Tuesday, July 31, 2012

sahabat dunia, teman akhirat.

buat sahabat....
aku gembira menyanyangimu,
kerana Allah tukarkan kasih sayang tersebut dengan kelapangan hati,keredhaan dalam menerima dirimu seadanya dan kemudahan dalam setiap urusan,
ku iringi setiap kekesalan denga kemaafan,
"Ya Allah, sahabatku tiu hartaku, mesra kami penawar duka, rindu kami menambah pahala, rajuk kami membuah ceria"
"Ya Allah, silaturrahim kami ukhuwahfillah, bermusuh kami Nauzubillah, berpisah mati InsyaAllah, pengubat hati doa Rabitah"
"Ya Allah, rahmati kami meniti usia, terpisah kami dialam nyata, temukan kembali ditaman syurga"
amin ya rabbalalamin...

*khas buat mu sahabat dan teman......

lookin' at this picca remembered me to uolls.
this picca looks soooo uolls.

Sunday, July 29, 2012

solat sunat taubat

alhamdulillah..dah 9 hari kita umat islam berpuasa kan..xsedar masa berlalu dengan sangat cepat...
harini nana nak kongsikan cara pelaksanaan solat sunat taubat dengan semua pembaca.

semalam, nana ada ikut bengkel pngurusan jenazah kat IPG nana. alhamdulillah, nana dapat banyak ilmu berkaitan pengendalian jenazah. selain tu, nana juga dapat ilmu tentang amalan2x yang bermanfaat yang kita boleh lakukan setiap hari. salah satu darpadanya adalah solat sunat taubat.

sebolehnya, setiap hari kita laksanakanlah solat sunat taubat. bukan pe, kita nie tak tau bila malaikat maut nak datang cabut nyawa kita kan. dah tu hari-hari plak kita buat dosa secara sedar atau tak. so, tak kan lah kita nak jumpa Pencipta kita dengan keadaan yang kotor kan...

tak susah pon nak buat solat sunat taubat, 2 rakaat jek. berapa minit lah sangat kan. Jom kita amalkan dari sekarang. Biasakan yang betul yee...cekidauttt....dan semoga bermanfaat...


Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).
.
Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”  (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
.
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.
.

Fadhilat Taubat:

.
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.
.
.

CARA SOLAT TAUBAT

.
1.  Niat Solat Taubat:
Daku mengerjakan solat Sunat Taubat dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas
.
3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua, bacalah Tasbih berikut 40 kali:
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
.
4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar:
a.
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b.
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
.
c.  Baca 3 Kali Penghulu Istighfar:
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
.

5.  Baca Doa Taubat

.
lagi BESAR...

iftar bersama encik bos.

encik bos?? hihihihi...bos lah sangat kan...

semalam nana g bukak puasa dengan encik bos kat shah alam.besttt....sebab dapat bukak puasa makan makanan yang dah lama dihajati.oooemmmjj....ceteka apa dia...

tadaaaaaa!

muahahahaha..gelak puas hati.
sumpah sedap weyyy...kari ketam yang sedap! dah lama sebenarnya nana nak makan kari ketam nie. semuanya berpunca daripada bau yang nana terhidu masa lalu kat kedai makan mana tah..mula dari haritu, nana dah berazam, nana akan cari kari ketam nie sampai dapat.hoho.

lepas nana menyampaikan hajat yang terpendam kat encik bos, terus dia suruh nana cari kat tenet kedai makan yang jual ketam..nana pon hape lagi, dengan sepantas kilat mengonline dan mencari kedai makan yang ada kari ketam kat area selangor nie. 

nasib baik ada..kat seksyen 7 shah alam. kedai mee ketam KL.
around jam 4 petang nana dengan encik bos pon berangkat lah ke kedai tersebut. sebenarnya encik bos tak nak pergi awal sangat. segan katanya..yelah, awal sangat kot nak terpacak kat kedai tu. haha, wat malu jek kan datang awal2x. 

jadi, disebabkan tak nak datang awal g kedai makan tu, encik bos pon dengan baik hatinya membawa nana meround SACC sementara tu. dan di SACC, nana terkesima dan terperanjat dengan gojes sebentar sebab baju kurung dan jubah yag dorang jual sangat murah.hamek kau....mau rambang mata wehhh..nasib baik encik bos ada untuk memantau aliran wang keluar masuk.hihi....

lepas dah penat meround, kiteorang g masjid shah alam plak nak g smayang asar. dah fuhhhhh! masjid shah alam sangat ramai orang..dan sangat cantik..dan sangat besar.ok3x...sakai sangat ke?? yup, coz nie first time nana g masjid shah alam.weeeeee~

lepas dah pegi semua tempat tu, nana mintak encik bos mendrive ketempat kedai makan ketam tu sebab takut meja penuh.hah ada jugak yang bukak puasa minum air kosong jek kalau lambat datang kan.
so, dengan paksa rela nya, encik bos pon mendrive kesana.hahahaha..hampun encik bos. 

tapi tapi tapi....ada hikmah gak nana suruh drive awal g sana sebab kami......SESAT!! muahahahahaha..ok, fine..kiteorang sesat kat shah alam. ngeeeee~ kiteorang sampi masuk kat area kediaman menteri2x kot..cuak jugak seketika.kang tak memasal kena kejar dengan pakgad.hoho..
puas berlegar2x kat jalan raya, akhirnya kiteorang sampai gak kat tempat yang dituju. tu pon satu hal gak, hampir tak nampak kedai makan tu sebab signboard kecik kot...

tersembunyi jek kan.
yeaaaaaa~ setelah berhempas pulas, akhirnya nana dan encik bos sampai jugak! puas hati, paru-paru, jantung dan segalanya sebab dapat gak menunaikan hajat untuk makan bendalah nie.hihih, nana makan nasi putih, kari ketam dan jugak mee kari ketam.sangat ohsemmm...mekaseh kat encik bos sebab sudi membawa nana ke sini dan beriftar bersama nana..

hah, untuk korang-korang yang nak g makan ketam atau udang, nana suggestkan tempat nie sebab makanan banyak choice dan amat murah bagi nana. memang puas hati laa..terbaekkkk! 

berbaloi-baloi-baloi-baloi
nah..amek gak peta nie supaya korang tak sesat macam...errrrrrrr...macam orang lain.hohoho...

Tuesday, July 24, 2012

selamat hari raya.

muahahahahaha! puasa pon tak habis lagi dah riang ria kan. owhh..maap laa.bukan pe, tapi nana teruja neh..waaaaaaaa! eh, teruja ke gila nie???
hampun semua...nana teruja sangat2x sebab tadi nana dah dapat tiket balik kampung!!!! yeaaaa bebeh..best nyer..dapat gak nana beraya bersama keluarga. tak kisahlah puasa sorang2x, janji raya dengan kelurga kan.


tahun lepas nana tak dapat balik dan beraya dengan keluarga nana. sedih kan...nana raya sorang2x kat asrama. raya pertama jek dengan kawan2x, pastu nana balik bilik sebab nana lebih prefer untuk sambut sorang2x. biarlah nak melalak atau meraung pon kat bilik tu, tak de orang yang tau.bijak tak?? hik3x..

tahun lepas gak merupakan kali pertama nana beraya jauh dan tanpa keluarga. sebelum nie, nana tak pernah pun raya tanpa keluarga nana. hohoho..

so, tahun nie nana bersyukur sangat sebab dapat balik awal, dapat kelam kabut kemas rumah masa malam takbir (rindunyaaa), dapat main bunga api kat rumah sambil kai bedak sejuk pastoh adik nana sembunyi kat dalam selimut sambil menangis sebab takut kat bunyi mercun, dapat dengar takbir bersama dengan keluarga. rindu30juta kali boleh???

mungkin kali nie, raya kiteorang akan a bit gloomy sebab nenek nana dah meninggal. boleh dikatakan setiap tahun kiteorang akan raya dengan nenek, tapi kali nie xde lagi dah. mesti ayah sedih nanti..

apa pon, selamat berpuasa semua..dan selamat bakal hari raya...weeeeee~

Monday, July 23, 2012

diakah jodoh ku...?



10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja


Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3.Terima Kita Seadaanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.
Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa jujur


Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.
Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai


Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?
Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.
Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama


Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.
Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.
Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8. Tampilkan kelemahan


Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.
Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9. Kata hati


Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.
Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?
Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10. Solat Istikharah dan Tawakkal


Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.




nota kaki: semuaNya rahsia Allah..Dia juga lah yang lebih mengetahui. kita hanya merancang, tapi Dia yang mengizinkan kerana Dia jugalah Sebaik-baik perancang.

nota tapak kaki: jangan percaya 100% kerana adakalanya, orang yang kita paling tidak suka atau musuh kita rupanya adalah jodoh kita..kan....:)