Tuesday, September 16, 2014

memujuk hati yang kecewa.

minggu nie minggu cuti sekolah. aku cuti kat asrama je.tiket flight mahal tahap makan orang.

minggu nie juga minggu aku berduka cita,bermuram durja, bermandi air mata. over sangat ka bunyinya? tapi itu realiti, tak kan aku nak tipu.

plan yang dirancang tidak menjadi. terlalu banyak halangan dan rintangan. kami merancang, Allah juga merancang. dan sebaik-baik perancang hanyalah Allah. siapa kami untuk melawan perancanganNya? 

jika benar dia bukan untukku, aku redha. aku telah lama redha kerana aku tau, dia bukan milikku yang mutlak.

aku kecewa, tapi aku belajar untuk redha. 

Saturday, September 13, 2014

janji tinggal janji.

marah.
kecewa.
perasaan memang sangat bercampur baur sekarang. tapi perasaan kecewa lebih mendominasi. ahh..dasar gila. TAK! bukan kamu atau kamu yang gila. tapi aku. kalau aku kata kamu yang gila,nanti kamu marah. jadi biar aku yang jadi si gila.

perasaan bila dijanjikan sesuatu,kemudian janji tinggal janji. seolah-olah engkau hendak memberi gula-gula kepada anak kecil tapi gula-gula itu kau sumbatkan kedalam mulutmu pula. metafora yang kurang menjadi, tapi begitulah lebih kurang maksudnya. 

perancangan yang bukan baru dibuat semalam atau satu minit tadi. tapi sudah hampir dua bulan, atau lebih mungkin? 

aku tau pepatah yang tepat untuk situasi ini.

gigi tanggal, rawan murah.

background aku mana hah jemah?

dah lama tak buka blog. sekejap tadi, beberapa saat sebelum aku terkejut, terdetik dihati kecilku yang berkaca-kaca ini untuk menjenguk ke tempat luahan hatiku yang kedua. ok, nak cakap blog je pon.

menari-nari jari di keyboard warrior, eh keyboard laptop taip url blog kesayanganku..maka terpampanglah blogku tanpa background image. sedih! sadis! sapa punya kerja nie g bukak wallpaper blog terbuang nie? dah la terbuang, diabaikan pulak. uhuk! hentak kepala tuan blog yang gojes.

maka, terhasillah template blog yang baru. sungguh simple..simple yang amat. nak buat fancy-fancy, tuan blog tak reti. maka terimalah keadaan seadanya.

nie pon dah kira cantik. ada warna.. nanti aku letak hitam putih je langsung kosong readers blog terbuang dan terabai ini. maaf blog kerana menciptamu dan mengabaikan mu.

sekian laporan untuk hari ini bersama tuan blog.

Thursday, May 15, 2014

Flashback interview.

hari nie ada sukan sempena hari guru,SELAMAT HARI GURU nana ucapkan kat semua guru di Malaysia. sekarang nie dah masuk "revision week". bermaksud kuliah dah makin kurang, kalau sebelum nie, setiap hari ada kuliah, tapi dalam revision week, kuliah tu seminggu sekali dua je.tu pun terpulang nak datang ke tak. heaven sangat bunyinya kan.. tapi realitinya, revision week bermaksud tiap jam menghadap buku dan nota-nota kuliah. kalau sebelum nie, kau tak perasan pun kau ada dapat nota ni, nota tu. time revision week nie lah baru kau sedar, "eh, ada rupanya nota nie kat dalam fail". loser nya aku.

tadi, lepas bersukan sekejap (percayalah, memang sangat sekejap), aku ikut kawan naik pergi kafe beli nasi dengan ikan. tujuan nak sarapan, tapi nie dah macam lunch. tak pe, aku tak kisah, yang penting aku nak makan.  sampai je kat kafe, diri ini agak terkejut sebab tengok ada ramai orang, beratur nak beli makanan jugak. owh,baru teringat..ada interview bakal guru-guru baru lepasan SPM.

meriah sungguh mereka. ada yang datang dengan mak, dengan ayah, dengan abang, dengan kakak. tersenyum melihat mereka, makan menghadap mak dan bapak masing-masing. sedangkan aku, makan berteman buku,menghadap laptop. bahagianya mereka. dalam kecemburuan hati tetap terkenang saat aku interview sebelum masuk maktab dulu. 

dulu, 5 tahun lepas rasanya...2009 ya memang 5 tahun dah berlalu. sekejap je rasanya. how time flies~ 
dulu, urus permohonan masuk maktab sendiri. mak ayah tak tau pon aku gatal pergi online mohon masuk maktab. hari-hari aku pergi online kat kedai sebab takut terlepas panggilan temuduga. satu hari, dapat SMS, eh...aku dipanggil untuk temuduga maktab. gembira dihati Tuhan je yang tahu. sebab aku dah lepaskan tawaran matrikulasi labuan, aku dah tak pandang tawaran UITM KK. aku memang total mengharapkan tawaran dari maktab. Alhamdulillah aku dapat.

dalam keriangan nak berkongsi berita dengan mak ayah, terselit kegelisahan. "aku nak pergi temuduga naik apa?". mak ayah aku mana ada kereta. arghhhhh...tak pa, aku bagi taw juga akhirnya dan mereka amat gembira. akhirnya anak mereka dapat tawaran maktab.yang mana bagi mereka aku dah dapat kerja kerajaan. haha..aku print out surat tawaran temuduga. tengok tempat temuduga..jauhnya...kat Tawau. masih berfikir macam mana aku nak pergi.

mak dah siap buatkan aku baju kurung, khas untuk aku pergi temu duga..terima kasih mak. ayah hari-hari ingatkan aku untuk hafal semua benda pasal pendidikan, dari nama menteri sampai la pelan-pelan pendidikan.  dan print out semua borang dan sijil yang perlu. gembira hati melihat mereka begitu teruja. walau dalam hati sejuta kerisauan bermain. "macam mana kalau aku gagal temuduga?". kecewa, mesti mereka kecewa. dua hari sebelum temuduga, aku luahkan kat mak."mak, macam mana nana nak pergi temuduga nie?". "naik bas ka?". mak senyum...jangan risau...ayah dah tempahkan kereta untuk pergi Tawau. mak ayah dah fikirkan penyelesaian untuk aku sebelum aku tanya lagi. itu jasa mak ayah..

sampai hari untuk ditemuduga. jam 4 subuh lagi aku dah bangun.mak ayah dah bangun. adik-adik dah bangun. semua ikut sekali aku pergi temuduga, hahaha..keluarga yang sangat supportive. aku sorang temuduga, satu rumah ikut..jam 5 dah naik kereta. 4 jam perjalanan dari rumah ke Tawau tak terasa.mungkin sebab aku nervous..sepanjang perjalanan aku cek sijil dan surat menyurat. aku sms cikgu-cikgu tanya segala macam benda. sampai kat IPG Balung, tempat aku ditemuduga tepat jam 10.30. aku rasa aku datang awal. tengok keliling dah ramai orang. mak ayah adik-adik semua hantar aku sampai kat dalam bangunan. ramai orang....sorang pun aku tak kenal. 

aku tengok lagi keliling, mana bilik temuduga? aku tak nampak tanda pun. nasib baik ada orang tempat bertanya..aku tanya,"mana bilik temuduga?". dia tnya balik,"awak temuduga jam berapa?". hah....terlopong! damnnnn! ada waktu ke temuduga nie? sumpah aku tak tau..dia ambil surat temuduga dan tengok..."eh,sesi temuduga awak nie jam 8 pagi tadi." aku tengok dia..dia tengok aku..aku tengok jam..nak jam 11 dah..aku tengok muka mak..aku pandang muka ayah..aku rasa nak menangis. kenapa aku tak perasan dia ada tulis waktu sesi temuduga...kenapa aku tak baca betul-betul..aku tak tau nak buat apa kecuali menangis. jauh aku datang..aku bawak mak ayah dan adik-adik sekali..sedih, tu je yang aku tau.

nasib baik orang tu baik, tolong aku aturkan semula masa temuduga. mak teman aku sepanjang masa tu. ayah kat luar dengan adik. maaf mak sebab nana tak baca surat tu betul-betul. jam 11.30, senarai nama untuk sesi temuduga kedua keluar. Alhamdulillah, namaku tersenarai. arghhhhhh! lega yang amat. sekurang-kurangnya aku masih tak kecewakan mak ayah. 10 minit menunggu, aku dipanggil masuk bersama dengan 5 orang yang lain. didalam bilik aku diasak dengan soalan kenapa aku datang lambat. macam mana aku nak cakap,sumpah aku tak tau pasal masa tu. tapi aku mengaku je aku terlewat dan meminta maaf. sepanjang masa temuduga, maaf meniti dibibir.

dalam bilik temuduga, macam-macam soalan ditanya. and as expected, they asked in english and we're supposed to answer in english too. aku mana tau english. kat rumah aku cakap melayu je.kat sekolah pon, 40% je aku cakap in english.tapi dalam bilik temuduga, gunalah sehabis mungkin.segala vocab yang aku ada aku cuba guna. bila sesi temuduga berkumpulan aku lagi gabrah sebab ahli kumpulan yang lain semua terer speaking. aku rasa aku paling loser..xpe,aku cuba jugak sebaik mungkin. dah jauh aku pergi,takkan aku nak sia-siakan peluang cuma kerana aq rasa aq loser.  soalan imsak aku dah lupa aku buat bila. xpe,yang aku tau soalan dia sangat banyak.

habis sesi temuduga, aku keluar. aku tengok, mak masih ada diluar.masih setia menunggu aku. aku risau,tapi aku sembunyikan. aku cuma senyum pandang mak. kami jalan beriringan keluar,mencari ayah dan adik-adik. kesian..mereka duduk menunggu di depan bangunan. mesti lama mereka tunggu. letih terpancar diwajah ayah dan mak, tapi tak terdengar pun sebarang rungutan letih..besar sungguh pengorbanan mereka. 

sekarang, selepas 5 tahun..aku disini..tak sia-sia pengorbanan mak ayah aku 5 tahun lepas. kalau ikutkan,banyak lagi pengorbanan mereka berpanas berlapar masa aku ditemuduga.tapi biarlah aku simpan sendiri..sedih aku nak buka kembali kisah-kisah lepas. 

sebab tu aku tersenyum bila melihat adik-adik bakal guru nak ditemuduga. senang...datang berhantar, makan berhadap. aku dulu..haha..biarlah aku dan mereka saja yang tahu.

Thursday, February 6, 2014

review: NYX round lipstick.

ok, macam yang dah korang sedia maklum, sebelum nie nana ada beli 2 batang lipstick online brand NYX. Brand nie cuma jual kat luar negara je, tapi sekarang dah ramai instashop dan kedai-kedai online yang dah mula jual barang-barang dari NYX nie. harga lipstik yang nana beli nie, affordable buat golongan merhan macam nana nie.so, setelah hampir sebulan menggunakan lipstik nie marilah nana mereview mereka.

harga : rm15 + rm6 (postage) 
 haritu, nana beli 2 batang lipstik sekali. so total harga rm 36 je. murah dah tu noksss..2 batang lipstik kalo beli kat guardian pon mau rm60 - 70 jugak melayang. untuk nie nana bagi namploh bintang. ******

appearance: cantik..haha..well, bagi nana sesuai dengan harga dia la. kalo nak yang ada batu permata berlian liplapliplap kat keliling lipstik tu memang la xde kan. kalo nak yang camtu baik hang g habib je. warna tiub lipstik, warna hitam. look so classic and elegant for me. 




berdasarkan pengalaman pakai lipstik nie, nana boleh katakan lipstik nie memang sangat bagus. sangat bagus kenapa? mestilah kerana warna nya yang sangat naik atau pigmented bila disapukan di bibir. warna lipstik tu akan naik dengan sangat cantik. mestilah itu satu kelebihan kepada lipstik tersebut. yelah, orang beli lipstik mestilah disebabkan warna nya. so nana bagi tigaplohjuta bintang! ***

gambar yang pertama tu nana guna NYX rose, yang gambar kedua plak NYX snow white. beza warna kedua-dua lipstik tersebut, NYX snow white lebih pekat warna merahnya atau warna merah yang agak gelap sedikit, manakala NYX rose, warna merahnya lebih cerah. Tapi yang pasti, kedua-duanya pun mempunyai warna yang sangat cantik.

snow white vs rose

Bila pakai lipstik nie, baunya agak berbeza dengan lipstik lain. mungkin dia tak pakai perfume kot. ontah laaa..ianya sedikit berbau, macam bau plastik..hah, gitu la lebih kurang.



nasihat saya, sebelum sapukan lipstik kat bibir, pastikan anda pakai lipbalm atau pelembab bibir dulu. lipstik NYX nie xda pelembab, so bila korang main taram je guna tak pakai pelembab, nanti bibir tak nampak cantik. bibir akan nampak kering dan semua mak nenek garis-garis kat  bibir kering akan kelihatan. so, dinasihatkan pakailah lipbbalm dulu ye cik hakak dan hadek. 

selain tu  lipstik nie boleh menyebabkan bibir kering selepas penggunaan. macam nana sendiri, lepas pakai je, bibir memang akan jadi kering kontang macam padang pasir. so dinasihatkan juga untuk sapukan lipbalm lepas guna. cian bibir nanti.

siapa-siapa yang rasa nak cuba pakai boleh la cari kat kedai-kedai online. google je mesti ada punya. kalo takda jumpa jugak, boleh lah berhubung terus dengan nana. InsyaAllah nana boleh tolong rekomenkan online store yang terbaik untuk korang..


see u!

Tuesday, January 7, 2014

NYX round lipstick.

Arhhh..lama rasanya tak menaip untuk blog kesayangan nie. harini rasa semangat pulak sebab arini nana nak kongsi satu produk terbaik dari ladang.

bagi korang yang dah biasa pakai barang-barang kosmetik luar negara maybe memang dah biasa dengar jenama NYX nie. jenama nie luar negara yang punya, tapi dah ramai orang malaysia yang jual produk NYX online. 

dulu pon nana tak kenal produk NYX nie. tapi sejak aktif berinstagram nie, nana macam dah jadi tertarik pulak kat produk dia, especially lipstik. memang best la bak hang. kalo baca kt internet pon, memang ramai orang yang suka pakai lipstik dia sebab warnanya sangat menyerlah dan tahan sehingga 3 atau 4 jam, tanpa korang makan atau minum la kan.

so, disebabkan dah terpengaruh dek kecantikan warna lipstik NYX tu, nana cuba-cuba la beli online. senang je, nana beli kat instashop kt instagram. korang boleh follow instashop LALASTATION, banyak pilihan produk NYX yang korang boleh cari kat situ. rambang mata weyhhh.. iman kena kuat taw kalo tengok. kalo tak, mau beli semua yang dia jual.

kebetulan, masa nana order kat cik lala tu, harga tengah runtuh pulak.. makin menggila la kan nana jadinya. hape lagi, haku rembat dua batang lipstik sekali. tapi harga memang terbaik. disebabkan harga promosi akhir tahun, so nana dapat beli dua lipstik NYX dengan harga hanya RM38. tak gila ngko dapat harga camtu. 



pagi tadi nana dah dapat parcel dari lala. memang tak menyabar la kan nak buka. balik je bilik, memang terus koyak plastik and try lipstik baru..wheeeee~ serius warna lipstik NYX memang terbaik. Pigmentasi warna sangat menyerlah. Kali nie, nana cuba snow white dan rose. Dua-dua warna memang berbeza.


Nampak tak, cik lala balut elok-elok je taw..siap balut dengan plastik bubble-bubble tu lagi untuk elakkan lipstik kita tu patah ke apa kan..safety first gituuu.



kemas teratur sangat taw...mak jemah suka sangat.



yang warna pink cerah tu rose, yang warna gelap sikit tu plak snow white. owhhh..i loike!


close up sikit....





sesungguhnya nana memang jatuh chenta, fall in love at first sight sangat dengan lipstik NYX dua nie. kalau korang nak bajet-bajet anak dara muda belia lagi, bolehlah pakai rose sebab warna pink dia sangat cantik. pink lembut gitu tapi warna sangat naik. kalo nak feeling-feeling mak jemah atau kak ton comey loteh pulak, silalah pakai snow white..warna merah dia sangat awesome..sangat cantik..rasanya dua-dua warna pon sesuai dengan apa jenis warna kulit pon.


ehhh..haruslah ada bukti kan..hewhew..kat atas nie nana pakai lipstik NYX snow white punya..lawakan merah dia..yang lain-lain tu silalah abaikan atau buat-buat tak nampak je.

so, kalo korang nak jugak merasa feeling-feeling kak ton, silalah ke instashop lalastation.servis terbaik dengan harga terbaik.