Saturday, November 16, 2013

pengalaman dengan cikgu kelas memandu.



dah lama rasanya nana tak menghapdet blog kesayangan nie. xpe..xda orang nak cari pon..hewhew. nie pon ikutkan bukan ada idea nak taip apa pon, tapi tadi rasa tak boleh nak lelapkan mata sebab masih terkesan dengan pengalaman membawa kereta semasa dalam kelas memandu.

ok, mungkin ramai yang dah tahu nana dah dapat lesen L pon. cuma x dapat lesen P lagi. buat yang masih tak tahu atau blur2x tu, lesen P nie hanya untuk yang dah lulus ujian JPJ memandu atas litar dan jalan raya. lesen L tu plak cuma lesen yang membolehkan kita memandu kereta bersama dengan cikgu kelas memandu. BERSAMA okeh, maksudnya, tanpa cikgu memandu tu disebelah korang masa tengah drive kat jalan, korang boleh kena tahan polis. so, dah clear kan hadek2x...

bila dah dapat lesen L nie, nana rasa nak habiskan je semua kelas2x dan ujian2x kat sekolah memandu yang nana dah daftar. kalau boleh, nak je cepat dapat lesen P tu. 

disebabkan rasa tamak haloba menguasai diri...nana terus daftar kelas memandu kat litar dan jalan raya selama 10 jam. direct 1 minggu tu nana book..setiap hari, nana habiskan dua jam untuk pergi kelitar dan belajar memandu. 

tapi sebenarnya...cara tu salah terutamanya buat adik2x yang belum pernah merasa drive kereta  yang baru kenal stereng, seat belt dan pintu kereta kerana adik2x tak kan mampu untuk menahan beban tekanan belajar drive kereta. 

nana ambil kelas memandu 2 jam setiap hari selama 5 hari direct membuatkan nana cukup tertekan. hari pertama nana pergi kelas memang rasa eksited tu ada, tapi turut diselangi dengan rasa takut sebab nana tak pernah merasa pengalaman drive kereta, bawak motor atau basikal pon. 

hari pertama nana belajar nana terus diajar cara untuk side parking, 3 penjuru dan naik bukit. serius nana cakap, step2x nya memang mudah. tapi nana kecewa sebab apa yang membuatkan semua tu menjadi susah adalah cikgu atau instructor tu sendiri. cikgu selalu nak kita buat sesempurna macam yang mereka buat. eh, HELLO! nie baru hari pertama, x sampai dua jam pon lagi aku pegang stereng ko dah nak suruh aku bawak macam ko bawak. memanglah x adil. nak je nana cakap camtu kat cikgu tu. 

nana paham, cikgu tu mungkin nak yang terbaik. tapi in less than 2 hours, janganlah expect something more than that. cikgu2x kat kelas memandu nie ZERO soft skills. tak tahu nak berinteraksi dengan pelajar dengan cara diplomatik, profesional dan matang. kemon la cikgu2x... berhenti membebel atau marah bila benda tu x perlu nak dibebel. 

balik je dari kelas memandu, semangat nana nak belajar memandu dah down. jatuh merundum uolss! rasa tertekan, sedih, marah, tak puas hati semua ada. astaghfirullahalazim..dalam hati nie rasa dah tak nak pergi belajar memandu lagi esok. biar jela duit yuran yang dah bayar tu. nangis2x daku mengadu kat encik bos. nasib baik encik bos bagi semangat sedikit cakap nak datang tengok nana belajar esok. ok fine..esok kena pergi belajar lagi.

hari kedua tu, nana masuk je dalam kereta, nana langsung tak bukak mulut. tak macam hari pertama nana tanya macam2x kat dia sebab terlebih eksited. tapi harini nana lebih banyak diam dan serius. masa belajar kat litar pon nana diam je. kalo lupa atau salah baru nana tanya nak buat macam mana. pastu bila nana buat salah, cikgu mesti cakap "semalam kan saya dah ajar". eh cikgu, semalam tu dua jam je tau..tu pon rasanya kurang dari dua jam sebab awak datang lewat 15 minit dan hantar saya awal 10 minit. sepatutnya saya bayar awak untuk cukup dua jam. bukan sejam setengah je. 

tu tak masuk hal kereta yang kena bagi untuk buat latihan lagi. bak kata encik bos, "HAZAB kereta tu". kereta macam tu ngko bagi aku pakai, lagi ko nak marah. eh, marah nie! marah! 

hari kedua berlalu dengan nana belajar masuk side parking dan tiga penjuru. bukit tu dah hujung2x baru pergi cuba. macam tak lepas je, macam tak boleh je. ah, lantak la! dalam hati nana pon nana dah set awal2x, nana takkan lulus ujian JPJ tu pon. 10 jam tu masih tak cukup untuk orang macam nana nie yang baru nak belajar semua.

esok hari ketiga nana, nie pon dah rasa takda hati nak pergi belajar lagi. terus terang nana cakap, nana nak sangat belajar, tapi bukan dengan cikgu yang macam tu. langsung tak memotivasikan pelajarnya untuk belajar lebih lagi. yang dia tahu marah dan membebel je. seriously, bila nana bawak kereta masuk side parking TANPA ADA CIKGU KAT TEPI, hati nana jadi lebih tenang dan nana boleh je buat. 

tolonglah cikgu2x memandu sekalian, jangan bunuh semangat pelajar anda. kesian kat pelajar2x tu. kalau dorang dah terer, pandai sanagt drive kereta, dorang tak masuk pon kelas memandu tu mintak cikgu2x sekalian yang bijak bestari nie ajar. berhenti memaki hamun, membebel dan memarahi pelajar anda kerana mereka belum ada pengalaman yang cukup untuk dimaki hamun.