Friday, August 3, 2012

saya penat!!

uwaaaaaa!! penat weyh..biasanya hari jumaat merupakan hari bersenang lenang bagi nana, tapi harini jadi hari yang sangat memenatkan pulak dah..T_T

boleh pulak dorang nak buat audit kehadiran.uwaaaaa...pastuh bagitau orang pon hari jumaat, nak cuti dah.uwaaaaa lagi.kalo gtaw awal2x bolehlah kiteorang siapkan awal2x....dah la kehadiran tak lengkap, dengan tanda tangan lecturer banyak yang tak ada..nak meraung menengok buku kehadiran tu noksss..nasib baek puasa..hihi..

pastuh satu hal lagi la pulak nak mencari dan mengejar para lecturer tu. ada yang kat pejabat laa, kat dewan laaa, kat rumah laaa, kat kafe laa..ok tipu sebab kafe tak bukak pon. tapi sangat letih weyh nak mencari mereka-mereka ini. siap kena turun naik pejabat tu berjuta-juta kali dan menunggu lecturer tersebut keluar dari washroom semata2x nak amik tandatangan mereka ini.

orang lain balik jam 12 tengah hari, tapi nana dengan ketua kuliah nana terpaksa balik jam 4.30 petang. ce korang kira berapa banyak beza tu. sangat banyak ok. orang lain dah tunggang tebalik tidur kat bilik, kiteorang plak tunggang tebalik nak siapkan bendalah nie. taubat noksss tamau jadi penolong ketua kuliah lagi.

sekian laporan hari ini.kbai!

Wednesday, August 1, 2012

nak amek lesen kereta!

weeeeeee~ petang nie nana dengan classmate nana, rose and hasanah nak pegi daftar lesen memandu..hihih.
umur dah 20 taon dah pon, tapi lesen pon tadak kan...hah, disebabkan kesedaran diri yang baru nak ada, kiteorang pon terkedek-kedeklah nak g amik lesen. jadi lepas nie, biar nana yang drive kereta ye..korang semua duduk belakang jek.
nana amik lesen kat pusat memandu cemerlang. alah..dekat jek kot.kat area jenderam...muahahahaha..ada udang disebalik mee ye kenapa nana nak amik kat sana..hihih...biarlah rahsiaaaa....tetiba* slapped
ok..panjang dah entri nie..=_="" sila lempang.
penat,kbai!

Tuesday, July 31, 2012

sahabat dunia, teman akhirat.

buat sahabat....
aku gembira menyanyangimu,
kerana Allah tukarkan kasih sayang tersebut dengan kelapangan hati,keredhaan dalam menerima dirimu seadanya dan kemudahan dalam setiap urusan,
ku iringi setiap kekesalan denga kemaafan,
"Ya Allah, sahabatku tiu hartaku, mesra kami penawar duka, rindu kami menambah pahala, rajuk kami membuah ceria"
"Ya Allah, silaturrahim kami ukhuwahfillah, bermusuh kami Nauzubillah, berpisah mati InsyaAllah, pengubat hati doa Rabitah"
"Ya Allah, rahmati kami meniti usia, terpisah kami dialam nyata, temukan kembali ditaman syurga"
amin ya rabbalalamin...

*khas buat mu sahabat dan teman......

lookin' at this picca remembered me to uolls.
this picca looks soooo uolls.

Sunday, July 29, 2012

solat sunat taubat

alhamdulillah..dah 9 hari kita umat islam berpuasa kan..xsedar masa berlalu dengan sangat cepat...
harini nana nak kongsikan cara pelaksanaan solat sunat taubat dengan semua pembaca.

semalam, nana ada ikut bengkel pngurusan jenazah kat IPG nana. alhamdulillah, nana dapat banyak ilmu berkaitan pengendalian jenazah. selain tu, nana juga dapat ilmu tentang amalan2x yang bermanfaat yang kita boleh lakukan setiap hari. salah satu darpadanya adalah solat sunat taubat.

sebolehnya, setiap hari kita laksanakanlah solat sunat taubat. bukan pe, kita nie tak tau bila malaikat maut nak datang cabut nyawa kita kan. dah tu hari-hari plak kita buat dosa secara sedar atau tak. so, tak kan lah kita nak jumpa Pencipta kita dengan keadaan yang kotor kan...

tak susah pon nak buat solat sunat taubat, 2 rakaat jek. berapa minit lah sangat kan. Jom kita amalkan dari sekarang. Biasakan yang betul yee...cekidauttt....dan semoga bermanfaat...


Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).
.
Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”  (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
.
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.
.

Fadhilat Taubat:

.
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.
.
.

CARA SOLAT TAUBAT

.
1.  Niat Solat Taubat:
Daku mengerjakan solat Sunat Taubat dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas
.
3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua, bacalah Tasbih berikut 40 kali:
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
.
4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar:
a.
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b.
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
.
c.  Baca 3 Kali Penghulu Istighfar:
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
.

5.  Baca Doa Taubat

.
lagi BESAR...

iftar bersama encik bos.

encik bos?? hihihihi...bos lah sangat kan...

semalam nana g bukak puasa dengan encik bos kat shah alam.besttt....sebab dapat bukak puasa makan makanan yang dah lama dihajati.oooemmmjj....ceteka apa dia...

tadaaaaaa!

muahahahaha..gelak puas hati.
sumpah sedap weyyy...kari ketam yang sedap! dah lama sebenarnya nana nak makan kari ketam nie. semuanya berpunca daripada bau yang nana terhidu masa lalu kat kedai makan mana tah..mula dari haritu, nana dah berazam, nana akan cari kari ketam nie sampai dapat.hoho.

lepas nana menyampaikan hajat yang terpendam kat encik bos, terus dia suruh nana cari kat tenet kedai makan yang jual ketam..nana pon hape lagi, dengan sepantas kilat mengonline dan mencari kedai makan yang ada kari ketam kat area selangor nie. 

nasib baik ada..kat seksyen 7 shah alam. kedai mee ketam KL.
around jam 4 petang nana dengan encik bos pon berangkat lah ke kedai tersebut. sebenarnya encik bos tak nak pergi awal sangat. segan katanya..yelah, awal sangat kot nak terpacak kat kedai tu. haha, wat malu jek kan datang awal2x. 

jadi, disebabkan tak nak datang awal g kedai makan tu, encik bos pon dengan baik hatinya membawa nana meround SACC sementara tu. dan di SACC, nana terkesima dan terperanjat dengan gojes sebentar sebab baju kurung dan jubah yag dorang jual sangat murah.hamek kau....mau rambang mata wehhh..nasib baik encik bos ada untuk memantau aliran wang keluar masuk.hihi....

lepas dah penat meround, kiteorang g masjid shah alam plak nak g smayang asar. dah fuhhhhh! masjid shah alam sangat ramai orang..dan sangat cantik..dan sangat besar.ok3x...sakai sangat ke?? yup, coz nie first time nana g masjid shah alam.weeeeee~

lepas dah pegi semua tempat tu, nana mintak encik bos mendrive ketempat kedai makan ketam tu sebab takut meja penuh.hah ada jugak yang bukak puasa minum air kosong jek kalau lambat datang kan.
so, dengan paksa rela nya, encik bos pon mendrive kesana.hahahaha..hampun encik bos. 

tapi tapi tapi....ada hikmah gak nana suruh drive awal g sana sebab kami......SESAT!! muahahahahaha..ok, fine..kiteorang sesat kat shah alam. ngeeeee~ kiteorang sampi masuk kat area kediaman menteri2x kot..cuak jugak seketika.kang tak memasal kena kejar dengan pakgad.hoho..
puas berlegar2x kat jalan raya, akhirnya kiteorang sampai gak kat tempat yang dituju. tu pon satu hal gak, hampir tak nampak kedai makan tu sebab signboard kecik kot...

tersembunyi jek kan.
yeaaaaaa~ setelah berhempas pulas, akhirnya nana dan encik bos sampai jugak! puas hati, paru-paru, jantung dan segalanya sebab dapat gak menunaikan hajat untuk makan bendalah nie.hihih, nana makan nasi putih, kari ketam dan jugak mee kari ketam.sangat ohsemmm...mekaseh kat encik bos sebab sudi membawa nana ke sini dan beriftar bersama nana..

hah, untuk korang-korang yang nak g makan ketam atau udang, nana suggestkan tempat nie sebab makanan banyak choice dan amat murah bagi nana. memang puas hati laa..terbaekkkk! 

berbaloi-baloi-baloi-baloi
nah..amek gak peta nie supaya korang tak sesat macam...errrrrrrr...macam orang lain.hohoho...