Monday, May 13, 2013

simptom menjelang exam



sekarang nie nana pasti semua pelajarr IPG mesti tengah giler zombi menngulang kaji pelajaran, baca buku, buat nota sebab minggu nie kan minggu peperiksaan. senang je nak tau korang kena demam exam nie. banyak simptom2x yang akan terkeluar yang korang tak sedar pun.

1. mula bukak buku yang paling tebal yang korang ada yang selama nie korang tak pernah nak pegang pun. contohnya kamus..hewhew.

2. membaca melebihi 23 jam sehari, sejam lagi korang bajet untuk tidur.mandi pon tak tu..

3. bila roomate korang keluar masuk bilik korang tak perasan. bila dia tanya pun korang tak dengar. sabar jela ye para roomate..

4.korang membaca sebuah buku yang mempunyai 150 muka surat dalam masa sehari je. yang lagi advance baca dalam masa setengah hari je. korang cuma scan keyword2x penting. paham atau tak tu belakang kira.

5. lepas sembahyang subuh je korang terus mengadap buku atau nota. takda masa nak sambung tidur lagi.

6. korang lupa nak makan, nak minum, nak mandi. rambut serabai, baju 2 hari tak tukar, muka tumbuh jerawat, eyebag membesar..senang cerita korang bertukar menjadi kak limah nak exam.

kak limah sedih sebab esok nak exam dah
7. bila korang tidur, semua buku dan nota ringkas ada kat tepi bantal. fungsi supaya senang nak cari, ambil dan baca. bukak je mata muka tak payah basuh terus baca nota.

8. setiap malam korang mimpi pasal nota-nota yang korang dah baca.

9. buku, kertas, pen warna warni, pensel, highlighter bertaburan kat meja dan katil korang. siap ada yang tidur atas nota dengan harapan semua perkataan dalam nota-nota tu boleh meresap masuk kedalam minda dan tubuh tanpa perlu dibaca. wahhh gituuuu~

10. yang tak boleh blah bila korang takda nota, korang mula sibuk beramah mesra dengan classmate korang dengan niat nak fotostate nota dia.

11. yang dulu selalu TERlupa sembahyang tu, mula sembahyang 5 waktu sehari semalam siap tambah dengan solat sunat, solat hajat dan solat taubat. takguna punya orang.

tapi kalau korang jenis yang cool dan takda perasaan, korang akan menonton cerita ironman3 yang didownload dari internet dengan selambanya tanpa perasaan bersalah sambil makan keropok.


SEMOGA BERJAYA U GUYS!
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN BUAT DIRIKU.

Wednesday, May 8, 2013

produk untuk kulit berjerawat.

 harini nana ditanya oleh seorang pembaca blog nana yang tak seberapa nie pasal oxy. weeee~ rasa semangat terus nak menaip sebab dah tau ada gak orang nak baca blog haku yang serba kekurangan nie.

macam yang korang tau (eh, korag tau ke?) kulit muka nana memang sensitif yang bangetttt..salah produk sikit, kulit boleh tumbuh jerawat batu caves, tak pon muka jadi merah-merah macam udang kena grill kat seoul garden.omnomnomnom! sebab tu nana amat memilih kalo nak guna produk kat muka nie. 

sebelum nie nana memang pengguna tegar produk oxy. tapi bukan semua produk keluaran dia.nana cuma guna facial cleanser dan ubat jerawat dia. pastu nana beralih pulak kat dalacin T untuk membunuh semua jerawat yang ada.perhhhhh..kejam disitu yaa..then, sekarang nana beralih arah lagi untuk mencuba produk lain iaitu SIMPLE. meh nana nak review satu-satu.

1. OXY
memula nana cuma guna ubat jerawat dia je. harga tak mahal pon. x cecah rm20. boleh beli kat guardian, watson, giant, kedai kak limah pon ada kot. senang sangat nak cari. kalo untuk hapuskan jerawat kat muka, korang cuma guna OXY5. kalo OXY10 tu untuk jerawat kat belakang badan tu..chemical dia kuat sangat, so tak sesuai letak kat muka. cara pakai, letak seconet je kat jari pastu sapu kat kawasan yang ada jerawat je. pengalaman nana pakai OXY5, berkesan! lepas letak OXY5, jerawat boleh kecut dalam 2,3 hari je. tapi kena rajin letak la ye. kesan sampingan takde la membawa maut pon. cuma kulit yang dah disapu OXY tu akan kering dan sedikit menggelupas. macam kulit yang dehydration la. pastu kalo guna OXY, jerawat hilang tapi akan meninggalkan kesan hitam. nak hilangkan kesan hitam tu, boleh lah guna BIO OIL ye hadek hadek. rating nana bagi 7/10.yeyyyyy!

sumber: google la.

2. DALACIN T
yang nie pulak nana guna lepas dah bosan dengan oxy. muehehehehe..sukahatimakbapakjenakbosan. dalacin T korang cuma boleh beli kat pharmacy. kalo guardian tempat korang tu ada pharmacy dalam dia, hah boleh lah beli kat situ. harga paling murah nana jumpa rm50, paling mahal rm75. yang nie jenis cecair. nak guna, korang cuma perlu dap-dap kan je kat tempat yang berjerawat. dap sikit-sikit je sebab botol dia kenit je. kang habis kang kalo guna banyak-banyak.mahal tuuuu~ guna produk nie pon berkesan! letak and dalam 3,4 hari jerawat boleh hilang. kalo jerawat korang jenis yang tak cukup makan, sehari je dah hilang. tapi kesan dia kejap jela sebab dalacin T nie jenis ubat antibiotik untuk jerawat. bila letak, dia akan meresap kat saluran darah and bunuh semua kuman-kuman jerawat tu. so, lepas dah guna lama sikit, kesan dia akan berkurangan la kan sebab kuman tu dah immune kat dalacin T. rating, 6/10.
dalacin T

packaging.
maha kecil and cinonet je.
3. SIMPLE
untuk produk simple nie, nana tak guna apa-apa ubat jerawat pon. nana cuma guna facial wash dan pelembab dia je. sebab utama nana guna SIMPLE, sebab produk dia tak mengandungi sebarang pewangi dan pewarna. hah, memang sesuai sangat la untuk kulit sensitif daku nie. boleh beli kat guardian atau watson. giant pon ada kot. harga sangat affordable. pencuci rm15.90 and pelembab rm19.90. so far, memang terbukti la sebab jerawat nana hilang. bukan sekali gus tapi beransur-ansur. memang fall in love giler kentang dengan produk simple. paling best pelembab muka dia. bila guna tak terasa melekit, cepat meresap kedalam kulit dan bila bangun pagi kulit lembut bak baby baru lahir bak hang! hewhew...rating 9/10.

keseluruhan produk yang nana guna.
make up remover
pencuci muka
pelembab muka
baru-baru nie nana pergi kat port dickson and pelembab muka SIMPLE nana tertinggal kat sana.ngeeee! terus daku rasa nak mengamuk. tapi nak marah kat sapa kan. redha jela...nanti kena beli lagi.nasib baik murah. gambar kat bawah semua lepas dah guna produk simple. jerawat besar-besar dah takda, tinggal parut je.pictures taken without any editing or filters from camera.


Saturday, May 4, 2013

ABC.

malam nie tiba2x nana teringin sangat nak makan air batu campur atau nama pemesnya ABC tapi tak dapat.Berangan jela sebab takda orang nak belikan. sedih ok..sampai menangis-nangis daku nak makan benda nie. tengok gambar pon boleh kot...sadis tol...










dah3x...cukup la gambar2x tu kot..tak sanggup nana nak menatap semua gambar ABC tu lagi. Jadi makin sedih sebab tak dapat makan. 

Wednesday, May 1, 2013

everything is gonna be ok.

ok, mood nak meluahkan perasaan tetiba muncul lepas dengar lagu...

apa pun yang terjadi,
ku kan selalu ada untukmu,
janganlah kau bersedih,
coz everything's gonna be ok.

Frankly speaking, nana bukan jenis yang mudah untuk meluahkan apa yang terpendam kat dalam hati nana kat orang lain. Selalunya, nana akan pendam dalam hati nana. Selagi nana boleh tahan, nana akan tahan je. Kalau dah tak tahan, nana akan menangis sorang-sorang. Even roomate nana yang tidur kat sebelah nana pun tak kan tau yang nana tengah menangis sebab nana tak suka orang lain tau.


Kalau ada masalah, nana tak kan cerita kat orang lain pun. Mesti korang tertanya2x kan, nana nie takda best friend ke???? hahahaha, well nana memang takda bestfriend. Sejak nana sekolah menengah, nana takda bestfriend. Bestfriend nana sorang je. Dia jiran nana, same age dengan nana, kiteorang sekolah sama2x sejak dari taska lgi. Dari taska sampai la tahun 6 kiteorang duduk dalam 1 kelas yang sama. Bila dah naik sekolah menengah, dia pindah and now pon dia study kat tempat lain dah. So, me alone...T_T. 

Kawan2x yang nana ada sekarang cumalah teman, tapi bukan teman baik. Bagi nana, teman baik nie ialah seseorang yang nana boleh kongsi apa je masalah nana. Sedia untuk menangis, ketawa, dan melalui apa jua dengan nana. Yang paling penting, nana bukanlah her second choice and never walk pass by me. Paham tak?? Maksudnya, nana tak nak kawan yang cuma akan cari nana bila dia susah atau takda pilihan lain. I hate that coz i know how it feels.

Well, maybe it's my bad..salah nana jugak kot sebab nana memang tak pandai nak bergaul sangat. Nana cuma akan mesra dengan orang-orang yang nana betul-betul kenal dan biasa. Walau orang tu nana kenal tapi nana tak biasa atau rasa selesa, nana tak kan jadi mesra. So, that's why nana lebih selesa untuk bersendirian. Apa yang nana buat nana lebih suka buat sorang-sorang. Even, bila nana nak keluar, nana akan keluar sorang2x. Myb korang akan cakap, "get a life girl!". Well, for me THIS IS MY LIFE. I love it and i live it.


Tapi kadang-kadang, meronta-ronta jugak hati untuk berkongsi masalah dengan seseorang. Dengan encik bos??? No...he got too many problems already..Kadang-kadang nana kongsi dengan dia, tapi lebih banyak yang nana pendam sendiri dan selesaikan sendiri. Parents nana?? no...they are too far, plus nana tak sampai hati nak bebankan dorang lagi. So, kena berdiri atas kaki sendiri.


For 21  years, nana dah belajar untuk hidup macam nie dan pengalaman selama 21 tahun cukup untuk membuat nana lebih tabah kini. Yeahhhh~ me, you, we, girls are strong inside and outside. Addition, IT IS BETTER TO BE ALONE RATHER THAN BEING WITH SOMEONE WHO MAKES YOU FEEL LIKE YOU'RE ALONE.

selamat hari pekerja

yeyyy! selamat hari pelerja buat semua pekerja-pekerja diluar sana..disebabkan anda, saya mendapat cuti arini.hoho~ tapi, cuti pon x best sebab duduk terperap je kat dalam bilik..encik bos pon xnak keluar. ok, xbest..

encik bos tak nak keluar, maka daku pon duduk jela diam-diam kat rumah. bosan..bosan..bosan..so, beronline jela nana dari pagi tadi sampai sekarang. pastu,kebosanan nana betrambah parah bila ditambah dengan kesedihan tak dapat nak fly sekali dengan encik bos balik sabah nanti.

bulan 5 nanti akak nana kawen, so nana ajak encik bos datang tengok. tiket flight nana dah beli awal lagi. nana flight 23/5 nie. plan awal nana nak flight sekali dengan encik bos tapi takdapat sebab seat untuk 23hb dah abes. tiket dia pulak baru semalam nak beli..ok,nana dah pening, nak mengamuk pun ada jugak. tapi rilek dulu...bincang punya bincang, nana beli tiket dia 22/5, awal sehari dari tiket nana. maksudnya, encik bos kena stay semalam dulu kat KK untuk tunggu nana sampai esoknya. xsuka3x!

disebabkan nak sama flight dengan encik bos, nana try nak awalkan tarikh flight nana, tapi tak dapat sebab nana tak tau camna nak buat.hahahah..pastu, dorang cakap kena bayar rm100 + harga tiket = mahal jadinya...maka, nana pon malas dah nak buat and biarkan je.

nasib baik hati daku kuat untuk membawa encik bos datang sabah, kalo tak, malas daku nak mengurus benda2x yang menyusahkan begini.