Thursday, February 6, 2014

review: NYX round lipstick.

ok, macam yang dah korang sedia maklum, sebelum nie nana ada beli 2 batang lipstick online brand NYX. Brand nie cuma jual kat luar negara je, tapi sekarang dah ramai instashop dan kedai-kedai online yang dah mula jual barang-barang dari NYX nie. harga lipstik yang nana beli nie, affordable buat golongan merhan macam nana nie.so, setelah hampir sebulan menggunakan lipstik nie marilah nana mereview mereka.

harga : rm15 + rm6 (postage) 
 haritu, nana beli 2 batang lipstik sekali. so total harga rm 36 je. murah dah tu noksss..2 batang lipstik kalo beli kat guardian pon mau rm60 - 70 jugak melayang. untuk nie nana bagi namploh bintang. ******

appearance: cantik..haha..well, bagi nana sesuai dengan harga dia la. kalo nak yang ada batu permata berlian liplapliplap kat keliling lipstik tu memang la xde kan. kalo nak yang camtu baik hang g habib je. warna tiub lipstik, warna hitam. look so classic and elegant for me. 




berdasarkan pengalaman pakai lipstik nie, nana boleh katakan lipstik nie memang sangat bagus. sangat bagus kenapa? mestilah kerana warna nya yang sangat naik atau pigmented bila disapukan di bibir. warna lipstik tu akan naik dengan sangat cantik. mestilah itu satu kelebihan kepada lipstik tersebut. yelah, orang beli lipstik mestilah disebabkan warna nya. so nana bagi tigaplohjuta bintang! ***

gambar yang pertama tu nana guna NYX rose, yang gambar kedua plak NYX snow white. beza warna kedua-dua lipstik tersebut, NYX snow white lebih pekat warna merahnya atau warna merah yang agak gelap sedikit, manakala NYX rose, warna merahnya lebih cerah. Tapi yang pasti, kedua-duanya pun mempunyai warna yang sangat cantik.

snow white vs rose

Bila pakai lipstik nie, baunya agak berbeza dengan lipstik lain. mungkin dia tak pakai perfume kot. ontah laaa..ianya sedikit berbau, macam bau plastik..hah, gitu la lebih kurang.



nasihat saya, sebelum sapukan lipstik kat bibir, pastikan anda pakai lipbalm atau pelembab bibir dulu. lipstik NYX nie xda pelembab, so bila korang main taram je guna tak pakai pelembab, nanti bibir tak nampak cantik. bibir akan nampak kering dan semua mak nenek garis-garis kat  bibir kering akan kelihatan. so, dinasihatkan pakailah lipbbalm dulu ye cik hakak dan hadek. 

selain tu  lipstik nie boleh menyebabkan bibir kering selepas penggunaan. macam nana sendiri, lepas pakai je, bibir memang akan jadi kering kontang macam padang pasir. so dinasihatkan juga untuk sapukan lipbalm lepas guna. cian bibir nanti.

siapa-siapa yang rasa nak cuba pakai boleh la cari kat kedai-kedai online. google je mesti ada punya. kalo takda jumpa jugak, boleh lah berhubung terus dengan nana. InsyaAllah nana boleh tolong rekomenkan online store yang terbaik untuk korang..


see u!