Saturday, November 16, 2013

pengalaman dengan cikgu kelas memandu.



dah lama rasanya nana tak menghapdet blog kesayangan nie. xpe..xda orang nak cari pon..hewhew. nie pon ikutkan bukan ada idea nak taip apa pon, tapi tadi rasa tak boleh nak lelapkan mata sebab masih terkesan dengan pengalaman membawa kereta semasa dalam kelas memandu.

ok, mungkin ramai yang dah tahu nana dah dapat lesen L pon. cuma x dapat lesen P lagi. buat yang masih tak tahu atau blur2x tu, lesen P nie hanya untuk yang dah lulus ujian JPJ memandu atas litar dan jalan raya. lesen L tu plak cuma lesen yang membolehkan kita memandu kereta bersama dengan cikgu kelas memandu. BERSAMA okeh, maksudnya, tanpa cikgu memandu tu disebelah korang masa tengah drive kat jalan, korang boleh kena tahan polis. so, dah clear kan hadek2x...

bila dah dapat lesen L nie, nana rasa nak habiskan je semua kelas2x dan ujian2x kat sekolah memandu yang nana dah daftar. kalau boleh, nak je cepat dapat lesen P tu. 

disebabkan rasa tamak haloba menguasai diri...nana terus daftar kelas memandu kat litar dan jalan raya selama 10 jam. direct 1 minggu tu nana book..setiap hari, nana habiskan dua jam untuk pergi kelitar dan belajar memandu. 

tapi sebenarnya...cara tu salah terutamanya buat adik2x yang belum pernah merasa drive kereta  yang baru kenal stereng, seat belt dan pintu kereta kerana adik2x tak kan mampu untuk menahan beban tekanan belajar drive kereta. 

nana ambil kelas memandu 2 jam setiap hari selama 5 hari direct membuatkan nana cukup tertekan. hari pertama nana pergi kelas memang rasa eksited tu ada, tapi turut diselangi dengan rasa takut sebab nana tak pernah merasa pengalaman drive kereta, bawak motor atau basikal pon. 

hari pertama nana belajar nana terus diajar cara untuk side parking, 3 penjuru dan naik bukit. serius nana cakap, step2x nya memang mudah. tapi nana kecewa sebab apa yang membuatkan semua tu menjadi susah adalah cikgu atau instructor tu sendiri. cikgu selalu nak kita buat sesempurna macam yang mereka buat. eh, HELLO! nie baru hari pertama, x sampai dua jam pon lagi aku pegang stereng ko dah nak suruh aku bawak macam ko bawak. memanglah x adil. nak je nana cakap camtu kat cikgu tu. 

nana paham, cikgu tu mungkin nak yang terbaik. tapi in less than 2 hours, janganlah expect something more than that. cikgu2x kat kelas memandu nie ZERO soft skills. tak tahu nak berinteraksi dengan pelajar dengan cara diplomatik, profesional dan matang. kemon la cikgu2x... berhenti membebel atau marah bila benda tu x perlu nak dibebel. 

balik je dari kelas memandu, semangat nana nak belajar memandu dah down. jatuh merundum uolss! rasa tertekan, sedih, marah, tak puas hati semua ada. astaghfirullahalazim..dalam hati nie rasa dah tak nak pergi belajar memandu lagi esok. biar jela duit yuran yang dah bayar tu. nangis2x daku mengadu kat encik bos. nasib baik encik bos bagi semangat sedikit cakap nak datang tengok nana belajar esok. ok fine..esok kena pergi belajar lagi.

hari kedua tu, nana masuk je dalam kereta, nana langsung tak bukak mulut. tak macam hari pertama nana tanya macam2x kat dia sebab terlebih eksited. tapi harini nana lebih banyak diam dan serius. masa belajar kat litar pon nana diam je. kalo lupa atau salah baru nana tanya nak buat macam mana. pastu bila nana buat salah, cikgu mesti cakap "semalam kan saya dah ajar". eh cikgu, semalam tu dua jam je tau..tu pon rasanya kurang dari dua jam sebab awak datang lewat 15 minit dan hantar saya awal 10 minit. sepatutnya saya bayar awak untuk cukup dua jam. bukan sejam setengah je. 

tu tak masuk hal kereta yang kena bagi untuk buat latihan lagi. bak kata encik bos, "HAZAB kereta tu". kereta macam tu ngko bagi aku pakai, lagi ko nak marah. eh, marah nie! marah! 

hari kedua berlalu dengan nana belajar masuk side parking dan tiga penjuru. bukit tu dah hujung2x baru pergi cuba. macam tak lepas je, macam tak boleh je. ah, lantak la! dalam hati nana pon nana dah set awal2x, nana takkan lulus ujian JPJ tu pon. 10 jam tu masih tak cukup untuk orang macam nana nie yang baru nak belajar semua.

esok hari ketiga nana, nie pon dah rasa takda hati nak pergi belajar lagi. terus terang nana cakap, nana nak sangat belajar, tapi bukan dengan cikgu yang macam tu. langsung tak memotivasikan pelajarnya untuk belajar lebih lagi. yang dia tahu marah dan membebel je. seriously, bila nana bawak kereta masuk side parking TANPA ADA CIKGU KAT TEPI, hati nana jadi lebih tenang dan nana boleh je buat. 

tolonglah cikgu2x memandu sekalian, jangan bunuh semangat pelajar anda. kesian kat pelajar2x tu. kalau dorang dah terer, pandai sanagt drive kereta, dorang tak masuk pon kelas memandu tu mintak cikgu2x sekalian yang bijak bestari nie ajar. berhenti memaki hamun, membebel dan memarahi pelajar anda kerana mereka belum ada pengalaman yang cukup untuk dimaki hamun. 

84 comments:

LadyWarn said...
This comment has been removed by the author.
LadyWarn said...

wow....kesian nya dpt ckg mcm tu...actually belajar kat mne???maaf..salam perkenalan....

Unknown said...

salam perkenalan jugak ladywarn..belajar kat sekolah memandu kat selangor je. kesian kan...haha..harap2x orang2x yang baru nak belajar memandu janganlah dapat cikgu macam yang nana dapat. biarlah dapat cikgu yang banyak membantu dan memotivasikan

Zaihan Yusof said...

Balik kelas memandu, hari ni hari yg ke-4 dan menangis semahu - mahunya. Sedih dan malu kot bila cikgu tu marah depan semua orang. Tak pernah diperlakukan sebegini seumur hidup. Tak apa lah, belajar mengeraskan hati mungkin.

Unknown said...

@Zaihan Yusof huhu...sabar ye cik zaihan..semoga lulus ujian memandu nanti taw..belajar memandu nie hati memang mau kuat dan berani..

Unknown said...

Sy pun dapat ckg y suka marah2... Bl tye...mst ckp kan sy dah ajar...sy y gila2 nk belajar kereta...dah makin xbminat...,kami bayar untuk d ajar bkn utk d marah...ajar n tegur dgn cr y elok...lg baik dr marah2... Duit nk tp mengajar zero...

Anonymous said...

i dapt cikgu agent y pemalas nk ajar.. biarkn i bwk krete sorng2 terkontang kanting.. pastu mintak full payment walhal blajr parking pun xhabis lg. ntah ape2.

Anonymous said...

Dah dapat lesen ke Cik Nana?
Saya pun ada pengalaman trauma dgn cikgu memandu ni. 2 tahun lepas saya ada ambik lesen L. Bila cikgu tu jumpa saya kali pertama, dia cadangkan saya tukar cikgu...alasannya takut saya tak tahan sb dia garang...ada ke patut. Dah tau diri tu garang bawak2 la bersabar kan... Agaknya sb dia tengok saya ni pelajar lewat usia...bukan remaja lagi.
Bila saya cuba nak tukar, kakitangan akademi tu cakap susah sb nanti akan makan masa nak cari guru baru.
Hari pertama pusing litar. Hari ke-2 dia terus ajak drive keluar ke jalan besar... pastu marah2 tengking lagi sebab saya tak reti nak tukar gear walhal ajar pun tak abis. Dahla sehari belajar setengah jam jer...tapi itulah setengah jam yg paling menyeksakan dalam hidup. Gara2 dia la saya berhenti belajar...tapi saya sambung balik tahun ni sebab lesen L saya dah nak tamat tempoh. Syukur guru baru ni baik dan penyabar. Ada gak dia tegur tapi bila time balik dia 0-0 dan siap cakap 'terima kasih'. Skrg saya dah tak takut drive lagi...harap2 dapat la lesen dlm waktu yg terdekat ni.

Anonymous said...

Sy pun tgh amik lesen moto skrg ni.. Arini first time belajar kat litar.. Sy ni cpt lupa.. Ckg tu ajar laju sgt.. Ada yg sy x fhm.. Asal sy tnya je, dia menengking.. Klu sy slh sikit pn, dia maki hamun sy dpn dak len.. Malu la sy.. Igt g tmpt blaja memandu ni d byr untuk dimaki hamun ke.. Semangat nk ambil lesen moto tu terus x de dah.. Down..:'(

Unknown said...

@Anonymous banyakkan bersabar...moga berjaya mendapat lesen!

Unknown said...

@Anonymous its ok..banyakkan bersabar...semoga berjaya!

Anonymous said...

assalam.. saya baru je habis belajar kereta tadi.. teruk giler kena marah dengan cikgu.. sya baru pegi belajar 3 kali, sepatutnya dalam 30 min.. tp cikgu tu ajar dalam 20 minit je pun.. rasa down giler kna marah.. even msa first bljar pn dia marah padahal masa tu memang langsung x thu mcm mna nak bwa kereta.. nak cntrol stereng.. nak tukar gear.. sya faham perasaan nana, sebab sya pn sedang mengalaminya.. sya nk lesen kereta urgent sbb kja sya msti pg site.. tp bila dapat cikgu mcm nie.. trpaksa lh redha hari2 knak marah.. sbb aayt diorang pedasss2 gilerr.. rsa nak nangis jak msa drive tu.. tp tahan xnk tnjuk kt dpan ckgu tu.. patut ke compare bwa keta dengan bwa kapal terbang.. dh lh jerit2 dlm keta.. kta yg tgh drive, dh xboleh fokus.. nasib baik masih ada rsa hormat.. uhuhuhu..

Unknown said...

@Anonymous agreed! bila try buat sendiri tanpa ada cikgu, hati lebih tenang. banyakkan bersabar..bertahan demi lesen.good luck!

Anonymous said...

Saya pn mcm cik nana jg.saya skrg dh ada lesen L n dlm proses nk ambik P.masa nk dpt lesen L tu saya dpt cikgu mcm cik nana dpt tu.ada ke masa kita 1st time yg pegang stereng ni dia marah2.dia kata 'kan baru td dh ajar'.pastu kwln stereng pn tak brp ok.dia kata mana org bawa keta sampai termasuk jln sebelah.marah saya sampai kata nk kuar keta n suruh bawa sendiri.mmg down giler.sampai skrg fobia.nk trskan ambik P pn teragak2.sbbkan fobia saya tukar pusat memandu lain.hopefully nnti akan dpt cikgu yg ok..rasa takut sgt skrg..

Wana Kim said...

Salam Kak, smpai mcm tu skli ke belajar memandu?? Kak, mggu dpn saya kena dftr , tp dgr cter akak ni buat saya risau plk, kalau saya dpt ckgu mcm tu, kalau saya termarah dia blk akak rse proses pembelajaran saya dibatalkan ke tak eh? Sorry tnya soalan cmni sb saya ni jenis ckp apa yg saya rasa hurm

Anonymous said...

Kak cgu memandu akak berbangsa apa?

Unknown said...

Saya buat praktikal haritu baru dua jam. Dia cakap drive 1 jam, tapi satu jam lepastu sambung rpk. Masa saya tengah drive dia bising sebelah saya dan saya hampir2 terkeluar lorong dan dia sangat malas nak mengajar!!!

Unknown said...

Mee too..geram rsenye dpt cikgu mcm tu, dh la first time bwak..nk membebel..dh la dia jerit dri luar..malu bila kene marah...dh la dgan panasnye..sye mnangis dlm kereta time buat latihan tu...just bergenang air mata...die expect kite ni teror..mne boleh mcm tu..dh la hbis latihan tu awal drpd yg dtetapkan..smpai tercabut tapak kasut..terpaksa gam balik..

Unknown said...

@wana kim..xsemua cikgu driving school mcm tu..tgk nasib la, kadang dpt yang baik, kadang dpt la yang garang. jangan risau, daftar dan belajar. kuatkan hati.Insyallah berjaya.

Anonymous said...

Semalam first time pegang stereng kerta, memg tak pandai pape pasl kerta ni, dah la kene maki hamun sebab tak duduk lorg btul, dah marah2, kte yg bwk ni dah tak fokus. Ckp lembap, otak letak mane, gila, sakit hti kte mcm kene cucuk2 dgn jarum je, sbb dah tak tahn keluar jgk air mata. Dgn budak laki dia ckp baik2, siap ketawa lg. Skrg dh down, hri ni kene prg blajr lg, skit hti semalam pn x hlg lg. Kite byr bukan nk kene maki hamun. Nak marh takpe, asl dia ajar satu2. Ni tak tau mane hujung pgkal. Down sgt2.

Anonymous said...

Saya baru hari ni belajar memandu. Sedi geram down smua ada la. da xde smagat nk blaja. Mcm mana nk tukar pusat latihan ye? Enjin byk kali mati, susah nk imbangkan clutch ngn minyak. Sedih ��

Anonymous said...

Hari pertama buat latihan kat litar, tak sepatutnya dah marah2. Bila pergi jalan raya, kena berhenti kereta separuh jalan tukar dgn orang lain gamaknya. Baru nak pergi belajar dekat bhgn bukit dan jalan raya untuk kali pertama, memang terus kena marah dan tengking2 sampai tak tahan dah rasa, sakitnya tuh disini. Mana tak hilang focus nak bawak kereta kalau dok bising mengata orang je dari awal kelas tak habis2. Bukan nak cakap baik2 sikit. Ini semua benda nak disalahkan. Dah macam takde satu benda yg dibuat pun yang betul. Padahal, orang baru belajar nak biasakan diri.

Muhammad Nur Atiiq Azman said...

setuju...aq llaki...and skrg baru nk amik lesen kereta....skrg aq trcari blog2 yg crita psal pngalaman ambil lesen mmandu nih......aq rsa down sngat lpas kna maki msa buat latihan....apa punya cikgu la.....aq baru blajar brapa jam kot....mmng la kawalan stereng aq x mahir lg...dia expect bnda tu mudah bg dia....smua org rasa mudah....geram gila rasa...kita trkial2 pusing stereng...dia bole perli2 plak....down3.....

Anonymous said...

Seramnya baca komen pengalaman orang lain. Saya pula hari ni hari pertama,memang tak tahu apa-apa pun ,seram sejuk la....

lesen motor dah ada cuma baru nak ambil kereta.

Apa pun kena la juga bertahan kan,lepas dah dpt P memang bye bye la dkt sekolah memandu. Huhu

Anonymous said...

Pengalaman saya pun lebih kurang macam Cik Nana juga...bab kena marah tengking maki hamun berlaku sepanjang pembelajaran tapi saya buat tak endah sahaja..adatla kita pelajar dia cikgu kan..tahan telinga sahaja la yang dapat saya buat tapi ada satu peristiwa yang tak dapat saya lupakan di mana satu hari cikgu menyuruh saya pandu kereta dalam perjalanan balik ke rumah saya..jalan menuju ke rumah saya ada melintasi jalan bukit agak curam mendaki..orang yang pandai bawak kereta pun agak gerun untuk bawak kereta di situ..takut mengelonsor ke belakang..saya merayu pada cikgu saya agar tidak disuruh bawa kereta disitu kerana saya tak confident dan tidak mahu ada accident berlaku (masa nie ada seorang lagi student bersama kami) tapi saya diherdik dan ditengking...saya tergamam dan tahan diri daripada menangis dan saya pecut semahu2nya dan syukur alhamdullilah dapat lepas juga jalan bukit tue...sampai di rumah saya menangis semahu2nya dan ibu saya cepat2 telefon sekolah memandu tersebut...kemudian hari saya dibawa ibu bapa saya berjumpa dengan cikgu tersebut bersama dengan orang atasan sekolah tersebut...cikgu tersebut digantung kerja sementara dan saya dapat cikgu lain..bila berlaku peristiwa macam nie bukanlah kita minta layanan istimewa tapi biarla bersesuaian dengan tempat dan masanya..kalau baru pegang stereng dalam 2-4 jam mana mungkin dia boleh bawa kereta di jalan raya macam orang yang dah expert bawa kereta kan?

Unknown said...

Saya pulak baru lpas kpp01 6jam pstu nk ke ujian komputer akan dtg tp masalah kt cni cikgu tu pulak nak kita ikut time cuti dia padahal mula2 dlu kata Kita kne book ikut time cuti.. Dahlah muka bengis ckp xde prasaan.. Nanti nak try call opis dia minta tukar cikgu sbb tgok gaya cikgu ni mmg biadap..

Anonymous said...

saya ni jenis cepat lupa. on first day dah pi jalan raya. maybe nak biasakan kawal gear and so on. sikap tutor tu agak tegas jugalah and byk bebel. but i accepted it since its my first day. on sec day, kena marah sbb lupa jalan raya. (what do u expect from beginner?) kena marah tukar gear lambat blablabla like chill lah boleh je tegur elok-2. memang sepanjang class ni asyik kena bebel jelah. laju salah tak laju salah the heck. pastu on my third class kena marah juga aish its bcs i dont really remember what he said. and yelah dlm litarkan banyak hints-2 yg dimana semua kena perrfeect kena ikut semua. but pleaselah jangan nak marah je. it should be me yg stress bukannya tutor. pastu tutor kata malas nak ajar. ?? kenapa jadi tutor kalau malas nak ajar? its that your attitude toward student? der. saya tengok tutor lain elok je and have a lot of energy nak ajar student dorang. setiap kali habis class i always cryinggg..what do u expect from a girl yang tak pernah pun pegang stereng??? huh rasa tawar hati gila nak belajar memandu. bila kelas i always focus and dengar apa dia cakap. but bila tersilap sikit dah marah. chill lah setiap org ada buat silap kot. lagipun class kan?! ni baru kelas ketiga. i don't know the next class macam mana. nak tukar tutor pun..akan bertembung juga. i thought that bila masuk driven school akan dapat keyakinan untuk belajar kereta. i still upset dengan perangai tutor tu. �� sometime rasa nak demam je sebab banyak fikir pasal kelas ni. tengok tutor lain layan dorang punya student okay je. jealous gila. thankyou ada juga blog macam ni boleh lepaskan apa yang tak puas hati ��

Unknown said...

Harini saya first day belajar kereta.. Yela kita ni mmg zero knowledge la pasal kereta..bfore pkl 11 tu belajar kat litar.pastu terus dia suruh bawa kereta kat jalan raya. Dahla first day. Pastu mcm marah garang mcm tu psl clutch la apa. Sy geram sgt sgt. Dhla saya ni first time and first day belajar kereta pstu dh kena bwk kat jalan raya. Pstu kalau tersalah dia marah.saya tahan jeee smpai satu tahap tu mengalir gak air mata masa tgh drive kat jalan raya tu. Mmg tk tahan dh so smbil drive smbil nngis hahaha.rasa mcm takde mood dah nak ke class seterusnya. Pstu balik cerita la kat parents, lega sikit rasa and terus google pengalaman org lain belajar memandu. Ternyata sama and ada yg lebih teruk hmm. Mmg kena kuatkan hati sangat sangat dgn cikgu cikgu memandu ni. Hmmm

Anonymous said...

Dah bnyk kali baca blog ni since first day bljr bwk kereta smpai da dekat 2 months (and masih bljr kereta lagi haha) ni i still baca blog ni sbb nk motivation hahaha haih nak cite pengalaman dgn cikgu mmndu ni mmg x habis2. Ingatkan bljr dgn cikgu yg dah tua ni (dia llki umur dlm 60+) dia byk bersabar ke apa rupanya kuat mmbebel and marah je -..- ni i dah lama bljr tapi still x test jpj sbb i bnyk ponteng class. Sebab apa sebab fed up dgn cikgu tu and parents pun ckp klau penat bljr just amik je cuti jgn stress2 apalagi i ponteng semau maunya ahahaha skrng ni bwk kereta dah ok just kat litar tu i lemah sikit sbb kkdng lupa hints2 yg dia ajar tu :( lupa bukan bnyk sikit je TAPI dia still mmbebel eeee!! Dengar kawan dapat cikgu yg muda lebih bermitivasi and lbih baik jelesnyaaaa!! Tapi apa nk buat,nak tukar da x sempat. dah lama bljr gan dia teruskan je la ;') tapi srs ah, lps baca blog ni and baca komen2 pnglman yg lain i rasa lbih motivated and ada hati juga lah nk bljr mmndu lgi dgn org tu ahahaha. Pesanan buat mereka yg tgh alami masalah sebigini yg stress down marah nak nngis and rasa nk tukar cikgu mmndu tu hahaha i nk pesan tabah je la and banyakkn baca pnglamn2 yg kejam mcm ni sbb ia sgt mmbntu hehe and kalau cikgu tu mmbebel JUST IGNORE JE OR DIAM JE BUAT DERK JE sbb i pun camtu and kalau da geram sgt i pandang je luar tingkap biar dia ckp sensorng! Hahaha aish nasib la still ada rasa hormat ni kalau x dah lama kena org tua tu ahaha jahatnya i !! Ok kipidap guys jgn mngalah hnya kerana cikgu yg begitu. Ingat it just a bad day not a bad life :)) i pun nk bljr mmndu lgi ni igt target mnggu ni last bljr and next week hope da bole test sbb da malas nk bngun pagi2 prgi class haha k semoga berjaya semua! :D

Anonymous said...

Ya saya pun ada pengalaman mcm tu. Diorang ni expect kita untuk jd terror since day 1. Kemon la, nama lagi newbie. Takkan masuk2 je dah reti. Yg mmg dah reti sb blajar ngn makbapak dulu pastu baru ambik lesen tu lain la.. pastuu nak compare2 kan kita ngan student yg mcmtu. Mampos laaa.. haritu first time bawak kt jalan raya. Masatu day 2, masa day 1 belajar taksampai sejam, pstu masa kt jalan raya tu, kereta asyik nk pergi ke kiri. Biasalaa, newbie kut wei newbieee. It's my first time. Tp dia punya tengking eee ya Allah rasa nk tumbuk je muka dia. Semoga tuhan bagi dia hidayah. Huhu. Kawan2 lain yg belajar ngn dia gak ramai yg complaint dan citer dekat sy hal yg sama. Sy cuma mmpu ajar diorang to keep a straight face and sabar selagi mampu. Kesimpulannya, jgn ambik cg memandu yg tua2 pastu muka ketat. Kalau tua ada jgk yg baik. Yg jenis alim and lowkey tu ok. Klau tua muka masam dan berlagak mohon jgn. Lebih baik ambik yg muda. Lebih2 lg yg hensem hihi. Blog ni sedikit sebanyak dah buat saya rasa lebih baik. Sebab rupanya ramai lg yg ada pengalaman sama mcm sy. Hati kena kering la nampaknya huhuhu

Anonymous said...

Harap2 saya lulus la test jpj yg akan menjelang ni. Lepasni takpayah tgok muka dia lg. Hehe tak sabar rasanya nk pegang lesen P sendiri. Saya ambil lesen manual, pastu kereta asyik mati je pasal sy terlepas klac terlebih. Dia marah sy wooo. Pastu dia siap yelling lg masa dlm kereta. Sy tkthu nk bt apa. Sy cuma mmpu senyum kambing padahal dlm hati otw nk nangis dh. Entahlah. Mungkin salah sy sebab sy lembab skit. Tp jgn la sampai marah2 tengking2 mcmtu. Sy bukan robot. Ada hati dan perasaan. Lagipun sy bayar lah. Bukannya free. Seems like cikgu sy ni nk student yg easy. Yg tak pyah ajar banyak2 terus dah reti. Yg mmg dah pandai sb dah lama belajar sendiri kt rumah and cuma tinggal nk ambik lesen je. Hmph, teruk la mcmtu. Habis org yg mcm sy ni mcm mana pulak? Mmg kitorang kene tahan maki hamun dan segala tengkingan ni semua ke? Mmg nk kena ikut je kepala angin cikgu2 ni? Kadang ada jgk rasa mcm nk lawan balik apa yg dia ckap, "apa ni cg takyah la marah2 sy bayar utk belajar bukan untuk ditengking. Sabar la cg. Sy pun manusia jgk. Tentu akan buat salah. Cikgu xpernah bt salah ke? Masa first time pegang stereng cikgu dah terus pandai ke??" Nak jeee ckap mcmtu. Gerammmm

Anonymous said...

Sy sgt jeles bila tgok student memandu lain yg dpt cikgu baik sgtt. Dah la asyik buat lawak. Hmm, kesian sy dpt cikgu yg asyik marah. Pernah sekali tu, masa second time sy drive, sy tnya dia, masuk lorong ni ke? Tau apa dia cakap?? "Perlu tanya ke soalan mcmtu? Soalan bodoh betul" dia cakap mcmtuuuu. Fuh rasa mcm nk marah nk nangis semua bercampur2. Ya Allah dugaan betul. Klau org cakap benda sama dekat dia apa dia rasa agaknya. Msti marah gak en. Tolong la berubah wahai cikgu2

Hamba Allah said...

Dah tba masa jpj buat pemantauan kat instructor2 yg kurang ajar ni semua. Kalau ckgu2 sklh laju je segala jpn ppd kpm amik port, ni ckgu2 sklh memandu boleh pulak buta mata, pekak tlinga depa eyy. Anak sedara sy pun kena gak dgn instructor kurang ajar ni..kat sektow tambun..x guna berpuluh2 jam ngajar kalau perangai ckgu2 ni samseng belaka! Patutla ramai beginner drivers drive mcm malaun..mewarisi perangai instructor rupanya

Anonymous said...

Saya pun baru habis kpp03 hari pertama. Setakat bawak dalam litar je. Instructor saya baik,kalau improve dia puji, tp kalau silap peiii tapi ayat dia peii pedas,lazer dgn jahat gila. Cakap saya ni lambat tangkap la,selow,ckp muka saya la melekat dkt institut memandu sampai bila2 sbb tak lulus2, tengking2 hempas2 pintu bagai. Tiba2 lepas tu bila ada lagu best dia nyanyi -_- entah nak rasa takut ka apa. Nak nangis pun tak jadi. Tp itulah, mungkin cikgu2 ingat by scolding&downgrading us kita akan cekap but hell no they are bringing us down and emotionally hurt us. They need to give constructive criticism not destructuve criticism in a proper way. I am no instructor but i know common sense

Anonymous said...

Hai cik nana! Sbbrnya cerita cik nana ni lebih kurang sama mcm saya. Saya ni dah la tk pernah ada lesen lain, like motor or anything kecuali nak try ambil lesen memandu ni. Saya dah macam tak sabar nak ambil lesen P, then saya pun terus cepat2 booking kelas memandu straight 2 weeks tak mcm cik nana stiap hari tp selang-selang hari mcm tu. Saya fikir dgn cara ni lagi cepat dapat lesen but saya silap, cara ni lagi salah sbb lg burden kan kita nk ingt semua yg kita dah belajar. Sumpah tak ingat ape bende pun belajar dgn cikgu yg garang lagi suka maki hamun. They expect kita dah pandai? Then, sbb dah tak tahan belajar saya stop skjp belajar dgn cikgu tuh but the worst is saya dah lupa nk memandu lagi, saya rase saya nk tukar tmpt belajar lain la and cari masa yg lagi sesuai untuk sy belajar not straight kelas but slow2 sekurang2nya saya tak stress dan boleh lulus

Anonymous said...

sis tak tahu bahagian mana?
saya pun baru amik lesen l
sekarang baru dua kali belajar
ada lagi 3 kali belajar then baru pra test

cara nak start enjin:
pastikan dari gear neutral then start engine
kalau dari gear 1 tekan cluth then start engine

Anonymous said...

Seriously rasa lega bila baca comment2 kat sini. At least sy tahu bukan sy sorg je rasa down stiap kali pegi kelas memandu, blk je nangis hr2... Sampai kadang terfikir aku ni mmg x ditakdirkan utk blh bw kereta ke dlm hidup bila cikgu ckp lambat, x blh fikir benda sng, bnda basic kawal stereng pun xtahu, common sense xde 30 tahun pun x blh bw... Tp sy sllu cr kekuatan blk nk bljr bila sy tgk ramai je org lg tua duk bljr lg. Skrg just fikir nak buat betul2 je latihan dan habiskan jam tu sbb dah byr.. Jgn sbb kita down pastu berhenti n diorg dpt duit free mcm tu je.. Biarlah diorg jemu nak ajar at least kita dpt la pglmn bljr wlupun x layak lg nk test jpj nnt... Moga Allah mudahkan semua urusan2 kita yg 1st time pgg stereng nak belajar dah kna marah mcm kita ni expert dah 10 tahun bljr. Jgn la expect org nk bljr dlm masa yg singkat. Semua benda ni perlukan masa...

Unknown said...

Tutor saya ajar saya memandu di jalanraya pada hari ketiga kpp03..dia asyik membebel je sebab sya tak pandai tukar gear dan gear kadang2 tak masuk pun..nak tukar gear 2 tapi terpergi pula masuk gear empat...haha..takpe..practice makes perfect..manada org belajar terus pandai kan..perlu masa juga utk mahir..yg pting kena konfiden dan berani..

Anonymous said...

Saya pun sekarang belum habis belajar masih terkial kial nak habiskan belajar dalam litar. Sangat sedih bila dpt Cikgu yg malas sangat dan suka melambatkan kerja. Dah lah saya cuma dapat belajar sekali dalam seminggu sebab sekarang tengah bekerja dan offday cuma hari rabu je. Lately Cikgu saya selalu buat perangai macam malas betul nak mengajar macam² alasan dia bagi tak consider betul dgn kita dah lah hari rabu je boleh turun class paling teruk ni saya daftar bulan 4 haritu sampai sekarang tau saya tak lepas lagi dalam litar dia ajar apa je? Bila saya turun class dia dok ulang ajar on the road padahal saya dah okay dah cuma nak focus dalam litar je kadang dia boleh tak tahu nak ajar saya apa tau. Dia dok ulang buat benda sama je. Noob nya rasa. packing pun dia tak ajar yg lain pun dan² je saya mampu buat, gais ni bulan 11 dah nak habis tahun dah. Ada jugak cuba minta tukar Cikgu lain tapi ada Cikgu ni cakap kena bincang dgn cikgu yg mengajar macam mana nak bincang kalau dia buat perangai kejap ada kejap takda dah lah susah nak contact sampai satu tahap tu saya rasa down teruk Allahu tapi sabar dan sabar. Now lesen L dah expired saya cakap dkt dia haritu nak renew balik dia kata nanti nanti lah. Whatsss? Faham tak rasa nak maki je orang mcm ni. Bila nya nak test jpj kalau dah mcm tu. Sedih tau hari² stress fikir pasal lesen. Nak tukar Cikgu lain susah macam dah setengah jalan and dah bayar setengah cuma tinggal sikit je lagi kalau boleh nak habiskan cepat and boleh rasa heaven tak tengok muka Cikgu tu lagi menyampah tau eee geram je Saya tak tahu kenapa dia buat mcmtu dengan kawan saya yg daftar sama bulan 4 tu pun habis dah now dia ada lesen dah elok je dia ajar tang masa saya dia main² dengan tak cukup jam dia nak mengajar haih nak buat report bagi dia kena gantung macam kejam sangat. Harini pun ada class dia kata pukul 2 nak ambik and dia siap bagi alasan kata tak sihat penat je rasa. Pastu penat kita yg tunggu lama² ni tak fikir pulak kan.pernah tau haritu dia kata nak ambik pukul 10 tapi sampai ke petang saya tunggu batang hidung pun tak nampak gila tak marah.Dia macam bosan gila nak ajar saya macam nak tak nak apa je salah silap entah saya dengar je apa dia ajar. Sampai dia pernah bagi Cikgu lain ajar saya kejap haaa elok pulak Cikgu lain yg ngajar,kalau tang dia ada je masalah. At first kan memang tak sedap hati tiap kali dia mengajar. Takut pun ada rasa tapi itulah hati kena gak kental yelah nak dapat lesen kan. Apa patut saya buat weh parents bising dah sebab kenapa lama sangat saya stress macam ni Allahu down teruk tau rasa

Anonymous said...

Tengah berusaha nak dpat lesen P. Cikgu saya dapat bertukar- tukar ada cina , India Dan melayu. Kereta pun bertukar2 kancil ada, viva Dan axia. Bila cikgu bertukar2 nie ak jadi confius. Hints dahla asyik lupa. Ak buat z asyik x lepas je...please LA BG semangat nak dapatkan p. Sekarang btol2 down.

Anonymous said...

Kecian kt awak. Lama btol nak dapat lesen dari bulan 4. Saya pon tengah struggle nak dapatkan lesen p. Good luck untuk awak.

Unknown said...

Salam nana, tau post ni dah lama. Tapi saya pun tengah mengalami benda yang sama sekarang ni ☹️ Saya betul2 kecewa. Saya memang plan nak dapatkan lesen kereta ni sebelum bulan 9, sebab bulan 9 saya dah start sem baru. Cuti dah habis. Macam2 benda buruk cikgu tu cakap kat saya. Ajarnya and tips pun takdelah banyak mana. Yang dia tau, bebel bebel bebel dan marah. Dia pernah cakap kat saya banyak sangat, antaranya yang saya ingat :

Ko ni cakap amek test jpj dah FAIL FAIL FAIL. Dia akan cakap fail ni almost all the time waktu saya drive atas jalanraya and dekat litar. Saya memang rasa saya akan fail pun tiap kali belajar dengan dia.
Ko ni bawak kerete macam ikut nafsu. Takde kebolehan memandu
Ko ni pandai tapi tak cerdik.
Ko ni kalau beli kereta kereta tu dah hancur dah.
Ko ni bawak kereta macam orang gila ek.
Ko ni nasiblah amek auto kalau amek manual entah jadik ape entah.
Ni belum lagi apa benda pelik2 yang dia kata kat saya. Tolonglah, jangan membebel, jangan downgrade saya and jalan sindir2 or hina saya. Saya paling menyampah orang membebel. Buat saya makin distracted, saya tak boleh buat bebetul and makin stress. Dah 4 hari saya menangis dari first class. Memang saya fikir nak tukar terus institut memandu sebab kalau saya masih kat situ, agent saya tu suami isteri, yang mengajar saya suami dia, nak tukar cikgu isteri dia pun saya tatau nak explain cemana. Dalam dilema. Saya fikir taknak jatuhkan air muka dia. Allah.. takpelah duit burn pun. Asalkan mental saya tak terganggu. Saya tak pernah down sampai macamni Nana. Hilang terus semangat nak ada lesen kereta. Tak ada pun takpe. Terus takde semangat nak teruskan lagi, sungguh. Tapi bila fikir nak tukar institut memandu dan dapatkan cikgu yang lebih baik, rasa macam ada harapan lagi, InshaAllah. Saya doakan yang terbaik untuk Nana and semua yang facing the same situation as I am. Saya doakan yang terbaik untuk diri saya juga. InshaAllah..

Anonymous said...

Saya bru hri kedua bljr memndu. Semalam masa first day, ad cg smntara ajar sy memndu, sbb cg asal sy tu tgh solat. Masa cg semntara ajar sy ni, lembut je and sy rasa tenang sgt. Lpastu, hri ni, iaitu hri kedua bila turn cg asal sy dtg utk ajar sy, cara dia ajar tu buat sy tergamam. Tinggikan suara, then tunjah2 badan sy masa kat bukit tu, sbb dia nk suruh sy tgk kereta smpai kat garisan kuning. Sy buat salah sikit, tinggikan suara. Sy ni dh la hati tisu. Balik rumah, trus ad rasa macam2 perasaan. Marah, sedih geram. Rasa nk dgn cg pmpuan yg lembut tu ajar sy balik. �� Xsuka laaa camniiii. Hmm

Anonymous said...

Saya harini first day belajar bawak dalam litar . Awal awal dia bagi cara nak gerakkan kereta n suruh hafal lepastu saya hafal lah . Habis hafal nak practise tp mcm xlancar la pastu ada ke cikgu tu kata kita penipu sbb xleh nk gerakkan kereta dgn betul? Effort kita hafal try nk fhm tu punya la besar , baru first try dah ckp.cmtu . Lepastu awal awal cikgu tu dh kata "budak macam awak nilah yg susah nak diajar lembab , tak pandai , tak dgr kata , belagak " . Saya speechless n buat buat kental control air mata je padahal dah bergenang dah air mata . Yela first day kot dah bagi kata kata mendownkan orang . Saya jugak x berapa reti kawal stereng . Lagi lagi kat selekoh Z ngn S . Pastu cg tu maki kita dia ada adjust kan stereng kita pun mcm nak pusing jugak stereng tu lpstu cg tu kata saya ni berlagak mcm nak jadi cikgu . Bila saya tanya dikatanya saya blur , bila bertindak sendiri dikatanya berlagak nak jadi cikgu . Sedih sgt . Faham sgt perasaan org lain dpt cikgu mcmtu , mmng rasa down x nk dtg kelas dah esok . Saya mcm tak boleh kawal kereta bagi masuk lane bbtul lepastu dia maki . Hm dia expect kita dh pandai mcm dia . Kalau malas ajar tak payah jd cikgu . Saya faham kalau cikgu nak tegas tp kalau smpai dah memaki , bagi kata kata yg x memotivasikan .. baik tak payah . Dhla asyik memaksa bayar duit cepat tapi perilaku mcm apa . Haih

Anonymous said...

Saya cikgu perempuan yg asyik memaki

Unknown said...

I igt i sorg je cenni. All so relatable la, even tge comments above. Rasa mcm nk terjun bangunan je hahah. Frust sgt

Unknown said...

Kita nie zero xpernah bawa kereta tiba2 dia org expect kita mcm dah pandai bawa kereta...hari pertama ok..hari kedua stress gila..dgn bawa kereta ke kiri ke kanan...terus jadi lupa apa yg diajar satu pum xmasuk..dapat cikgu yang suka membebel dan xboleh terima dgn cara pengajar yg macam tu...niat nak belajar tapi patah semangat...

Unknown said...

Xsemua student boleh terima pengajar yang macam tu...

Unknown said...

tgh alami yg sama..first day class kene Bebel kena tengking..sekali kite tengking Dia balik tp air Mata tumpah lahhhh...😂😂😂 patu ckp bukan niat nk Marah nk benci anak murid tp nk anak murid lulus! Hello mengajar byk Cara kot..pakai kopiah dah elok dah....hrummm

Unknown said...

Pertama kali belajar, tak tahu apa2.... cgu yg mngajar pula mghrapkn saya ni cepat blajar, bila buat salah terus kena marah... Kan pertama kali blajar mmg la belum pandai...

Faiezsemi said...

Samela kita senasib.. day 1 2 tu baik2 lgi..cg aq n cg prempuan..dya pnya marah2 & membebel tu buatkan aq srabut.. xleh nk fokus time drive..asal salah skit marah2 dahla buat muka..dahla ajar smbil main fon pulak tu..haihh marah aq! Day 2 dya start ajar parking sisi,3 pnjuru, bukit dn smuanya..bila tiba day 3 dya suh aq buat semua tu..eh come on la! Xkn ajar skali akn mmbuatkan aq ingt trus ap yg dya ajar! Aq n jnis lmbt jgak nk pickup ..pastu marah2 ckp "aq xphm la dgn kau n" duk ulang2 ayat yg sama..aq dri mood happy nk bljr trus down..geram aq..kalu aq buat cepat2 dya kata aq kalut la tu la n la.. "rilek bohh" antara ayat2 yg dbrikan kat aq..dahtu hri n aq bljr aq cuba nk tenangkn dri aq..stiap kali challenges tu kna buat slow2 dn tng2 ..dya marah jugak..kata aq lambat la..pstu bila aq tnya soalan kat dya..dya mcm srabut nk jwb..cepat2 tu je yg dya tau..aq xphm dgn cg aq n..pstu aq n jnis susah nk control clutch, mnybbkan enjin kreta mati..dya marah dn pesan kat aq lain kali klu rsa kaki xselesa buat gear neutral dlu..dahtu hri n aq buat la mcm ap dya bgitau kat aq bila rsa kaki x selesa..dya marah juga..adoii xphm aq..kat bukit pulak psl handbrake..hritu dya bgitau suh trik kuat2 supaya jngn bgi kreta undur..aq buat la..pstu bila nk trunkn handbrake tu jdi susah..aq mnw la tau akn jdi mcmtu pastu marah2 kat aq..haih geram hati ini!! Dya ckp "bukan jantan sngt pun nak tarik kuat2" pstu dya tnya knapa aq trik kuat2..aq ckpla xnk bgi kreta undur..dya pn kata "kepala ottt eeeeiii" Aq sabor je dgn minah n..haihh marah n marah!! Dya asyik main fon je bukan nk ajar elok2..aq byr utk diajar! So ajar la elok2..Aq rse down giler..dya nk expect budak laki n jnis cepat bljr..Mntg2 la aq n jnis snyap..pndiam nmpk lmbut dya suka2 hati je nk marah2..aq respect kot dya, dtg awal..msuk keta tu tegus snyum..balik bljr ucap trima kasih..Aq bukn suh dya respect aq tpi at least ambik la hati aq..org buat baik dibalas baik..nk membalas kang kata aq kurang ajar pulak! Hurhh maraha aq..dahla hri n kata suh mri awal pagi kul 6.45 ..aq dtg awal kot..aq tnggu pnya tnggu dya x smpai2 lgi..pntu pgar pn still tutup..dgn keadaan gelapnya,dgn nyamuk nye..aq tnggu stngh jam pstu aq balik..pstu 7.38 duk wasap aq tnya aq duk kat mnw..aq bgitau la ap yg blaku bla2..pstu ckp klu nk mri boleh la dtg..aq pnya la nk ambik hati dya sbb susah2 dtg..so aq prgi je..ingtkn baik la mse bljr tu..ap hmmm 2×5 je..maaf pn xckp..prempuan n ego jgak ye..aq xheran lgsung..lgi kata 7.30 tngk2 duk tnya aq duk kat mnw msa pn bru 7.15..ckp x supa bikin..aq brmslh mse nk msuk simpang..kete tu kna ke kanan sbb nk ambik site..ye aq thu aq salah tpi ajar la elok2 mulut tu xpyh nk bebel kuat2..aq jdi hilang fokus..n then aq n brmslh nk samakn stereng ..biasala org bru nk biasakn drive..dya kna paham! Lgi satu stiap kali nk buat challenges tu aq tau la stiap2 hint yg kna buat..bgi jela aq buat..n x dya pulak marah2 aq suh alert dgn hint2 tu..aq thu la ko duk la diam2 sbelah aq tu! Tuan duk main fon je krja..slagi aq boleh sabar aq sabar..aq tnggu mse je n klu dya buat ona lgi haa aq ready je nk tengking dya balik !

Unknown said...

Pehh mcm saya je cerita awk ni. Saya bru lpas kelas ketiga ni. Semangat jdi kurang nak belajar memandu sbb tenaga pengajar expect 10 jam tu sempurna. Xtahu lah next class mcm mana? Saya tgh L lesen kereta

Unknown said...

Hi ramai betol yg meluahkan perasaan. Sy pon tanak ketinggalan. Hehe. Ckgu sy lak perempuan tapi dress up mcm lelaki. Ingat ke ok tapi rupanya kalau dah lumrah perempuan tu memang tak dapat lari dari membebel. Sy skrg lagi 4jam jalan raya sebelum qti n jpj. Tapi entah mcm tak tahu pape. Setiap kali kena marah tengking sy just ignore sampai jadi lupa macam2. Btw sblom nie ckgu litar sy baik n sy boleh buat litar dgn baik. Tapi bila dpt ckgu jln raya yg garang nie semua benda jadi tak ok. Ade haritu sy tak perasan moto sebelum belok (tp jauh je lagi sbnarnye) dia boleh tengking ckp "awk ingat kalau ckp sory tu org tu boleh hidup balik ke kalau dia mati". Ya Allah tak boleh ke tutur kata tu baik sikit. Lepastu mase kat traffic light sy lambat tekan brek. Then dia maki ckp "awk nak masuk bawah lori ke nak mati ke" fed up sye. Nak je sye balas "kalau sy nak mati sye tak bayar utk blaja kete,sye terus bawak je kete" ayat tak pedas tak bole ckgu nie. Sye hari2 tgk utube. Rse mcm senang tp bila dia ade kat sebelah semua benda sye jadi kalut sbb serabut dgn dia.

Sukri87 said...

Mmg kebanyakkan cikgu mcm 2 die org x suke org yg zero pasal memandu keta nie die org lebih suke org yg da pandai bwk keta senang sikit die org nk mkn gaji buta.. X yah nk ajar2 sgt..spatut nye die org kena bagi tau cara yg betul mcm mne nk tukar gear pada mase yg sesuai nie x kadang die plak tanye kite balik npe x tukar gear.. Kadang2 lagak die org mcm bkn cikgu mengajar lebih pada menghukum mengalahkan die org yg lulus kan lesen pada hal die org tukang ajar je..

Sukri87 said...

Sama la mcm kes saya kt litar cuma blajar guna gear 1 je bila pegi jln raya kena byk tukar gear kita da la x biasa tukar gear tiap kali nk tukar mesti nk tgk gear lpas 2 cikgu ckp wt pe tgk gear tukar je la nnti bila salah masuk gear mula la nk bising2 mcm mane awak masuk gear x reti lagi pedahal die org x de practise pon cara tukar gear..tpi slalu yg saya tgk kalau dak perempuan yg die org ajar bkn men berseri lagi muka cikgu2 nie tpi bila dpt pelajar lelaki muka da mcm ape tah..

Ara said...

Lepas baca comments nemang semua Orang dah go through cubaan dengan cikgu memandu ni. Cikgu tu Baru je ajar saya 1x RPK lepastu besoknya saya ada kelas lagi terus dia marah2 Tanya apa masalah saya tak ingat semua tu.Dah lah Masa belajar memandu tu dia asyik bebel je suruh saya buat RPK tu cepat2 sebab Panas.Macamana saya nk ingat Kalau dia pressure saya mcm tu. Saya nak melawan rasa serba salah sebab dia tua macam umur ayah2 saya je.Saya cuma mampu diam je tak bercakap borak-borak macam biasa. Masa kena tengking2 tu air mata dah bergenang cuma tak tumpah je nasib baik lah saya ni rabun spec saya pulak boleh tertukar warna gelap Bila kena cahaya. Saya ada lagi kelas 4 jam dengan dia rasa macam x nak pergi kelas.Walaupun seminggu dah berlalu perasaan sedih tu ada lagi.Woohoo..

Hilmi said...

Sangat5 stuju

Unknown said...

Huhuhuhu... Aku

Unknown said...

Huhuhuhu...aku ingtkan aku sorang je kena marah-marah, orang lain pun ada,pengalaman aku ambik lesen memang perit dan tekanan jiwa.jadi teringat je dkat kata2 sorang cikgu yg ajar aku ni. Tapi kesilapan berlaku dekat aku jugak.sebab booking dah full. Aku mintak tolong dia ajar.dia terima.aku dah lah ada masalah keluarga.aku ni kerja jauh dari family.Pahtu kampung aku jauh pulak too.Banyak benda aku kena fikir.smpaikan aku terpaksa ambik kerja shift mlm dkat 1 bulan semata-mata nak siapkn lesen. Kadang2 balik je kerja pagi. makan,mandi trus ke tmpat lesen.dlm 2 mggu je aku siapkn kereta, motor.Tunggu test jpj je...belum lagi. Sebab nak siapkn cepat lesen.sbb ada masalah dekat kampung. Nak cakap penat memang penat lha. Dengan tak tidur mlm.. Sampai je tmpat belajar memandu. Start je naik kreta, Bersalam. Selepas start enjin, dia mula tunjuk peragai marah-marah2 dia.kalau aku silap pun. Apa salahnya bagitau elop2. kita org melayu sama melayu apa salahnya guna budi bahasa yg baik. Tegur dgn cara baik. Kadang2 diorang tak fikir banyak masalah kita hadapi.tapi dia main sound je. Kau tunjuk panas barang kau dkat laki sama laki.. Hahaha.. Siapa tak pnas.. Tapi aku diam je. Kadang-kadang trfikir jugak untuk upah orang buat sesuatu dekat dia. Tapi aku tak mcm too.. Aku fikir benda baik2 je. Tapi nak bagitau,marah dia tak boleh bawah bincang.. Kawal lah sikit marah too sebagai cikgu mengajar memandu.. Kita yg bayar. Aku ni bukan tak pandai langsung kreta.Bleh je bawak. Ksimpulan aku kat sini, jgn bunuh semangat pelajar utk belajar memandu.benda macam ni, boleh buat pelajar down untuk ambik lesen.

Moametal said...

Sial la aku pon baru kena. 0 basics kot tak tahu bawa kereta dia da bising² expect dah power bawak kereta main clucth apa semua. First time kot ajar babi betul down sial aku rasa malas gila nak belajar

Unknown said...

Nasib saya pun mcm awk. Xhbis bljr dia nak full payment. Sedih

Shuha said...

Samalah 0 basic juga asyik kena marah je. Ni dh berapa bulan aku x gi, tinggal nak ujian QTI. Aku x gi sebab excident ngn kwn aku, kwn aku bw masa nk gi keje.ni nak gi balik ambil lesen rasa trauma pula sbb excident kalau xde lesen susah nk gi keje. Skrg awk dh ada lesen ke

Unknown said...

Cmna ya nk tukar kelas d pa da(automatik)...sy x boleh bawa manual la...stress

amriromeo said...

Assalamualaikum semua, bila saya baca semua komen diatas seya tertanya-tanya kena biar kena tengking dengan cikgu pemandu.Kita kena ingat, kita bayar dia untuk mengajar kita belajar kereta, jadi kita ni customer dia,kita bayar gaji dia so apa yang nak takut.sound balik atau jumpa bos syarikat pemandu tu, komen pasal cikgu yang tak reti nak ajar.Ingat customer is always right.

Ok ni saya nak cerita pasal pengalaman saya ambil lesen moto masa saya zaman remaja.saya pun berdaftar dengan satu sekolah memandu, Bila tiba hari saya nak belajar moto dalam litar, tiba-tiba cikgu tu suruh saya ambil moto yang telah disediakan sambil pergi buat 8 dan beberapa perkara yg lain dalam litar moto, dah la tu hari pertama saya dan saya tak faham apa itu buat 8, lalu saya pun ambil moto masuk litar apa yg saya buat pun tak tahu. lepas tu cikgu tu terus tengking saya kata you bodoh ka, saya suruh you buat 8 apsal you merepek ni, dengan bengang saya jawap pasal saya bodohlah saya datang belajar sekolah ni,kalau saya sudah pandai buat apa saya datang belajar sambil saya pandang tepat muka cikgi tu, sejak dari kejadian tu, cikgu tu ajar elok saja dan tak berani nak tengking saya dan ajar dengan elok.selepas itu cikgu tu suruh murid murid lain ikut apa yg saya buat dalam litar.ishh betul la pemalas cikgu tu.

Elissa Izuddin said...

Apa reaction dia lepas awak cakap macam tu 😂 Gila first day kot apa dia expect hmm

Unknown said...

Pengalaman sy macam sis, 100% sama dengan sis. Start naik kereta sampai habis kelas dia tau membebel dan marah menjerit jerit tak kisah ada org pun dia akan marah.

Bungatambi said...

Sama.. bila dapat cikgu camni mmg down sangat.. harini kelas last sy pun masih kena tengking kaw2.. habis je kls tadi, cikgu tu terus pergi booked utk test QTI esk.. rasanya sebab dia dh fedup dgn sy terusnya pergi booked utk test besok tnpa bincang hari apa sy boleh hadir test tu.. dari day 1 smpai habes asyk kena tengking jaa.. sy ni dahla bila kena tengking akan jadi blur terus.. lupa dah yg dia ajar.. paling teruk, kawan2 cikgu yg mngajar kat situ pun tahu sy student dia yg slow.. sy dpt tahu bila habis je kelas, kwn dia akn tegur sy dan slalu cuba tenangkn cikgu sy tu utk sabar.. hmm.. down gila.. mungkin sy ni student dia paling slow kot.. kena tengking, tinggi suara semua tu dah jd mknn bila stiap kali kelas.. sy rasa boleh jd mental abuse bila dpt cikgu mcm ni.. dia dh bunuh smngat pelajar yg nk bljar kreta.. tade haih org yg brhabis bayar bribu utk dtg kelas main2..tp cikgu tu ingt mcm sy main2.. sy punyala stiap kali shari sbelum kelas sy akn stdy, tgk u tube, xlalu mkn, smpaikn nk tdur mlm tu pn xlena.. asyk jaga sbbkn nk pegi kls besok.. tp hampeh, effort yg sy bg mcm xbrbaloi.. stiap kali kelas kena tengking.. kdg ada lupa, salah sikit pn kena tengking.. hmm .. nasib jumpa blog ni.. boleh juga mluah.. kalo tak hadam je ssorang.. doakan sy lepas utk test QTI esok yaaa.. nervous lahai

Unknown said...

Saya pun semalam belajar memandu kereta dekat litar.. bahagian parking sy xberapa pandai..cikgu tu tengking2 dengan nada yg kuat sekali..macam sy ni xde hati dan perasaan..kalo nk mengajar tu biarlah leklok cara..ada kesabaran yg tinggi terhadap pelajar memandu ni..ni x tengking2 je boleh..dlm bulan puasa pulak tu..xde adab langsung..kali ni sy lawan perasaan sy..saya MMG nk belajar tapi ditengking selalu macam tu sape yg tahan..at last,sy kata cikgu knp mcm ni nk tengking2 sy..ajarlah leklok tapi ape yg sy cakap die lawan sy balik..pastuh sy kata sy da bayar da duit untuk melatih sy bukannya cikgu ajar sy free..pastuh die balas syarikat belajar memandu kereta tu bayar die murah..tu bukan masalahnya..tapi cara die xde adab SBG orang Islam yg suka menengking orang..apabila kita bertanya soalan..kira ikut mood die la..mana blh camtu.semua orang ada hati dan perasaan..jgn suka menengking orang yg baru belajar xtentu pasal..

Anonymous said...

Saya pun kena benda yang sama dengan korang semua, hari pertama baru sekali kali pusing litar..kali kedua jalan tak ingat tips kne marah teruk au...bila tanya dia jawab "kau ni banyak tanya la, kau jalan je la mana mana" kepala otak dia. saya sabar n kelas kedua saya bawak ke jalan raya, bila nak masuk simpang dia suruh toleh kiri sahaja..salah ke saya sebagai pemandu toleh kiri kanan sebelum masuk simpang? time tu hati memang dah tk boleh tahan saya terus menjerit dekat cikgu tu, saya ungkit segalanya dalam kereta depan cikgu tu sambil bawa kereta even first time bawak tak kira dah time tu, hati tetap panas. last sekali dia diam dan sampai sekarang dah kelas ketiga dia diam je bila mengajar saya...walau saya ada salah dia tak pernah tegur..memang tak guna, duduk sebelah tidur..kalau lah dapat lekat sebiji puas hati...

Anonymous said...

So skrg cmne? Dah dapat lesen belum? Sy skrg tgh amik lesen. Baru sekali belajar, rasa mcm tak nak dtg belajar dah. Stress hakak

Anonymous said...

Helo kak, nak berkongsi cerita jugak, saye pun problem jugak, muke saye ade lah mcm cina skit, pastu agen bagi lah masuk sekali dengan 3 org pelajar cina, pastu cigku tu pun cina, mula2 dia ckp cina aku diamm, pastu aku ckp aku bukan cina, berubah terus, dia asingkan aku dulu dgn pelajar tiga org tu, pastu asyik bising jer, mmg sial la, dia suruh bawak, saye boleh bawak, tapi tak perfect kan, kalau perfect takyah belajar ngan dia, nak je aku tampar mulut dia, pastu boleh pulak tetidor dalam kete, hanatnye, elok ape dpt pelajar yg dah boleh drive, satu lagi, otak mane, kita bayar kot, bukan free, ape babi lah cikgu2 memandu yg bebal ni, kalau nak bagi alasan byk dia nak ajar, lah kan dah tu keje ko, ko keje dibayar, bukan free, tak paham as ape masalah dorg.

Anonymous said...

Bagaimana cara nak melapor cikgu yang memandu yang porteng banyak masa

Anonymous said...

Aq dh rsa bnd ni now hari yg kedua aq dtg,,cikgu tu expect aq dh bawak keta 10 tahun ,,ajar mcm nk tknk yg dy tawu bebel,, maki, tengking pstu diam then ckap aq malas nk ajar org pndai mcm kau ,,Wahh snang keja kau,,aq ni kira sabar tau ckap elk ii aq mntak maaf klau dy marah tu ,,aq tk kesah kau nk marah kau nk maki tp smua bnd kau nk marah ,,kau pkir msuk ke ap yg kau ajar dgn cara cmtu ,,aku tk mntak kau layan mcm anak raja pun ckuplah kau jalankan amanah kau sbagai seorang cikgu come on mna intergriti kau sbagai cikgu lesen memandu,, be professional skit bro ,, layak ke dpat title cikgu if mcmtu pnya prangai . Kerja kau sbgai cikgu memandu bkan beshe ii tau dy melibatkan nyawa setakat kau keja nk makan gaji better berhenti cri kerja laen,,kau manipulate aq mcm ii ckap aq calon pling trukla kau jmpa ehh kau klau tkleh ajar aq bg cikgu laen ajar bkn ssah ,,aq ni anytime je bleh buat complain psal kau tp sbb aq pkir kau pun cri rezeki aq diam je ,,,

Anonymous said...

Knp sy bc smua sma mcm sy alami skrg,sy thu sikit2 jer suami ada ajar bwk kete,tapi tkdelh terer...sbb tulah nk amik lesen.arine bljr masuk litar...3 penjuru lh smua,bukit bgai...(kiranya hri pertama).rsenya tk smpai sejam pegang kete dh kena tengking..terkjut sy.siap ckp ko nih fhm tk aku ckp apa.terus sy menggigil,tkut nk nangis.

Anonymous said...

Dia kata sy gemuruh teruk sgtt...mmglh sbb dh dia ckp kuat n mrh2.dia Suh sy berhenti kete Suh cikgu lain tgok Cr sy bwk kete.elok je sy bwk kete sbb cikgu tuh ajar cara ckp perlahan2 tk tengking.

pelengkap hidupku said...

Sama dgn situasi sya skrng sis. Benda paling sya menyesal setakat ini. Dapat tutor yg garang mengalahkan singa. Patutkah sya ditengking dengn suara berteriak ketika sya sdng memndu dkt ujian luar. Hilang fokus terus dan tercemas..baru kejadian tu dkt bulatan..lps sja lalu dkt bulatan tu sya berhntikan kenderaan dan ambil kptusan utk plng sja. Sya biarkan sja tutor tu dkt kereta. And i said to him "saya tida mau ambil lesen sdh" and i go.

Anonymous said...

Samala saya pun.setakat sejam 2 ajar nak kita faham dan tahu step by step setiap halangan kat litar.saya ambil auto.bayar mahal.tapi malangnya nasib dapat cikgu yang tak banyak membantu pun.bila salah step,kita tanya..dia boleh jawab..'mana saya tahu,kan awak dah belajar!' kita salah,kita minta dia betulkan.dari semangat nak belajar terus rasa down gila-gila

Anonymous said...

Sama jalan cerita awak kecuali sy booked under agent..tp mmg cikgu2 kat situ suka perli2 sy ..kira slow learner la..Jujurlah sy cakap, family sy mmg x ada kereta kira sylah org pertama nk ambil lesen kereta dlm family so mmg zero knowledge … dorang cukup suka dgn pelajar yg dah pandai meanwhile yg x pandai2 ni selalu kena perli.. (mmg nampak dr segi layanan ) sedih gila..Awak dah lulus jpj ke? doakan sy lulus ye..

Sukri said...

Sama la mcm wife sy.jenis x mengajar bila Salah marah

Sukri said...

Wife Sy dpt jenis cikgu tak mengajar.pastu kuat main fon..die hanya bgtahu step hari pertama je...pastu die blh biar.contoh bila parking wife tnya mcm mna.die blh ckp "awk buat je"bila Salah die marah2.sblum tu xde plk die ckp stereng pulas brp kali.tayar belakang selari garisan.dh Salah die bising2 xde terangkan step..beza dgn cikgu waktu Sy belajar memandu dulu..ap yg Sy cerita kt wife die ckp xde cikgu die buat..cikgu wife jenis skdar bgtahu n xhabis.ad beza mengajar dgn sekadar berithu..nak marah xkisah tapi mengajar la..

Anonymous said...

bila baca pengalaman sis ni almost sama dengan pakcik memandu aku.. dia awalnya masa hantar balik ceramah okey je. tapi, masa first day bawak keta dia marah2 kata aku tak dengar arahan dia ckp instruction pun kurg jelas. suka ketuk peha aku like pakcik boleh je ketuk guna pembaris. hari kedua dia tanya, siapa nak bawak keta dulu, kitaorg senyap jela kan. ada org lain gak belajar dengan dia. dia ketuk peha saya dia cakap awaklah dulu. i was like bro the heck sentuh peha aku. hari ketiga aku pakai labuh2 then buat2 record. terus dia macam malas ajar sis. dahla arahan tak jelas. nak mintak drive kt litar dia kata. berapa kali nak pusing.. memang rasa nak marah tp hormat dia as org tua. lepas kes pgg peha saya trauma serious. jd tak semangat dtg. kena mrh tu mcm boleh sabar lg, tp pgg peha tu dah too far.

Anonymous said...

Hai nana. Lepas baca blog nana, saya sedih btl. Bgitu la sikap cikgu memandu sya. Tp lagi teruk, dia langsung tidak terang kan btl2 , sya dri zero mau memandu. Dia mcm mahu tidak mahu ajar sya. Dia cuma mau ajar 1 jam sja , lebih bnyk main hp. Bila sy buat silap dia akn ckp " kau lupa sda kah yg kena ajar?!" Then dia marah2 sya. Sngt sedih . Rasa downnnn gilaaaa.

Anonymous said...

Bila saya tanya , dia akan jawap dengan marah yg sy ni mau tau smua benda tp belum tau basic kawal stereng, dia marah sya. Sy speechless . Jdi sy decided utk diam sja.

Anonymous said...

Hai,nak share pengalaman saya baru sahaja pergi kelas memandu. Saya pun menghadapi perkara yang sama seperti yg dikongsi oleh org lain. Hari pertama belajar di litar dan memandu di jalan raya. Tapi cikgu tu expect kita memang dah pandai bawak kereta padahal baru berapa jam pegang stereng. Cara saya beri signal pun dia marah katanya terlalu kasar dan cakap "nak rosakkan kereta ke?" Apabila latihan memandu di jalan raya, disebabkan tidak membelok di lampu isyarat (lampu isyarat dah bertukar kuning) saya ditengking sebab berhenti dan cikgu tu cakap "awak bawak la ikut suka awak" dan terus diam sepanjang jalan balik semula ke sekolah memandu.
Selesai hari pertama tu rasa mcm taknak dtg dah kelas memandu untuk hari kedua dan rasa down dengan cara cikgu tu mengajar.

Hari kedua, untuk 4 jam pertama memandu di jalan raya. Saya fokus dengar dan ikut arahan cikgu seperti yang ditegur hari pertama. Cikgu bagitahu 4 jam kedua ada penilaian bersama cikgu lain untuk dapat tarikh ujian JPJ. Saya masih belum mahir di litar dan cikgu tu marah dan cakap saya lagi teruk dari semalam sbb saya masih tak dpt buat parking dan kawal stereng cikgu tu keluar dari kereta tinggalkan saya tak tahu nk buat apa lepas tu. Rasa nak nangis dah kat situ sbb cikgu2 lain pun pandang saya dengan hina :(

Saya rasa sangat down untuk teruskan belajar memandu di situ kerana cikgu2 disana dan kerani kaunter yang biadap. Saya nekad untuk belajar di tempat lain. Terima kasih yang sudi baca komen saya sampai habis. Terima kasih juga kpd pemilik blog. Semoga segala urusan kalian dimudahkan Aamiin.