Wednesday, April 24, 2013

BIG cikgu cekgi


Sebenarnya, entry ini semalam punya tapi publish harini.hoho..boleh cenggitu?

Semalam student batch nana dengan cemerlangnya dah menamatkan program BIG fasa 3 siri 2 untuk semester nie. Ehh, jap3x! BIG tu apa???? hihi, BIG tu bahasa cikgu cikgi je yang paham, orang panggil Bina Insan Guru le gitewww..

Program BIG kiteorang untuk siri 2 nie, kena buat khidmat masyarakat. Kalau sebelum nie, kena derma darah la, camping la..huhu..kali nie berkhidmat untuk masyarakat pulak keyh! Tapi khidmat masyarakat kiteorang nie dah jadi macam khidmat IPG pulak yee sebab buat program tu kat dalam kampus je.huhu..sedey~ Tak pe kot, khidmat untuk masyarakat IPG.hew3x..sedapkan hati~

Perkhidmatan yang kiteorang buat ialah memperindahkan semula kampus kita.weeeeeee....Kena cat pagar, cat tugu peringatan, cat dinding...Ehhhh, kenapa semua macam mengecat je nie??? -_-"

Tapi kelas nana dapat tugas yang paling best sekali didunia, iaitu melukis dan mengecat mural..owhhhh..cat lagi.Apakah??? kiteorang kena buat mural kat dinding bangunan tadika Halimatus Sa'adiah, depan kampus nana je pon. Boleh dikatakan 50% daripada lukisan dinding mural tu nana yang lukis taww..hoho. Design dah disediakan, nana cuma perlu lukis semula diatas dinding jela.  Hamboi, susah okeh! Ingat senang ka..Ini dinding, bukan kertas A4..

Sehari sebelum program BIG tu, kiteorang dah turun padang dulu untuk lakar lukisan-lukisan kat dinding tadika tu. Yela, kalau nak lakar esok dan cat esok jugak, memang tak sempat siap la kan jawabnya.

day 1: mengecat background dan melakar 

day1: masih melakar.

day1:yeyyy...lakaran 90% siap!
Pastu, esoknya proses mengecat lakaran-lakaran yang telah dilukis dengan gigih pulak ye. Sehari jugak laa nak buat benda nie semua. Ada 7 dinding kot kiteorang kena cat. 

cikgu cikgi yang tabah.

banyaknya binatang~
ceteka nana nak cat binatang apa.
siap panjat-panjat gitewww.
semangat tak kiteorang??

Add caption
mesti korang pelik kan, kenapa para wanita je yang mengecat nie???? mana pergi budak lelaki??? hahaha, dorang curik tulang..boooooo~ ok, gurau je. dorang tak curik tulang pun...time budak pompan tengah sibuk dengan cat dan dinding, budak lelaki pulak sibuk tebang pokok dan bersihkan kawasan lapang keliling tadika tu. tengok la buktinya...

pensyarah~orang kuat BIG.
tak curik tulang pon keyhh.
pastoh, jum tengok pulak bebudok yang kegumbiraan sebab dapat tadika baru..ekkk, baru kah???

ada gajah kat tadika laaa~
errr....mesti dia kompius tengok tadika dia tiba-tiba BERTUKAR!!
tak pedulik apa yang berlaku.hahahah!

so, lepas berabad lamanya kiteorang mengecat, akhirnya siap jugak.around 4pm jugak la baru benda-benda nie semua siap. penat yang berabad tu akhirnya hilang bila tengok hasil kerja masing-masing. puas hati sangat tau nokssss..

shantekkk!

shumilll~

ai yang buat taww~
                                        tahniah cikgu cekgi sekalian.anda semua memang ohsem!!

Sunday, April 21, 2013

sehari dijalan TAR.

macam yang korang dah tau, hari sabtu lepas i telah berjaya untuk merialisasikan impian i untuk ke jalan TAR. nana plan nak pergi sorang je sebab lagi mudah sebenarnya i nak cari barang. i amatlah cerewet bila beli barang nie. so, memang akan ambil masa yang agak lama kalo nak cari barang yang i berkenan tu. sebenarnya, tujuan i ke jalan TAR sebab nak cari tudung dan baju untuk majlis kawen akak i bulan 5 nie.

tapi, disebabkan encik bos berdegil nak ikut jugak, maka terpaksalah i bawak dia.lagi pun i tau dah, dia x suka tempat sesak-sesak nie. cepat sangat rimas.pastuh kaki budak tu bukan elok sangat lagi, masih sakit sebab terseliuh haritu. sebab tu nana taknak ajak dia. tapi kalo dah degil nak ikut jugak, hah...angkut jela sekali.

dalam jam 4 cenggitu la baru  kiteorang gerak pergi jalan TAR. nie semua sebab encik bos yang degil katanya jalan TAR tu bukak jam 4 petang. amboiiiii~ i jadi marah and geram lantas i memarahi dia.hahahaha..kejam disitu ya...hah, tapi lepas i marah, baru dia nak kelam-kabut nak gerak awal. ehekkkk..apakah!

sampai kat jalan TAR dalam jam 5 kottt..entah laa..tak sempat dah nak tengok jam terus daku melompat keluar sebab takut kedai tutup. maka, kami pun meround lah seluruh jalan TAR dan masjid india. ngeee~tapi sebelum jalan, haruslah beli sotong geregasi goreng dengan sedikit bebola ikan dan sosej buat bekalan ditengah jalan.

pastuh, punya lama kiteorang jalan tapi amat pelik sebab i tak jumpa sebijik pun tudung atau baju yang i impikan. kalo ada pun, mesti harga mahal atau saiz takde. dah jam 7 cenggitu, i pon dah letih, encik bos yang temankan i lagilah letih. dia kata dia nak mandi sebab tak tahan badan melekit-lekit.i suruh dia cari tandas awam and mandi.hahhahahaha...taknak jugak dia.

disebabkan kesian sangat kat encik bos, maka daku pon berputus asa dan mengajak beliau balik.hoho..encik bos, jum balik laaa..tapi, time nak pegi balik tu, i ternampak pulak sehelai tudung yang agak lawa. i pon masuk la, belek-belek, tanya harga.ok, rm18..murah kot..mintak kurang lagi, taknak pulak india tu.ceittt~ i nak amik 4 helai la wehh..kedekot! so, i amik sehelai je, padan muka.hihi...

i yang terasa ayu.
tudung yang berjaya dibeli.
selama hampir beberapa jam di jalan TAR, i cuma dapat beli sehelai tudung jeeeee.apakah???? kan dah gitaw i memang cerewet time beli barang nie. redha jelaaaa..i beli tudung ungu ada munge-munge kat atas dan belakang dia. cantik gak laaa..sebab tu i beli.plus, harga cuma rm18, murah la tu.kalo beli online kompem harga rm25-rm30 sehelai.tu tak masuk pos lagi.hah, hamek ko..tak rela noksss..

then, esoknya kiteorang keluar lagi.misi kali nie nak menghabiskan baucar buku pulak. baucar i ada rm100 lagi. kan bulan 5 nanti baucar tu expired, so, marilah kita membelanjakannya dengan berhemah..koh3x.

kiteorang pergi kat jusco seremban sebab saje gatal nak pergi jalan jauh sikit. sampai sana terus menuju ke MPH.woaaaa~ for me, MPH memang terbaik sebab takda letak syarat untuk membelanjakan baucar buku tu. sebelum nie, i ada pergi kat kedai buku tettttttt, dia cuma bagi i belanja rm10 je untuk beli stationary. rm40 wajib beli buku. so bila kat MPH, i pon like owhhhhh MPH, i lob u~ hewhew...

so, nie la antara barang yang nana dapat beli untuk rm100 tu..

nie je dah rm100.
sederet pen.

sediakan payung sebelum hujan. sediakan pen sebelum exam.

notepad and note book in adorable black.

buku untuk anak murid.

untuk ikat encik bos.

tu jela yang i dapat beli untuk rm100 tu. ada lagi tapi tu i belikan untuk encik bos sebab i tak tau dah nak beli apa lagi since semester kali nie dah nak habis and assignment pon dah takda. kalo time awal2x dulu i tau MPH tak bagi syarat, i beli je kat sini.T_T

buat encik bos, terima kasih sebab temankan i.buat anda-anda, selamat mengundi.

Saturday, April 20, 2013

vitamin e shaklee.

ellow all~ happy weekends ain't?? hewhew..mustilaa happy sebab jap gi nana nak keluar shupping. eleh, shopping la sangat kan..kat jalan TAR je pon..T_T

wooaaaa~ panjang nyaaaaa.
ok, kalo korang pembaca tegar blog nana nie, korang akan tau yang nana nie merupakan seorang wanita pembiak jerawat.ok, sila geli~ T_T ..before nie, masa nana umur satu tahun sampai la 17 atau 18 tahun giteww kulit nana bukanlah dalam kategori kulit yang bermasalah pun. kadang-kadang nak tengok sebijik jerawat dalam setahun tu pun susah, so sila sujud syukur sekarang.but it was like years before laa kan, bila masuk zaman gemilang bergelar mahasiswi, dan berpindah masuk ke tempat orang, kulit nana jadi semakin bermasalah. 

banyak faktor kot yang jadi punca jerawat menyerang kulit muka nana. yelah, dulu takda jerawat masa umur 18 tahun, sekarang nie dah 21 tahun, wajib la kot ada jerawat. hewhewhew...sedapkan hati sendiri.

banyak gak produk yang nana dah cuba untuk bunuh diri...ehh, bukan! untuk bunuh jerawat yang ada kat muka nana. nana dah pernah cerita pon kat entri yang sebelum2x nie..pergi la cari balik ehh..

tapi baru-baru nie, nana tergerak hati nak try makan supplement or vitamin pulak. yelah, asyik rawat kat luaran tapi tak kemana jugak, so why not cuba rawat dari dalam pulak kan. maka, tercetuslah idea untuk cuba vitamin untuk kulit.

banyak gak nana google kat tenet untuk tengok vitamin apa yang terbaik untuk kulit. like EPO laa, Vit c laa, Vit b laa..last2x hatiku terpikat untuk menuba vitamin e from SHAKLEE..woooaaaa~ sila kagum.
vitamin e complex shaklee.
semalam nana dah dapat vitamin tu dari distributer kat area tempat nana tinggal. sangat la tak sabar nak tengok hasilnya. semalam nana telan sebijik vitamin e tu, pastoh time nak tidur nana cuba lak buat mask dari cecair vitamin e tu. caranya, gunting cket hujung kapsul tu, then sapu la intipati vitamin e tu kat muka.ngeh3x..

rasanya awal lagi nana nak buat review pasal vitamin nie sebab nana baru guna sehari. tapi korang boleh baca banyak testimoni yang best2x dari pengguna vitamin nie. ala, google jela kan.hahahaha..

ok, satgi nak pergi jalan TAR. since daku tak tahu pe beza jalan tar, petaling street, masjid india and masjid jamek, maka ku redha je kalau sesat.

Monday, April 15, 2013

rentetan menuju gelaran pelatih IPG.



yeyyy~ assignment nana untuk sem nie semua dah habis.Bahagia and gumbira hatiku tak terkata..akhirnya dapat gak tidur malam dengan lena tanpa dihantui dengan mimpi-mimpi ngeri assignment. Tapi bila dah abes assignment nie, terasa boring gak kan sebab tak da benda nak buat.Bila online pon asyik fb, pastu baca metro online, pastu fb lagi, bukak cite hantu, bukak site shopping..urggghhh! mengarut jadinya sebab takda hala tuju dah. Kalo time assignment belambak, nak online pon bukak site ilmiah je terutamanya wikipedia.hewhewhew~

Jadi disebabkan keboringan tahap gaban, mari kita menaip diblog dengan cerianya..yeyy~ -_-"

Kali nie nana nak berkongsi rentetan hidup nana selepas SPM.Why not kan..benda baik haruslah dikongsi.hekhek..

Sebenarnya dulu2x...masa zaman jahiliah dulu, nana nak jadi pramugari. Hamek ngko...pramugari gitewww~ dari sekolah rendah lagi cita2x nana nak jadi pramugari, bila besar tengok cite awan dania, hah! makin membuak2x keinginan tau.  


nak terbang di awan biruuuuu


Tapi disebabkan jadi pramugari nie kena seksi2x gituu and tak boleh pakai tudung, so terpaksa la nana buat2x lupa je kat angan2x nak jadi pramugari tu. Mak bapak nana bagi je sebenarnya kalo nana nak jadi pramugari, tapi nana yang tak sedia fizikal and mental lagi..hewhew..budak baik kan..ok, lempang laju2x nak~

Pastu, bila dah lepas SPM, nana pon bincanglah dengan mak ayah nana. Dorang xpaksa bab karier or belajar nie. So, nana bebas nak pilih nak belajar atau nak kerja je terus. Nana ingat nak kerja je.Nak bukak kedai kek..hohohoiii..nak goreng nasi pon gagal, ada hati nak bukak kedai kek.hahahaha..but still, nana isi gak la pape borang permohonan untuk masuk IPTA nie termasuklah borang permohonan maktab.

Bila result SPM dah keluar, banyak jugak tawaran belajar nana dapat. Mostly dari IPTS..hewhew..tak nak nya nana masuk IPTS, yuran mahal ok..silap2x lepas belajar kena berhutang lagi sebab pinjam PTPTN. namauuuuu~ ayah nana cakap, takpee..tunggu je dulu, mana tau ada tawaran lagi bagus datang..and tup3x..beberapa hari lepas tu tawaran masuk UITM datang..UITM branch KK jela..dorang offer course account..tapi nana tak amik sebab tu bukan main stream nana. Tunggu lagi...then tawaran masuk matrik labuan  pulak datang, pun course account gak..huh! kechiwa daku okeh! tapi sebab nak masuk matrik punya pasal, nana mintak tolong cikgu sekolah nana tu tukar course matrik nana,hewhew...masyeh ciguuuu~ dapat gak tukar g course chemistry.

Tapi tapi tapi..tak sempat nana nak pergi matrik, tawaran dari maktab pulak sampai..weeeeee! nana wat rilek jela kan sebab mula2x nana tak terfikir pon nak masuk maktab nie. Mak nana jela yang eksited sebenarnya sebab anak dia bakal jadi cikgu...

Disebabkan nana nie anak yang baik...ok, lempang laju2x lagi~ maka nana pun redha jela. Nana ikut je apa yang mak nana mintak. Disitulah bermulanya perjalanan nana bergelar PELATIH GURU IPG.

Nasib baik masa tu kaka nana ada tolong nana uruskan semua benda. Kalo nak harapkan nana, tak jalan laaaa.. Mana nana tau nak urus benda2x camtu.kena beli nombor PIN bagai laaa..cuba la bagi orang masuk jek terus kat maktab tu, kan senang. :p

Dalam surat tawaran nana tu, nana dapat maktab kat Bangi Selangor.Jauh noksssss~ beribu riban batu dari rumah..Tak boleh nak jalan kaki ulang alik.ngeeee~ Tapi sebelum tu, kena pegi temuduga dulu kat maktab Tawau. Nak cek kalau nana nie layak ke tak jadi cikgu..atau layak jadi cleaner je kat sekolah.

ok, part nie paling seram...hewhew..nana terlewat pergi temuduga..so, layak ke tak jadi cikgu?? hahaha..nasib korang laaa..nana terlewat 3 JAM ok! 3 jam tuuu...hahaha..nana sebenarnya tak perasan kat surat tu dia ada tulis yang waktu temuduga nana jam 8 pagi, tapi nana datang jam 11 dah..haha..ok, jam 11.30 sebenarnya sebab tak jumpa tempat parking. Dah habis pun sesi temuduga nana tu baru nana terhegeh2x cari bilik temuduga. hahaha..Kesian mak dengan ayah, semangat dorang temankan nana pegi temuduga tu.Mak siap jahitkan baju kurung baru untuk nana pakai pergi temuduga tu taw. Hah, nampak tak camne mak nana memang nak sangat2x nana masuk maktab.

Bila tau yang nana dah terlewat, rasa nak luruh jantung sebab takut tak dapat jadi cikgu dan hampakan mak ayah yang bersemangat nak tengok anaknya jadi cikgu. Tapi tapi tapi nasib baik la dorang masih bertimbang rasa dan suruh nana nasuk untuk sesi kedua.ngeeee! hampun mak, hampun ayah..hehe..

Lepas je tmuduga dan ujian imsak, kiteorang terus balik sebab penat.Hahaha, first time kot nana temuduga..mestilah penat..mak and ayah nana pon penat sebab dorang tunggu nana sampai habis temuduga dan ujian imsak.Tak da pon dorang nak tinggal nana sorang2x.ok, terharu. 

And now! Alhamdulillah, nana dah lepas dan berjaya bergelar seorang guru pelatih maktab. Tapi tu like year ago. Sekarang maktab dah naik taraf and dipanggil Institut Pendidikan Guru atau IPG. Memang seronok bila belajar kat IPG, pengalaman sangat2x berbeza. Dengan dunia baru dan kawan2x yang baru.And that will be my next entry.Till then...I thank U.

Saturday, April 13, 2013

bila saya rindu dia.

auwww~ title x boleh blah gituwwww..muahaha..




ok..omputih xpaham ye?? maksudnya...i nak tulis "i miss u" kat batu yang sangat besar dan baling batu tu kat muka u kuat2x..biar u tahu macam mana sakitnya hati i bila rindu kat u..muahahaha..kejam x?? tapi best gak nie kalo buat.

seriously, i miss u damn much dearest..

i xboleh rindu2x nie.terus i jadi otromen.nak marah je memanjang.nasibla sapa yang kena marah tu kan..sape suruh buat i rindu..hewhew..gedixx bunyiknya. bila dah marah, mulalah i buat perangai, contohnya off hempon untuk selama-lamanya..tapi tak sanggup, lepas 5 minit on kan balik hempon dengan harapan ada sms dari u.tapi hampeh..terus off hempon balik.  5 minit kemudian on kan balik..hahaha..tu jela kerja kau kan nana..

owhh..nak kawen la macam nie..kbai~