Sunday, June 24, 2012

batuk dan asma

sekarang nie, kualiti udara negara sangat tidak sihat buat orang2x macam nana nie. disebababkan jerebu, dah seminggu nana asyik batuk dengan teruknya,. xpela jugak kan kalo setakat batuk jek, nie x..dengan selesema, demam dan asma datang menyerang sekali. tapi bila dah sakit nie, kita kena redha jela  sebab sakit tu kan salah satu cara menghapus dosa. korang tau x yang batuk nie ada macam2x jenis? hah, mai nana nak habaq mai kat korang. satgi korang batuk, korang bleh la nak kenal  pasti batuk korang tu batuk penyakit or just setakat batuk orang-orang kaya.hohoho.

1. batuk yang berkahak.
batuk yang jenis nie selalunya bermula kat bahagian dada. then, bila dah ada kahak tu, kita kena la kenalpasti warna kahak tu untuk tahu jenis penyakit yang kita alami. kan biasa kalo pegi klinik, encik doktor mesti tanya warna kahak, hah sebab dia nak tahu penyakit kita la tu. so, korang tak payahlah nak segan2x pulak nak gtaw warna kahak korang kat doktor tu.
*kahak yang warna putih atau jernih menunjukkan ketiadaan penyakit yang merbahaya. so, bila anda batuk n berkahak warna putih tu, korang boleh la rasa lega sekarang ye.
*kahak yang warna putih tapi berbuih mungkin disebabkan oleh penyedutan asap rokok dalam jangka masa lama, meaning dah tahap kronik korang hisap asap rokok tulah. selain tu, pesakit bronkitis juga mengalami batuk jenis nie.
*kahak yang warna hijau atau coklat menunjukkan adanya jangkitan bakteria dalam paru-paru. contohnya sakit bronkitis dan pneumonia (sukar bernafas dan demam).
*kahak berdarah atau berwarna gelap seperti karat besi plak menunjukkan sesuatu yang lebih serius. ia mungkin disebabkan kanser, batuk kering (TB), dll. untuk batuk berkahak jenis yang nie, nana nasihatkan korang pergi la berjumpa dengan doktor segera. jangan g jumpa tok bomoh atau tok kadi plak.

2. batuk yang tidak berkahak.
untuk batuk tidak berkahak, bahagian tekak akan terasa kering, gatal, dan perit. batuk jenis nie biasanya disebabkan oleh jangkitan virus. ia selalunya akan pulih tanpa pengambilan ubat dalam masa seminggu. pengambilan antibiotik tidak akan membantu pesakit batuk jenis nie. apa yang pesakit boleh buat hanyalah mengambil ubat untuk mengawal rasa pedih yang dirasai kat tekak tadi. hah, sekarang nie dah ada macam2x jenis ubat yang kita boleh dapat untuk kawal rasa pedih tu, contohnya mcm strepsil atau dequadin. kalo nana sendiri nana prefer untuk makan strepsil coz dequadin sangatlah tidak sedap.

nie lah dia dua benda yang berguna untuk melegakan tekak yang perit.
penyakit asma plak merupakan sejenis penyakit paru-paru yang terjadi akibat radang atau penguncupan saluran pernafasan. nama manja penyakit asma nie semput ataupun lelah. kalo nak kenalpasti penyakit nie mudah jek. nie based on nana punya pengalaman hidup dengan mak dan ayah yang mempunyai sakit asma. antara tanda2x semput nie adalah:
1. pernafasan yang berbunyi. bunyi macam orang bersiul jek. terutamanya bila menarik atau menghembus nafas. jangan plak korang ingat orang yang  bersiul tu tengah semput.
2. batuk diwaktu malam terutamanya dalam cuaca yang sejuk atau selepas melakukan aktiviti.
3.mengalami batuk secara berterusan melebihi tempoh seminggu.
4. megalami sesak nafas dan dada terasa sempit.

punca penyakit asma nie ada banyak. tapi mostly puncanya adalah disebabkan faktor keturunan. macam dalam keluarga nana sendiri, nenek, emak, ayah dan anak sedara nana ada asma. so, tak hairanlah kalo nana pon ada gak.

benda-benda yang pesakit asma pelu jauhi.
tapi, mak nana pesan bila diserang asma elakkan penggunaan inhaler yang kebiasaanya diberi oleh doktor2x yang hensem dan lawa. mak nana cakap, kalo dah biasa sangat guna inhaler tu, kang satgi kita terlalu bergantung pada benda tu untuk hidup. nana kalo dah semput tu nana tak makan ubat or guna inhaler pun. nana cuma tarik nafas panjang2x, duduk rilek, atur pernafasan sampai jadi stabil semula. maybe semput nana x kronik sangat lagi kot.
nana pernah guna sekali jek, tu pon curik2x sebab nak tau camne rasanya guna inhaler.
sekarang dah tahu kan pe kaitan antara batuk dan asma. jangan pandang sakit asma tu sebelah mata jek tau sebab sakit asma tu boleh membawa maut. kalo dah rasa2x macam nak semput tu cepat2x lah pergi klinik, jangan ikut macam nana. semput jek bawak tido.hohoho..amat tidak baik untuk keselamatan diri anda. till next post! happy sunday readers.

kredit to : info kesihatan

3 comments:

Nurdiana Aniff said...

Tq Nana. Perkongsian yang sangat bermanfaat. Senang-senang jemput ke kindhearty.blogspot.com.

Unknown said...

perkongsian yg sangt bermanfaat..tapi semput agak terok jugak ..

Jaja Zaleha said...

Terima kasih perkongsiannya :)