Friday, January 25, 2013

rentetan pengalaman hari-hari terakhir Siti Hajar binti Ahmad Sabir

alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah SWT. hari nie nana nak berkongsi dengan pembaca semua tentang perjuangan seorang mujahidah yang telah berjumpa dengan penciptanya. penulisan ini asalnya telah ditulis oleh ibunya sendiri.Al-Fatihah buat almarhumah Siti Hajar..semoga kita semua mendapat manfaat yang amat berguna dari perkongsian ini.

*********************************************************************************
 Siti Hajar binti Ahmad Sabir.


6 jan 2013 (ahad)
kami (ibu bapa) mendapat panggilan mengatakan bahawa Hajar kemalangan. segera bergegs ke Hospital Besar Melaka. ramai pelajar UTEM telah maklum dengan berita kemalangan tersebut.

7 jan 2013 (isnin)
hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan. doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi.

8 jan 2013 (selasa)
gerakan mengumpul derma untuk pembedahan siti hajar mula dilakukan dan berjalan lancar. pembedaha dilakukan pada pukul 1 tengah hari dan berakhir pada pukul 6 petang.

9 jan 2013 (rabu)
kesihatan hajar baik pada sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. tekanan darah mula turun,lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan.muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. sebelah petang, susu disalurkan keperutnya melalui tiub. walaupun tulang belakang telah dibetulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah terhadap siti hajar berkat doa semua sahabat didalam dan luar negara.

10 jan 2013 (khamis)
selepas subuh tadi, kami melawat hajar dan bacakan ayat-ayat suci dan syifa'.dia tenang je, kami berbual. memang dia tak gelak, tapi matanya lebih bermaya. kami ceritakan tentang kawan-kawan yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. langsung tak tunjuk air mata pada dia. kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali-kali dan bercakap dengan nada yang ceria juga. tak boleh nak pandang dia dengan mata ynag sayu, cakap dengan suara sebak...tak boleh. kalau kita positif, kita ceria, aura kita akan berpindah kepadanya.

ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. ada juga mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari hospital nanti. ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga rm25 sebotol dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 init sahaja. hajar senyum. pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan islam sahaja. dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 jan 2013 (jumaat)
doktor dah benarkan makan bubur. kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. minum air zamzam pakai straw. memang haus betul dia. berkat air terbaik diatas muka bumi, dia segera nampak bertenaga. menitis air mata sahabat2 melihat dia telah makan.berebut2 mereka nak tolong layan hajar.  suasana ceria berterusan dengan cerita2 lucu mereka.  solat hajat dilakukan dimerata tempat dari sebelah malam hingga kesiangnya. UTEM sendiri menganjurkan solat hajat dimasjid, melibatkan kerjasama BADAR dan majlis perwakilan pelajar.

lawatan naib counselor memberikan suntikan luar biasa kepada hajar. dia ingin sembuh. dia ingin kembali belajar.dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat untuk menuntut ilmu.

sedikit jangkitan kuman mula dikesan diparu-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 jan 2013 (sabtu)
akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada hajar. the whole truth. dan sebagai hambaNya yang patuh, hajar redha dengan apa saja Qada dan QadarNya. pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. yang mana ia ibarat setitik air dilautan yang luas. terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. baginya hidup mesti diteruskan. ada banyak lagi nikmat tuhan yang masih dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAN YANG KAMU DUSTAKAN? 

setiap hari Allah menuntut perjanjian kita denganNya sebelum kita dilahirkan. iaitu untuk mengakui Dia itulah Tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha kuasa, yang memiliki segala-galanya.  sedang kita inilah sifakir yang tidak mempunyai apa2...dan sentiasa meminta2x dariNya. kalau dah lidah kita itu mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati, yang Dia mampu mengubah nasib hajar lantas menyembuhkannya sekalipun. 

tiada rahsia lagi. dia sudah tahu dirinya lumpuh sementara. dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. tanpa setitik airmata, tanpa sedikit keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak ayah juga boleh redha, dia juga akan redha. banyak lagi tanggungjawab untuk digalas. ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. pasti ada hikmahnya.

malam itu, sedang saya membacakan ayat2x suci kepadanya,dia kata "mak dengar tak tu?. suara seruan tu?". saya terdengar suara bersahut2an dua tiga kali dari arah yang tak pasti.  "orang azan kot" tingkah saya. dia jawab "mana pulak, azan mana ada SubhanAllah...orang tu sebut subhanAllah berulang2 kali. "akak dengar,cuba tengok jam, bukan masa azan kan?" akuinay penuh jujur. saya rasa berdebar, "selalu ke akak dengar?". "selalu gak, entah siapalah yang jerit tu agaknya", jawabnya naif.

14 jan 2013 (isnin).
sebelah siang hajar demam. batuk2 kecil. menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat.demam semakin tinggi. mencecah 39C.selesema, kahak tersumbat disaluran kerongkong dan belakang hidung. hajar semakin lemah. apabila pernafas tersekat, hajar menggelepar mencari nafas. doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. tiub dimasukkan kesaluran kerongkong dan saluran hidung. prosedur yangmenyakitkan dan tidak selesa. tapi masih tidak banyak membantu, selesema mengalir lagi , dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan tersebut. keadaan agak membimbangkan. kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 sucu Al Quran dan zikir2. menjelan tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak tercungap-cungap lagi. keletihan yang teramat sangat...tapi bersyukur terlepas dari situasi bahaya. stabil.

bila dah tenang, hajar bercerita semual. semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah,pertolongan tersebut telah datang.bagimana? secara tiba2 dia sendawa berkali2. dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidungnya yang tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dengan selesa. kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. air yang sangat sejuk dan selesa. dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tiba2x terasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH

hari dah jauh malam, suami saya nak balik untuk menjaga anak2 yang lain dirumah.suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab, "ayah percaya Allah tak?". jawab suami "percaya". tambah hajar lagi "kalau peraya pada Allah, ayah baliklah...Allah ada jaga kakak kat sini." sesekali dia tersenyum manis. kami tanyakan "kenapa senyum?". dia jawab "ada bau wangi sangat..". "selalu ke akak terbau macam tu?". jawabnya, "kadang2 je..kadang2x masa nurse datang..kadang2x waktu sahabat ziarah.". hati kami mula rasa sesuatu. suami saya tak jadi balik. kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam itu. dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. malam yang sejuk dirasakan nyaman. langsung tak rasa lapar atau dahaga. menurutnay sepanjang malam dia memerhatikan kami bebrdua tidur dan mensyukuri apa sahaja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 jan 2013 (selasa).
sebelah pagi hajar masih tidak bermaya. semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan beransur baik. perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. bila demam berkurangan, hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan puding, bubur, sup ayam dan buah2an..rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. bila dia sebut teringin makan pisang, tiba2 ada saja tetamu yang akan bawakkan. dia duduk tapi kepalanya agak senget-masih tak boleh kawal gerakan kepala. spontan dia kata "kalau ada bantal kecil boleh letak kat leher" lalu Allah perkenankan hajatnya. bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

tekak hajar masih terasa sakit-perit. mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. saya hancurkan paracetamol dengan sedikit air zamzam. "akak ingat ye, ubat nie alat Allah je, Allah yang menyembuhkan". dia angguk. ubat di sudukan ke mulutnya. pahit. kecil matanya. segera saya berikan air zamzam untuk diminum. lepas tu dia tanya, "air apa tadi?. "ehh..air zamzam lah, mana ada bagi air lain". dia senyum lagi. saya tertanya2. dia kata "Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zamzam tu, rasa macam air manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak. esok mak cubalah" macam mana nie....nak percaya tak?

malamnya, dia kena makan ubat lagi. tanpa gentar dia menelan ubat pahit tu dan tingggalkan sedikit untuk saya. nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat tu. memang pahit. dan bila air zamzam diminum, rasa pahit tu hilan tak berbekas. seperti lumpur dilantai yang tertanggal semuanya bila disiram air kepadanya. 

kemudian dia bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. saya terkedu. telefon ters saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. dan seperti dijangka, apa yang dimintanya mudah benar utk Allah tunaikan. ada saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

bila doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, hajar menangis. "akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar, kematu, tak sensitive. tangan akak kecil. sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2..dah tak jumpa urat darah tu takyah lah ambil darah. akak tak nak doktor tu lagi". sayu hati mendengar rintihannya, tapi macam mana? mana boleh pilih2 doktor. tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 jan 2013 (rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut.Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2.Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah.Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.


Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat.Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab“Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.
Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari  Allah.
Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”





Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya.Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.



Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu.  Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.



Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka  Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi,  Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.


17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan.  Ultrasound pula  diambil.  Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.


Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang  Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar  ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.


Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan  nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan  menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak  katil Hajar ke ICU orkid.Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.

Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja  lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.


19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran  pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir


20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

iti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap  tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya


kopi dan pasta: from me for you.

Monday, January 21, 2013

sandakan, the nature city.

welcome to Sandakan bebeh!
entry ini akan menjadi sangat panjang. sila bersabar ketika membaca entry ini.hoho! entry nana kali nie adalah berkisar tentang tempat asal nana iaitu.....jeng3x!!!

~sandakan, the nature city~

nana adalah anak jati sandakan, upssss..sandakan??? mesti agak ramai yang tak tau kan sandakan tu kat mana.huhu..baiklahh...sandakan tu merupakan bandar kedua terbesar di SABAH..ok, sila tambah pengetahuan anda. 

bandar sandakan turut dikenali sebagai the nature city, sebab kalo anda2x semua masuk, banyak pokok2x yang korang akan dapat lihat. the best thing is when u explore the city at night because lampu2x yang berwarna-warni akan membanjiri bandar sandakan nie. wuuhuuuu..membanjiri gitewwww...

paling cantik hutan kecil kat depan jabatan hutan sandakan. dorang buat hutan tu ala2x hutan simpan, pastu letak lampu2x yang membentuk binatang2x. ada yang bentuk rusa,burung dan banyak lagi.(tak ingat sebenarnya)


bagi korang yang baru pertama kali sampai kat sandakan, korang boleh sesat sebab sandakan kini ada lebih daripada satu bandar. tapi pusat bandar bagi sandakan adalah bandar leila.ingat!kalo naik bas tu tengok dulu bas tu g kat bandar leila ke tak.

stesyen bas utama bandar sandakan.

bagi nana, sandakan nie merupakan rumah kedua nana after lahad datu. even nana tinggal kat lahad datu, tapi sandakan tempat lahir nana.see the connection there~ hoho..that's why la chemestry antara nana dengan bandar sandakan nie amat kuat. lagipun sedara nana bersepah kat sandakan nie.so, nana tak boleh keluar dating nanti kena repot kat mak bapak...

bas labuk yang sangat epik!
jarak rumah nenek nana dari pusat bandar cuma 15 minit perjalanan..no no no...10 minit jek. tambang bas pulak sangat murah, cuma rm1.70..hahahahambek ngko..nak spulohjuta kali turun naik pegi bandar pon boleh.hoho.

udang galah yang besarrrr~
kalau nak pegi rumah nenek nara, memang kena lalu encik udang nie. motif letak udang bapak besar kat situ??? sebab tempat tu jadi pusat memunggah hasil laut ke darat dan direct ke pembeli.nama tempat tu tanah merah. bapak segar tau x..mak nana kalo nak beli makanan laut atau barang basah, jam 5 subuh lagi dah siap pergi situ. kalau korang pergi lewat dari jam 8 pagi, memang tak dapat laaaa..dah habis kena beli. yang tinggal cuma bawang putih jek untuk korang.muahahaha!

nasi kuning sabah.
nampak tak benda warna kuning kat atas tu?? hah, tu bukan pulut kunung cap ping pong taw..itu lah makanan yang wajib korang-korang cuba bila berkunjung ke sabah. tu namanya NASI KUNING. sebab warna nasi dia kuning. hoho...seriously, nana tak pernah lagi jumpa nasi nie kat mana-mana selain daripada negeri sabah. kalau letak lauk ikan lagi terbaekkk! oowwww~ ku merindui nasi ini dan juga my bapa sebab ayah nana sangat rajin belikan nana nasi kuning nie. just imagine, masa nana SPM, pagi-pagi lagi ayah nana dah keluar semata-mata untuk belikan nana nasi kuning. haha..takut anaknya gagal SPM kot.

sandakan waterfront
ok like seriously, sejak bila sandakan nie ada waterfront??? hahaha..nana dah blablabla tahun duduk sandakan tak pernah tau pun sandakan tu ada waterfront.it just bila someone sms nana dan tanya, rumah u jauh tak dari sandakan waterfront?? and i like.....what??? sandakan waterfront???? whatdahelll is sandakan waterfront??? hahahaha..memalukan betul la ngko nie nana oii...

sandakan waterfront bila siang.
sandakan waterfront nie baru jek siap dua tiga tahun lepas, that's why la nana tak tau.haishhh~ sandakan waterfront nie betul-betul menghadap laut..and korang boleh nampak pulau-pulau yang ada sekitar sandakan tu. sangat cantik..pastu waterfront nie sangat dekat dengan swiss hotel, korang takyah lah turun g bawah, bukak jek tingkap, dah nampak laut. tapi takda banana boat ye kat sini..ada bot laju and bot penumpang jek bawak orang gi pulau-pulau yang berdekatan.

airport sandakan
nak habis dah~ bagi korang yang tak sempat beli pape kat bandar, jangan risau sebab korang still boleh shopping barang souvenier kat airport. cuma mahal sikit jela kan kalo bandingkan dengan harga luar, but it's worth. t-shirt, batik, beg, necklace, keychain, u just name it dude. semua ada kat airport tu. kadang-kadang kompius gak, nie airport ke pasar borong. and the most important thing is......

puncak gunung kinabalu.
kalau korang nak mas airlines, korang akan dapat lihat gunung kinabalu dari atas. abang pilot yang hensem-hensem tu akan announce la bila kapal tu terbang kat atas gunung tu..peluang yang sangat berharga ok..tapi kalo korang tak naik mas airlines, korang mungkin akan terlepas peluang tu sebab diorang tak announce pon gunung kinabalu ada kat bawah korang..

ok guys, sila kembali ke alam realiti..terima kasih sebab sudi membaca celoteh nana yang panjang lebar mengenai bandar Sandakan. bila ada masa dan duit lebih-lebih, jangan lupa datang berkunjung ke sandakan yeee~ sangat berbaloi...peace yaww..

kredit to:blog anak sandakan dan incik gugel untuk gambar-gambar diatas.

Friday, January 11, 2013

weekend

seminggu nie nana agak sibuk dengan kuliah.maklumla baru nak start sem balik. hujung minggu nie nana n classmate nana sepatutnya jadi tour guide untuk budak-budak korea dari UM. Dorang tu exchange students kat UM and their lecturer yang mintak kiteorang jadi tour guide budak-budak tu. Dalam rancangan, kiteorang akan pergi melawat batu caves, putrajaya, masjid negara and many more. tapi kaannnnnnn.....

tapi tapi tapi, parents nana tak bagi nana ikut rombongan tu. Semuanya sebab cerita yang konon nya esok, 12 januari 2013 orang bersih nak buat perhimpunan kat KL.so, opcoz la kan parents nana tak bagi.kang kena baling batu anak dorang sape nak hantar gi hospital hah?? huhu~

teringin jugak sebenarnya nak pegi.yela...manatau boleh dapat tips nak gebukan pipi..muahahahah! pastu ajak dorang menari gagnam.hah amek ngkao...oppa kl style la konon kan.tapi takpelaa...mungkin ada hikmah kot parents nana tak bagi nana ikut. its ok mom n dad...thats why i love u..hoho.

tu jek sebenarnya nak cite.muahaahah again! kbai~

Saturday, January 5, 2013

selamat datang 2013!!

happy new year semua..uuu~ lamanya nana tak update blog nana nie.kesian lak..macam tak cukup kasih sayang jek kan ngko nie blog..

macam mane new year korang?? nana biasa jelaa..cuma penuh dengan kejutan.erkkkk..biasa ke tu?? new year eve haritu nana sambut kat klcc.first time la nana sambut new year kat klcc tu.best?? x kot...penat nak tunggu munge-munge api tu meletup jek..hoho.tu laa.nak sangat kan tengok bunga api besar meletop. terima kasih la pada yang sudi bawak nana celebrate new year tu ye...toceh3x.

pastoh, balik pegi kampus untuk daftar asrama. kalau ikut hati nie, rasa macam tak nak balik asrama jek kot. punca?? nak kena pindah barang yang banyak. ntah hape jela yang nana buat kat kampus 2 tahun nie sampai barang banyak cenggitu. dah masuk asrama, dapat lak roomate baru, senior kot...ceittt! mula2x macam ngeri gak laa.sebab dia senior. tak boleh ku nak bermaharajalela kat dalam bilik. tapi lepas dah jumpa, ok jek..sporting and fun to talk with.

new year present dari pengarah kampus adalah, jadual waktu yang sangat padat bermula dari jam 7.30 pagi sehingga 4.30 petang. mampos nyahhh! dah la first week kuliah tu penat sebab angkat barang tak hilang lagi, kena pulak kuliah sampai 4.30 petang. gigil kepala lutut nie tahan mengantok keyh..

benda-benda yang nana paling rindu setelah balik kampus after 2 bulan cuti:
- free homemade cooking food
-waktu tidur yang panjang
-waktu bangun yang lewat
-tak payah belajar
-my parents love. T_T

tapi teruk camne pon, life must go on. 3 tahun lagi sebelum nana menamatkan zaman belajar dan memulakan zaman bekerja. 3 months tu tak lama dowh..kejap jek kot. gambatee~
wish uols happy new year dudes!