Sunday, October 18, 2015

aku kembali..

Allahu....lamanya tak menaip kat blog ni.sibuk yang amat tahun ni. Tahun ni merupakan tahun terakhir nana di bumi tarbiah ni. Sungguh, bumi tarbiah IPG KPI banyak merubah nana dari seorang yang amat daif tentang Islam kepada seorang yang lebih sedar tentang agama kita. Alhamdulillah, nana ditemukan dengan kawan-kawan yang banyak membantu nana mengenal agama, yang sentiasa mengingatkan nana tentang siapa diri nana yang sebenar. Terima kasih ya Allah.

Tahun-tahun terakhir disini, hidup nana amat sibuk. Ditambah pula dengan perubahan dasar IPG yang memaksa kami melalui semester yang cukup padat ini cuma dalam jangka masa 4 bulan. Bayangkan jela, dalam masa 4 bulan, kami kena siapkan kajian tindakan, laporan kajian tindakan, buat pembentangan kajian tindakan, buat coursework, dan meghadap 3 kertas peperiksaan. duhhhh! Taip je pun dah penat, apatah lagi melaluinya.. tapi bila kita menyerahkan segala usaha kita kepada Allah, jangan risau...Dia bantu.

Alhamdulillah, sekarang nana dah berada di Sabah..bumi kelahiran nana. Misi kembali ke tanah air tidak lain tidak bukan hanyalah satu. Untuk membantu anak bangsa sendiri. Semoga Allah bantu dalam perjuangan yang satu ini. Insyallah, nana akan kongsikan pelbagai pengalaman nana menjadi seorang pendidik di bumi yang bertuah ini.

Buat kekasih hati yang jauh dimata dekat dihati, jangan risau. PJJ itu manis.