Thursday, May 15, 2014

Flashback interview.

hari nie ada sukan sempena hari guru,SELAMAT HARI GURU nana ucapkan kat semua guru di Malaysia. sekarang nie dah masuk "revision week". bermaksud kuliah dah makin kurang, kalau sebelum nie, setiap hari ada kuliah, tapi dalam revision week, kuliah tu seminggu sekali dua je.tu pun terpulang nak datang ke tak. heaven sangat bunyinya kan.. tapi realitinya, revision week bermaksud tiap jam menghadap buku dan nota-nota kuliah. kalau sebelum nie, kau tak perasan pun kau ada dapat nota ni, nota tu. time revision week nie lah baru kau sedar, "eh, ada rupanya nota nie kat dalam fail". loser nya aku.

tadi, lepas bersukan sekejap (percayalah, memang sangat sekejap), aku ikut kawan naik pergi kafe beli nasi dengan ikan. tujuan nak sarapan, tapi nie dah macam lunch. tak pe, aku tak kisah, yang penting aku nak makan.  sampai je kat kafe, diri ini agak terkejut sebab tengok ada ramai orang, beratur nak beli makanan jugak. owh,baru teringat..ada interview bakal guru-guru baru lepasan SPM.

meriah sungguh mereka. ada yang datang dengan mak, dengan ayah, dengan abang, dengan kakak. tersenyum melihat mereka, makan menghadap mak dan bapak masing-masing. sedangkan aku, makan berteman buku,menghadap laptop. bahagianya mereka. dalam kecemburuan hati tetap terkenang saat aku interview sebelum masuk maktab dulu. 

dulu, 5 tahun lepas rasanya...2009 ya memang 5 tahun dah berlalu. sekejap je rasanya. how time flies~ 
dulu, urus permohonan masuk maktab sendiri. mak ayah tak tau pon aku gatal pergi online mohon masuk maktab. hari-hari aku pergi online kat kedai sebab takut terlepas panggilan temuduga. satu hari, dapat SMS, eh...aku dipanggil untuk temuduga maktab. gembira dihati Tuhan je yang tahu. sebab aku dah lepaskan tawaran matrikulasi labuan, aku dah tak pandang tawaran UITM KK. aku memang total mengharapkan tawaran dari maktab. Alhamdulillah aku dapat.

dalam keriangan nak berkongsi berita dengan mak ayah, terselit kegelisahan. "aku nak pergi temuduga naik apa?". mak ayah aku mana ada kereta. arghhhhh...tak pa, aku bagi taw juga akhirnya dan mereka amat gembira. akhirnya anak mereka dapat tawaran maktab.yang mana bagi mereka aku dah dapat kerja kerajaan. haha..aku print out surat tawaran temuduga. tengok tempat temuduga..jauhnya...kat Tawau. masih berfikir macam mana aku nak pergi.

mak dah siap buatkan aku baju kurung, khas untuk aku pergi temu duga..terima kasih mak. ayah hari-hari ingatkan aku untuk hafal semua benda pasal pendidikan, dari nama menteri sampai la pelan-pelan pendidikan.  dan print out semua borang dan sijil yang perlu. gembira hati melihat mereka begitu teruja. walau dalam hati sejuta kerisauan bermain. "macam mana kalau aku gagal temuduga?". kecewa, mesti mereka kecewa. dua hari sebelum temuduga, aku luahkan kat mak."mak, macam mana nana nak pergi temuduga nie?". "naik bas ka?". mak senyum...jangan risau...ayah dah tempahkan kereta untuk pergi Tawau. mak ayah dah fikirkan penyelesaian untuk aku sebelum aku tanya lagi. itu jasa mak ayah..

sampai hari untuk ditemuduga. jam 4 subuh lagi aku dah bangun.mak ayah dah bangun. adik-adik dah bangun. semua ikut sekali aku pergi temuduga, hahaha..keluarga yang sangat supportive. aku sorang temuduga, satu rumah ikut..jam 5 dah naik kereta. 4 jam perjalanan dari rumah ke Tawau tak terasa.mungkin sebab aku nervous..sepanjang perjalanan aku cek sijil dan surat menyurat. aku sms cikgu-cikgu tanya segala macam benda. sampai kat IPG Balung, tempat aku ditemuduga tepat jam 10.30. aku rasa aku datang awal. tengok keliling dah ramai orang. mak ayah adik-adik semua hantar aku sampai kat dalam bangunan. ramai orang....sorang pun aku tak kenal. 

aku tengok lagi keliling, mana bilik temuduga? aku tak nampak tanda pun. nasib baik ada orang tempat bertanya..aku tanya,"mana bilik temuduga?". dia tnya balik,"awak temuduga jam berapa?". hah....terlopong! damnnnn! ada waktu ke temuduga nie? sumpah aku tak tau..dia ambil surat temuduga dan tengok..."eh,sesi temuduga awak nie jam 8 pagi tadi." aku tengok dia..dia tengok aku..aku tengok jam..nak jam 11 dah..aku tengok muka mak..aku pandang muka ayah..aku rasa nak menangis. kenapa aku tak perasan dia ada tulis waktu sesi temuduga...kenapa aku tak baca betul-betul..aku tak tau nak buat apa kecuali menangis. jauh aku datang..aku bawak mak ayah dan adik-adik sekali..sedih, tu je yang aku tau.

nasib baik orang tu baik, tolong aku aturkan semula masa temuduga. mak teman aku sepanjang masa tu. ayah kat luar dengan adik. maaf mak sebab nana tak baca surat tu betul-betul. jam 11.30, senarai nama untuk sesi temuduga kedua keluar. Alhamdulillah, namaku tersenarai. arghhhhhh! lega yang amat. sekurang-kurangnya aku masih tak kecewakan mak ayah. 10 minit menunggu, aku dipanggil masuk bersama dengan 5 orang yang lain. didalam bilik aku diasak dengan soalan kenapa aku datang lambat. macam mana aku nak cakap,sumpah aku tak tau pasal masa tu. tapi aku mengaku je aku terlewat dan meminta maaf. sepanjang masa temuduga, maaf meniti dibibir.

dalam bilik temuduga, macam-macam soalan ditanya. and as expected, they asked in english and we're supposed to answer in english too. aku mana tau english. kat rumah aku cakap melayu je.kat sekolah pon, 40% je aku cakap in english.tapi dalam bilik temuduga, gunalah sehabis mungkin.segala vocab yang aku ada aku cuba guna. bila sesi temuduga berkumpulan aku lagi gabrah sebab ahli kumpulan yang lain semua terer speaking. aku rasa aku paling loser..xpe,aku cuba jugak sebaik mungkin. dah jauh aku pergi,takkan aku nak sia-siakan peluang cuma kerana aq rasa aq loser.  soalan imsak aku dah lupa aku buat bila. xpe,yang aku tau soalan dia sangat banyak.

habis sesi temuduga, aku keluar. aku tengok, mak masih ada diluar.masih setia menunggu aku. aku risau,tapi aku sembunyikan. aku cuma senyum pandang mak. kami jalan beriringan keluar,mencari ayah dan adik-adik. kesian..mereka duduk menunggu di depan bangunan. mesti lama mereka tunggu. letih terpancar diwajah ayah dan mak, tapi tak terdengar pun sebarang rungutan letih..besar sungguh pengorbanan mereka. 

sekarang, selepas 5 tahun..aku disini..tak sia-sia pengorbanan mak ayah aku 5 tahun lepas. kalau ikutkan,banyak lagi pengorbanan mereka berpanas berlapar masa aku ditemuduga.tapi biarlah aku simpan sendiri..sedih aku nak buka kembali kisah-kisah lepas. 

sebab tu aku tersenyum bila melihat adik-adik bakal guru nak ditemuduga. senang...datang berhantar, makan berhadap. aku dulu..haha..biarlah aku dan mereka saja yang tahu.