Saturday, June 30, 2012

header perlu ke???

morning peeps! thanks to all visitors yang sudi datang blogwalking kat blog nana yang xberapa nak jadi nie..hoho...pepagi lagi ko dah berblog yee nana, mandi pon blom.upssss..

mesti ramai yang datang jenguk tu tekejot kan coz nana punya blog xda header pon.OH MY ENGLISH! blog XDA HEADER???? theeeee~ yup, blog nana xda header pon. banyak sebab kenapa nana xnak letak header yang comel2x, kiut2x, lawa2x, blink2x macam blogger yang lain buat tu..antara sebab utamanya adalah kerana nana xjumpa lagi header yang lawa untuk ditempek kat blog nana.muahahahahah!

nana nak header yang ada letak katun pompan kecik2x comel kai tudung, pastoh kaler nak purple n pinkish2x gitu.xnak yang serabut2x macam wire rumah xsiap.wahhhh, demand ko ye nana. ada sesape nak buatkan x???? kih3x...

btw, nana ok laa dengan blog nana sekarang. tapi, maybe kalo letak header lagi lawa kot kan..(owhh bunyi perasan terkeluar sudaa). 

Friday, June 29, 2012

bila xda kerja...

salam Jumaat semua...arini nk story cket menda yang nana akan buat bila xda kerja nak buat and xda homework or presentation yang kena siapkan. dalam erti kata yang lain, xda kerja tu adalah bila nana asyik terbaring bergolek2x dari saat nana bukak mata sampai penat terbaring..muahahahahah~ bahagia jek kan bunyinya. 

bila dah penat tu, xreti2x lagi ke nak bangun?? maka terbitlah idea untuk membasuh teddy bear yang dah 1 semester x berbasuh. ngeh3x..meh nana kenalkan kat encik teddy bear nana ye..

encik2x teddy bear.

nana nak basoh yang warna putih tu lahh..kan dah kelabu jek warnanya tu..elok warna putih masa mula2x beli, sekarang dah warna kelabu asap dah.

teddy bear a.k.a bantal kaki yang kelabu asap.
nana suka letak encik2x teddy bear nie kat kaki nana.hohohoh~ kekejaman x berlaku yee..buat alas kaki jek time tido. wkwkwkwkw..so, nana pon dengan semangatnya pergi laa membasuh teddy bear tu. kena ingat tau, kalo nak basoh teddy bear jangan guna sabun cuci kain tu hah..xkisah laa, breeze ke, daia ke, boom ke, nuklear ke, or whatever laa..nak bulu teddy bear tu gebu, halus, mulus, tulus macam tepung  roti canai memula beli tu, kena basuh guna shampoo..nak lagi baik, gunalah shampoo baby tuu..oleh disebabkan nana nie nak jimat shampoo, maka nana pun tambahlah bancuhan air + shampoo sunslik + fabric softener..tadaaaa! xpyh laaa nak letak shampoo tu banyak sangat kan..nanti dah kering, bulu teddy bear tu akan jadi sehalus kulit baby. keh3x..yang penting bulu encik teddy tu xkan jadi macam bulu anjing or kucing yang baru kena air.

Wednesday, June 27, 2012

no lecturer means no class.

hohohohoh..baru jam 12.15, nana dah berada kat hostel dengan bahagia dan jayanya. jayanya kerana dapat melepaskan diri daripada encik warden yang ganas lagi x hensem.( XD ). nak buat wordless wed tadi, tapi tangan nie hah gatal gak nak menaip. so, alang2x dah tertaip tu, biarlah taip smpai habiskan. bak kata pepatah, bumi mana yang x ditimpa hujan (sila cari apa kaitannya). muahahahahaha.

hari nie kelas xde coz semua lecturer xnak dah ngajo kiteorg. (gurauan disitu). dorang semua bz kt dengan pembentangan (errrr...atau pertandingan??) inovasi between setiap department. ce cakap pe kaitan pembentangan tu ngan kiteorg..ce cakap, ce cakap?? xde pon..sebab tu kiteorg x pegi tengok..hohoh.


yeahhhhhhh! lets rock bebeh.
so, dengan penuh semangatnya nana and the gang(wel) pon balik la ke bilik yang tercinta. heeee~ (gelak bahagia). bertambah bahagia lagi sebab sampai kat hostel, mesin basuh xda orang guna. so, boleh basuh baju tanpa perlu berebut2x dan beratur panjang sampai kat pondok pakgad. theee! 



muka yang gumbira sambil berlari2x manja menuju ke bilik.


muka nana dan wel yang gumbira dari jarak dekat.



muka comel kiteorg yang sebenar. wkwkwkwkw! (jangan nak jelez lak)
pastu, buat homework dengan MALASNYA ye.. perlu ye kawan2x untuk caps lock kat word tu untuk memberi penekanan dan penegasan. dah lepas gian nak menaip. sambung buat homework math puan fazidah yang garang dan skema. kbai!

Tuesday, June 26, 2012

mati itu pasti.

(setelah hampir setengah jam nana merenung skrin lappy nana coz xtaw camne nak mula).hai semua..dah makan belum?? owww~~ masih lagi xtau nak taip apa....ingat lagi x pasal nenek nana yang nana ada story haritu?? kalo x ingat, korang g selongkar balik entry2x nana yang lepas..nana ada post pasal nenek kesayangan nana sebab beliau jela satu2xnya nenek yang nana ada lagi. 

tapi fakta tu kira2x seminggu yang lepas, sebab semalam nana dah pon kehilangan beliau. nenek nana yang comel dan amat suka merajuk tu dah dijemput Allah semalam. sedih sangat ok...arwah koma for about 3 or 4 days kat hospital. nana xdapat nak balik untuk tengok majlis pengkebumian beliau sebab nana duk jauh. my parents pon xsuruh nana balik coz takut mengganggu pembelajaran nana. sekali lagi nana sedih ok..bila my sister kat johor call n bagitaw yang nenek dah xda, nana terkejut sangat sampai xbleh nak menangis dah. only after nana call dady nana jek baru nana terasa sedih yang amat sangat sampai nana rasa nak meraung depan kafe sambil disaksikan oleh pak cik kafe yang tengah bancuh air. 

nasib baik my dad dapat tenangkan nana walaupun cuma berbicara melalui hempon. beliau pesan jangan menangis sangat. bacakan yassin dan kirimkan doa jek banyak2x buat arwah nenek. nana bertambah sedih bila dengar suara ayah yang sebak menahan tangis. nana rasa macam nak balik jek malam tu. tapi apakan daya, we have to STEP ON THE REAL WORLD.. yes, real world people, setiap benda yang bernyawa tu akan pergi dan kini giliran nenek nana dah tiba. redhakan jela sebab ada hikmah disetiap kejadian. Allah jugalah yang Maha Mengetahui setiap aturanNya kan..

saat terakhir berkumpul bersama dengan arwah nenek.
korang jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah ye buat arwah nenek nana. semoga roh arwah ditempatkan dalam golongan yang soleh dan diredhaiNya. Amin....

Sunday, June 24, 2012

batuk dan asma

sekarang nie, kualiti udara negara sangat tidak sihat buat orang2x macam nana nie. disebababkan jerebu, dah seminggu nana asyik batuk dengan teruknya,. xpela jugak kan kalo setakat batuk jek, nie x..dengan selesema, demam dan asma datang menyerang sekali. tapi bila dah sakit nie, kita kena redha jela  sebab sakit tu kan salah satu cara menghapus dosa. korang tau x yang batuk nie ada macam2x jenis? hah, mai nana nak habaq mai kat korang. satgi korang batuk, korang bleh la nak kenal  pasti batuk korang tu batuk penyakit or just setakat batuk orang-orang kaya.hohoho.

1. batuk yang berkahak.
batuk yang jenis nie selalunya bermula kat bahagian dada. then, bila dah ada kahak tu, kita kena la kenalpasti warna kahak tu untuk tahu jenis penyakit yang kita alami. kan biasa kalo pegi klinik, encik doktor mesti tanya warna kahak, hah sebab dia nak tahu penyakit kita la tu. so, korang tak payahlah nak segan2x pulak nak gtaw warna kahak korang kat doktor tu.
*kahak yang warna putih atau jernih menunjukkan ketiadaan penyakit yang merbahaya. so, bila anda batuk n berkahak warna putih tu, korang boleh la rasa lega sekarang ye.
*kahak yang warna putih tapi berbuih mungkin disebabkan oleh penyedutan asap rokok dalam jangka masa lama, meaning dah tahap kronik korang hisap asap rokok tulah. selain tu, pesakit bronkitis juga mengalami batuk jenis nie.
*kahak yang warna hijau atau coklat menunjukkan adanya jangkitan bakteria dalam paru-paru. contohnya sakit bronkitis dan pneumonia (sukar bernafas dan demam).
*kahak berdarah atau berwarna gelap seperti karat besi plak menunjukkan sesuatu yang lebih serius. ia mungkin disebabkan kanser, batuk kering (TB), dll. untuk batuk berkahak jenis yang nie, nana nasihatkan korang pergi la berjumpa dengan doktor segera. jangan g jumpa tok bomoh atau tok kadi plak.

2. batuk yang tidak berkahak.
untuk batuk tidak berkahak, bahagian tekak akan terasa kering, gatal, dan perit. batuk jenis nie biasanya disebabkan oleh jangkitan virus. ia selalunya akan pulih tanpa pengambilan ubat dalam masa seminggu. pengambilan antibiotik tidak akan membantu pesakit batuk jenis nie. apa yang pesakit boleh buat hanyalah mengambil ubat untuk mengawal rasa pedih yang dirasai kat tekak tadi. hah, sekarang nie dah ada macam2x jenis ubat yang kita boleh dapat untuk kawal rasa pedih tu, contohnya mcm strepsil atau dequadin. kalo nana sendiri nana prefer untuk makan strepsil coz dequadin sangatlah tidak sedap.

nie lah dia dua benda yang berguna untuk melegakan tekak yang perit.
penyakit asma plak merupakan sejenis penyakit paru-paru yang terjadi akibat radang atau penguncupan saluran pernafasan. nama manja penyakit asma nie semput ataupun lelah. kalo nak kenalpasti penyakit nie mudah jek. nie based on nana punya pengalaman hidup dengan mak dan ayah yang mempunyai sakit asma. antara tanda2x semput nie adalah:
1. pernafasan yang berbunyi. bunyi macam orang bersiul jek. terutamanya bila menarik atau menghembus nafas. jangan plak korang ingat orang yang  bersiul tu tengah semput.
2. batuk diwaktu malam terutamanya dalam cuaca yang sejuk atau selepas melakukan aktiviti.
3.mengalami batuk secara berterusan melebihi tempoh seminggu.
4. megalami sesak nafas dan dada terasa sempit.

punca penyakit asma nie ada banyak. tapi mostly puncanya adalah disebabkan faktor keturunan. macam dalam keluarga nana sendiri, nenek, emak, ayah dan anak sedara nana ada asma. so, tak hairanlah kalo nana pon ada gak.

benda-benda yang pesakit asma pelu jauhi.
tapi, mak nana pesan bila diserang asma elakkan penggunaan inhaler yang kebiasaanya diberi oleh doktor2x yang hensem dan lawa. mak nana cakap, kalo dah biasa sangat guna inhaler tu, kang satgi kita terlalu bergantung pada benda tu untuk hidup. nana kalo dah semput tu nana tak makan ubat or guna inhaler pun. nana cuma tarik nafas panjang2x, duduk rilek, atur pernafasan sampai jadi stabil semula. maybe semput nana x kronik sangat lagi kot.
nana pernah guna sekali jek, tu pon curik2x sebab nak tau camne rasanya guna inhaler.
sekarang dah tahu kan pe kaitan antara batuk dan asma. jangan pandang sakit asma tu sebelah mata jek tau sebab sakit asma tu boleh membawa maut. kalo dah rasa2x macam nak semput tu cepat2x lah pergi klinik, jangan ikut macam nana. semput jek bawak tido.hohoho..amat tidak baik untuk keselamatan diri anda. till next post! happy sunday readers.

kredit to : info kesihatan

Saturday, June 23, 2012

cara penjagaan muka yang sah.

hai readers..happy saturday peeps! mood menulis menaip tengah berkobar2x sekarang nie, so nana nak kongsikan cara2x penjagaan muka yang betul2x sah untuk memastikan kulit wajah anda2x nampak glowing, bersih and flawless jek. actually, untuk mendapatkan kulit wajah yang bersih amatlah mudah jika kita benar2x menjaga dan merawat kulit kita dgn cara yang betul. based on research yang nana dah buat, hanya 3 langkah asas yang kita perlu lakukan setiap hari utk dapatkan kulit yang bersih lagi suci. 

1. mencuci.
yup, kita wajib mencuci muka kita setiap hari yaa..tp make sure jangan cuci muka kita menggunakan cleanser melebihi 2x sehari, coz nanti kulit kita jadi kering kontang mcm padang pasir. bila dah kering kulit tu, kang jerawat pon tumbuh la dengan gumbiranya.cuci guna cleanser tu cukuplah sekadar 2x sehari, nak cuci lebih2x pon bley, tapi guna air jek.
nana guna yg nie.


2. toner.
ok, memang ramai yang tak letakkan toner kat muka selepas dah cuci muka tu. korang tau x, toner tu sngtlah penting kerana toner berperanan untuk menyempurnakan proses pembersihan wajah. semua kotoran yang tak dpt ditanggalkan oleh cleanser td, akan di hilangkan oleh toner. selain tu, toner nie gak akan membantu untuk memulih dan menutup semula pori2x yang dah terbukak luas semasa proses mencuci td. hah, penting kan..kang tak memasal dari jauh lg orang dah bley tgk pori2x kat hidung tu.hohoh..toner gak berperanan untuk menegangkan kulit muka dan mengembalikan pH kulit kepada yang asal. takdelah berasid sangat muka tu.ohhhh~ sngt penting rupanya toner nie kan...tp pastikan toner anda gunakan tu bebas dari bahan alkohol coz nanti kulit akan menjadi lebih kering.

credit to encik google.

3. pelembab.
last step untuk kulit flawless dan bersih dari cela, gunakan pelembab selepas toner. pelembab amat penting untuk memastikan kulit wajah kita tidak dehydration (lupa cmne nak eja in bahasa). kang kalo dah kulit tu dehydration, kompem2x la kan kulit jd kering. satgi kang kulit cpt berkedut and nampak tua..xtakot ke? 



pelembab dari safi balqis.
ok, tu jela 3 langkah yang sangat penting untuk kita amalkan setiap hari untuk kesihatan wajah.
selain tu, terdapat juga amalan lain yang boleh diamalkan. antaranya ialah spt scrub muka. 

* scrub muka.
yang nie sebaiknya amalkan 3 atau 4 kali seminggu coz scrub nie bley mengeringkan kulit wajah jugak. fungsi scrub nie adalah untuk membuang sel-sel kulit yang dah mati kat wajah kita. so, xdela sel-sel kulit mati tu bertimbun kat kulit kan..nana ada baca dari blog mana ntah, lupa dah (xdpt nak bagi kredit kat blog tu) yang kita bley buat scrub dari dapur rumah jek. caranya dengan menghancurkan beras atau gula dan gunakan sebagai scrub muka. nana xpernah try lagi, tapi macam best jek kan. nanti dah cuba, bagi feedback kat nana ye. hehehe..

dari encik google.
until next post yeah!!

sayang nenek.

my lovely grandma.

morning readres!! errrrrrr....pagi2x dah kne bangun g beraerobik ye..owyehhh~~ nana g aerobik.hohoho..rasa sihat cket after peluh dah keluar. rasa muda kembali ..cewahhh..owh yaa..that picture! itu la nenek nana, satu-satunya nenek yang nana ada lg..dah nampak berusia  pon kan. nama pon nenek, hohoho pe la korang nie. taon nie nenek nana dah masok 82 taon dah, and sadly nenek nana nie dah uzur dah pon. eventhough, beliau tetap gagah berdiri n berjalan tapi kesihatan dah down cket. ada macam2x penyakit dah..poor her. today is very beautiful day for me, but the worse part come like a light. tiba2x jek setengah jam yg lepas my mom call n said "nenek ada kat hospital sekarang, tengah koma". oh my! nana rasa macam diawang-awangan sekejap. terkenang kembali bila nenek ada dengan kiteorang time akak bertunang 3 minggu lepas. when i came back to the real world,  terus call my dad tanya pasal nenek. my dad cakap nenek rebah n koma sebab darah tinggi. again, poor her. nana rasa nak balik jek tengok nenek. mesti ayah sedih giler time nie kan. arghhhh! rasa nak balik rumah jek. readers, doakan nenek nana cepat sembuh yee..thanks peeps! till next post..

Friday, June 22, 2012

tiada data peperiksaan???

hi all..aisehh..kapla still pening2x lg hasil drpd selesema n batuk yg xhenti2x.hukhuk...xpe..nana gagahkan jgk diri nie utk online n update blog..smbil2x cek result exam yg xkeluar2x lg..apadaaaa..dah nk sebulan kot  exam dah abis, xkan result xnk keluarkan lg..apa, nk tunggu kiteorg wat bersih  demonstration ke kt dpn HEP?? (no hard feelings) hahaha. then, bru jek td ada rumours kononnya result klua arini, nana pon dgn penuh debor2xnya log in laaa nak cek result..dannnnnn...

TIADA DATA PEPERIKSAAN???? oh my english!!! xda data lg laaa..nyesal debor2x, xdpt result agy pon..mmber2x smue sibok tnye result. aishhhh...bila nk keluarkan result nana nie...ke nana gagal???? oh noooooo...xkn nana gagal kot sbb tu result nana dorang xkeluarkan lg..ataupun nana dpt 4 flat???? dorang nk wat suprise kt nana.hahahaha..sabar jelaa. buat my sisters n brothers of PISMP 2.09, tahniah kpd yg berjaya,n dont give up buat yg kne repeat paper.u have our shoulders to rely on.till next post.seeyah!


selesema!!

kredit to encik google.
owhhh~~ gmbr apakah itu??? hah..tu bukan embun dipagi hari ye..bkn jgk kabus gunung..tu lah dia encik jerebu yg jht..smenangjung kan skng nie tgh dilanda jerebu yg agak teruk, so cmtu la rupa KL bila jerebu. sngt xbaik utk kesihatan kita senegara kan..especially kpd penghidap asma n kanak2x yg metabolisma bdn still xkuat lg..so, minumla scott emulsion., lebih baik guna mask mcm doktor2x bedah tu pkai utk mengelakkan debu2x disedut masuk lam hidung dan paru2x kita. disebabkan jerebu yg agak teruk nie jgk la sy dilanda diserang dgn penyakit selesema n asma yg xdela kronik sngt tp agak teruk gak laa, nasihat sy kpd anda2x rakyat malaysia:
-kurangkan berada di luar rumah.
-rajin2x minum air smpai kembung. spya kita x dehydration.(ekk, sy lupa cmne nk spell in bahasa)
-rajin baca Quran n solat.
-doa bnyk2x supaya Allah jauhkan malapetaka dr diri kita n org lain.
-cukupkan makan n tidur. (xde kaitan pon kan)

sy sngt benci selesema sbb sy xske laa.hohoho..xske hidung berair2x.yucks!

moral of story: jgn main jerebu.hahaha!


very 1st post of my life.

hahaha..to readers, baca title jek pon mst dah dpt agak kan psot nie pasal apa..owhh~~ sungguh skema ayat ku. readers, this is my very first time posting in my blog since it was created yesterday..hahaha, yup, baru buat semalam yee. me, blogger yg xde sape kenal n baru nak mula bermanja-manja berjinak-jinak dgn dunia blog. susah gak kan nk buat blog nie especially for a newbie like me.(hohoho). pnt godek here n there nk cari tutorial utk cantikkan blog n till now xcantik2x gak. nvr mind, usaha tangga ke rumah, tangga kejayaan isnt? i hope people will perasan yg blog i nie ada kt dalam dunia maya nie..n do follow me yeah! till next post..seeyah!