta!

weeeeeee~ petang nie nana dengan classmate nana, rose and hasanah nak pegi daftar lesen memandu..hihih.
umur dah 20 taon dah pon, tapi lesen pon tadak kan...hah, disebabkan kesedaran diri yang baru nak ada, kiteorang pon terkedek-kedeklah nak g amik lesen. jadi lepas nie, biar nana yang drive kereta ye..korang semua duduk belakang jek.
nana amik lesen kat pusat memandu cemerlang. alah..dekat jek kot.kat area jenderam...muahahahaha..ada udang disebalik mee ye kenapa nana nak amik kat sana..hihih...biarlah rahsiaaaa....tetiba* slapped
ok..panjang dah entri nie..=_="" sila lempang.
penat,kbai!

Tuesday, July 31, 2012

sahabat dunia, teman akhirat.

buat sahabat....
aku gembira menyanyangimu,
kerana Allah tukarkan kasih sayang tersebut dengan kelapangan hati,keredhaan dalam menerima dirimu seadanya dan kemudahan dalam setiap urusan,
ku iringi setiap kekesalan denga kemaafan,
"Ya Allah, sahabatku tiu hartaku, mesra kami penawar duka, rindu kami menambah pahala, rajuk kami membuah ceria"
"Ya Allah, silaturrahim kami ukhuwahfillah, bermusuh kami Nauzubillah, berpisah mati InsyaAllah, pengubat hati doa Rabitah"
"Ya Allah, rahmati kami meniti usia, terpisah kami dialam nyata, temukan kembali ditaman syurga"
amin ya rabbalalamin...

*khas buat mu sahabat dan teman......

lookin' at this picca remembered me to uolls.
this picca looks soooo uolls.

Sunday, July 29, 2012

solat sunat taubat

alhamdulillah..dah 9 hari kita umat islam berpuasa kan..xsedar masa berlalu dengan sangat cepat...
harini nana nak kongsikan cara pelaksanaan solat sunat taubat dengan semua pembaca.

semalam, nana ada ikut bengkel pngurusan jenazah kat IPG nana. alhamdulillah, nana dapat banyak ilmu berkaitan pengendalian jenazah. selain tu, nana juga dapat ilmu tentang amalan2x yang bermanfaat yang kita boleh lakukan setiap hari. salah satu darpadanya adalah solat sunat taubat.

sebolehnya, setiap hari kita laksanakanlah solat sunat taubat. bukan pe, kita nie tak tau bila malaikat maut nak datang cabut nyawa kita kan. dah tu hari-hari plak kita buat dosa secara sedar atau tak. so, tak kan lah kita nak jumpa Pencipta kita dengan keadaan yang kotor kan...

tak susah pon nak buat solat sunat taubat, 2 rakaat jek. berapa minit lah sangat kan. Jom kita amalkan dari sekarang. Biasakan yang betul yee...cekidauttt....dan semoga bermanfaat...


Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).
.
Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”  (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
.
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.
.

Fadhilat Taubat:

.
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.
.
.

CARA SOLAT TAUBAT

.
1.  Niat Solat Taubat:
Daku mengerjakan solat Sunat Taubat dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas
.
3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua, bacalah Tasbih berikut 40 kali:
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
.
4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar:
a.
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b.
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
.
c.  Baca 3 Kali Penghulu Istighfar:
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
.

5.  Baca Doa Taubat

.
lagi BESAR...

iftar bersama encik bos.

encik bos?? hihihihi...bos lah sangat kan...

semalam nana g bukak puasa dengan encik bos kat shah alam.besttt....sebab dapat bukak puasa makan makanan yang dah lama dihajati.oooemmmjj....ceteka apa dia...

tadaaaaaa!

muahahahaha..gelak puas hati.
sumpah sedap weyyy...kari ketam yang sedap! dah lama sebenarnya nana nak makan kari ketam nie. semuanya berpunca daripada bau yang nana terhidu masa lalu kat kedai makan mana tah..mula dari haritu, nana dah berazam, nana akan cari kari ketam nie sampai dapat.hoho.

lepas nana menyampaikan hajat yang terpendam kat encik bos, terus dia suruh nana cari kat tenet kedai makan yang jual ketam..nana pon hape lagi, dengan sepantas kilat mengonline dan mencari kedai makan yang ada kari ketam kat area selangor nie. 

nasib baik ada..kat seksyen 7 shah alam. kedai mee ketam KL.
around jam 4 petang nana dengan encik bos pon berangkat lah ke kedai tersebut. sebenarnya encik bos tak nak pergi awal sangat. segan katanya..yelah, awal sangat kot nak terpacak kat kedai tu. haha, wat malu jek kan datang awal2x. 

jadi, disebabkan tak nak datang awal g kedai makan tu, encik bos pon dengan baik hatinya membawa nana meround SACC sementara tu. dan di SACC, nana terkesima dan terperanjat dengan gojes sebentar sebab baju kurung dan jubah yag dorang jual sangat murah.hamek kau....mau rambang mata wehhh..nasib baik encik bos ada untuk memantau aliran wang keluar masuk.hihi....

lepas dah penat meround, kiteorang g masjid shah alam plak nak g smayang asar. dah fuhhhhh! masjid shah alam sangat ramai orang..dan sangat cantik..dan sangat besar.ok3x...sakai sangat ke?? yup, coz nie first time nana g masjid shah alam.weeeeee~

lepas dah pegi semua tempat tu, nana mintak encik bos mendrive ketempat kedai makan ketam tu sebab takut meja penuh.hah ada jugak yang bukak puasa minum air kosong jek kalau lambat datang kan.
so, dengan paksa rela nya, encik bos pon mendrive kesana.hahahaha..hampun encik bos. 

tapi tapi tapi....ada hikmah gak nana suruh drive awal g sana sebab kami......SESAT!! muahahahahaha..ok, fine..kiteorang sesat kat shah alam. ngeeeee~ kiteorang sampi masuk kat area kediaman menteri2x kot..cuak jugak seketika.kang tak memasal kena kejar dengan pakgad.hoho..
puas berlegar2x kat jalan raya, akhirnya kiteorang sampai gak kat tempat yang dituju. tu pon satu hal gak, hampir tak nampak kedai makan tu sebab signboard kecik kot...

tersembunyi jek kan.
yeaaaaaa~ setelah berhempas pulas, akhirnya nana dan encik bos sampai jugak! puas hati, paru-paru, jantung dan segalanya sebab dapat gak menunaikan hajat untuk makan bendalah nie.hihih, nana makan nasi putih, kari ketam dan jugak mee kari ketam.sangat ohsemmm...mekaseh kat encik bos sebab sudi membawa nana ke sini dan beriftar bersama nana..

hah, untuk korang-korang yang nak g makan ketam atau udang, nana suggestkan tempat nie sebab makanan banyak choice dan amat murah bagi nana. memang puas hati laa..terbaekkkk! 

berbaloi-baloi-baloi-baloi
nah..amek gak peta nie supaya korang tak sesat macam...errrrrrrr...macam orang lain.hohoho...

Tuesday, July 24, 2012

selamat hari raya.

muahahahahaha! puasa pon tak habis lagi dah riang ria kan. owhh..maap laa.bukan pe, tapi nana teruja neh..waaaaaaaa! eh, teruja ke gila nie???
hampun semua...nana teruja sangat2x sebab tadi nana dah dapat tiket balik kampung!!!! yeaaaa bebeh..best nyer..dapat gak nana beraya bersama keluarga. tak kisahlah puasa sorang2x, janji raya dengan kelurga kan.


tahun lepas nana tak dapat balik dan beraya dengan keluarga nana. sedih kan...nana raya sorang2x kat asrama. raya pertama jek dengan kawan2x, pastu nana balik bilik sebab nana lebih prefer untuk sambut sorang2x. biarlah nak melalak atau meraung pon kat bilik tu, tak de orang yang tau.bijak tak?? hik3x..

tahun lepas gak merupakan kali pertama nana beraya jauh dan tanpa keluarga. sebelum nie, nana tak pernah pun raya tanpa keluarga nana. hohoho..

so, tahun nie nana bersyukur sangat sebab dapat balik awal, dapat kelam kabut kemas rumah masa malam takbir (rindunyaaa), dapat main bunga api kat rumah sambil kai bedak sejuk pastoh adik nana sembunyi kat dalam selimut sambil menangis sebab takut kat bunyi mercun, dapat dengar takbir bersama dengan keluarga. rindu30juta kali boleh???

mungkin kali nie, raya kiteorang akan a bit gloomy sebab nenek nana dah meninggal. boleh dikatakan setiap tahun kiteorang akan raya dengan nenek, tapi kali nie xde lagi dah. mesti ayah sedih nanti..

apa pon, selamat berpuasa semua..dan selamat bakal hari raya...weeeeee~