Tuesday, September 16, 2014

memujuk hati yang kecewa.

minggu nie minggu cuti sekolah. aku cuti kat asrama je.tiket flight mahal tahap makan orang.

minggu nie juga minggu aku berduka cita,bermuram durja, bermandi air mata. over sangat ka bunyinya? tapi itu realiti, tak kan aku nak tipu.

plan yang dirancang tidak menjadi. terlalu banyak halangan dan rintangan. kami merancang, Allah juga merancang. dan sebaik-baik perancang hanyalah Allah. siapa kami untuk melawan perancanganNya? 

jika benar dia bukan untukku, aku redha. aku telah lama redha kerana aku tau, dia bukan milikku yang mutlak.

aku kecewa, tapi aku belajar untuk redha. 

Saturday, September 13, 2014

janji tinggal janji.

marah.
kecewa.
perasaan memang sangat bercampur baur sekarang. tapi perasaan kecewa lebih mendominasi. ahh..dasar gila. TAK! bukan kamu atau kamu yang gila. tapi aku. kalau aku kata kamu yang gila,nanti kamu marah. jadi biar aku yang jadi si gila.

perasaan bila dijanjikan sesuatu,kemudian janji tinggal janji. seolah-olah engkau hendak memberi gula-gula kepada anak kecil tapi gula-gula itu kau sumbatkan kedalam mulutmu pula. metafora yang kurang menjadi, tapi begitulah lebih kurang maksudnya. 

perancangan yang bukan baru dibuat semalam atau satu minit tadi. tapi sudah hampir dua bulan, atau lebih mungkin? 

aku tau pepatah yang tepat untuk situasi ini.

gigi tanggal, rawan murah.

background aku mana hah jemah?

dah lama tak buka blog. sekejap tadi, beberapa saat sebelum aku terkejut, terdetik dihati kecilku yang berkaca-kaca ini untuk menjenguk ke tempat luahan hatiku yang kedua. ok, nak cakap blog je pon.

menari-nari jari di keyboard warrior, eh keyboard laptop taip url blog kesayanganku..maka terpampanglah blogku tanpa background image. sedih! sadis! sapa punya kerja nie g bukak wallpaper blog terbuang nie? dah la terbuang, diabaikan pulak. uhuk! hentak kepala tuan blog yang gojes.

maka, terhasillah template blog yang baru. sungguh simple..simple yang amat. nak buat fancy-fancy, tuan blog tak reti. maka terimalah keadaan seadanya.

nie pon dah kira cantik. ada warna.. nanti aku letak hitam putih je langsung kosong readers blog terbuang dan terabai ini. maaf blog kerana menciptamu dan mengabaikan mu.

sekian laporan untuk hari ini bersama tuan blog.