Wednesday, May 8, 2013

produk untuk kulit berjerawat.

 harini nana ditanya oleh seorang pembaca blog nana yang tak seberapa nie pasal oxy. weeee~ rasa semangat terus nak menaip sebab dah tau ada gak orang nak baca blog haku yang serba kekurangan nie.

macam yang korang tau (eh, korag tau ke?) kulit muka nana memang sensitif yang bangetttt..salah produk sikit, kulit boleh tumbuh jerawat batu caves, tak pon muka jadi merah-merah macam udang kena grill kat seoul garden.omnomnomnom! sebab tu nana amat memilih kalo nak guna produk kat muka nie. 

sebelum nie nana memang pengguna tegar produk oxy. tapi bukan semua produk keluaran dia.nana cuma guna facial cleanser dan ubat jerawat dia. pastu nana beralih pulak kat dalacin T untuk membunuh semua jerawat yang ada.perhhhhh..kejam disitu yaa..then, sekarang nana beralih arah lagi untuk mencuba produk lain iaitu SIMPLE. meh nana nak review satu-satu.

1. OXY
memula nana cuma guna ubat jerawat dia je. harga tak mahal pon. x cecah rm20. boleh beli kat guardian, watson, giant, kedai kak limah pon ada kot. senang sangat nak cari. kalo untuk hapuskan jerawat kat muka, korang cuma guna OXY5. kalo OXY10 tu untuk jerawat kat belakang badan tu..chemical dia kuat sangat, so tak sesuai letak kat muka. cara pakai, letak seconet je kat jari pastu sapu kat kawasan yang ada jerawat je. pengalaman nana pakai OXY5, berkesan! lepas letak OXY5, jerawat boleh kecut dalam 2,3 hari je. tapi kena rajin letak la ye. kesan sampingan takde la membawa maut pon. cuma kulit yang dah disapu OXY tu akan kering dan sedikit menggelupas. macam kulit yang dehydration la. pastu kalo guna OXY, jerawat hilang tapi akan meninggalkan kesan hitam. nak hilangkan kesan hitam tu, boleh lah guna BIO OIL ye hadek hadek. rating nana bagi 7/10.yeyyyyy!

sumber: google la.

2. DALACIN T
yang nie pulak nana guna lepas dah bosan dengan oxy. muehehehehe..sukahatimakbapakjenakbosan. dalacin T korang cuma boleh beli kat pharmacy. kalo guardian tempat korang tu ada pharmacy dalam dia, hah boleh lah beli kat situ. harga paling murah nana jumpa rm50, paling mahal rm75. yang nie jenis cecair. nak guna, korang cuma perlu dap-dap kan je kat tempat yang berjerawat. dap sikit-sikit je sebab botol dia kenit je. kang habis kang kalo guna banyak-banyak.mahal tuuuu~ guna produk nie pon berkesan! letak and dalam 3,4 hari jerawat boleh hilang. kalo jerawat korang jenis yang tak cukup makan, sehari je dah hilang. tapi kesan dia kejap jela sebab dalacin T nie jenis ubat antibiotik untuk jerawat. bila letak, dia akan meresap kat saluran darah and bunuh semua kuman-kuman jerawat tu. so, lepas dah guna lama sikit, kesan dia akan berkurangan la kan sebab kuman tu dah immune kat dalacin T. rating, 6/10.
dalacin T

packaging.
maha kecil and cinonet je.
3. SIMPLE
untuk produk simple nie, nana tak guna apa-apa ubat jerawat pon. nana cuma guna facial wash dan pelembab dia je. sebab utama nana guna SIMPLE, sebab produk dia tak mengandungi sebarang pewangi dan pewarna. hah, memang sesuai sangat la untuk kulit sensitif daku nie. boleh beli kat guardian atau watson. giant pon ada kot. harga sangat affordable. pencuci rm15.90 and pelembab rm19.90. so far, memang terbukti la sebab jerawat nana hilang. bukan sekali gus tapi beransur-ansur. memang fall in love giler kentang dengan produk simple. paling best pelembab muka dia. bila guna tak terasa melekit, cepat meresap kedalam kulit dan bila bangun pagi kulit lembut bak baby baru lahir bak hang! hewhew...rating 9/10.

keseluruhan produk yang nana guna.
make up remover
pencuci muka
pelembab muka
baru-baru nie nana pergi kat port dickson and pelembab muka SIMPLE nana tertinggal kat sana.ngeeee! terus daku rasa nak mengamuk. tapi nak marah kat sapa kan. redha jela...nanti kena beli lagi.nasib baik murah. gambar kat bawah semua lepas dah guna produk simple. jerawat besar-besar dah takda, tinggal parut je.pictures taken without any editing or filters from camera.


9 comments:

KuAnggun19 said...

boleh cuba ambil vitamin untuk jerawat dan memberikan kulit yg lebih sihat. Merawat dari dalam insyaAllah berkesan. sila ke blog saya kuanggun19.blogspot.com atau fb https://www.facebook.com/pages/Ku-Anggun-SM-Supplement/548674608511537

Fatin Liyana said...

Lepas baca review awak ni rasa teringin jugak nak try produk ni.
Sebab kulit saya jenis combination (kdg2 berminyak,kdg2 kering, kdg2 nmpk berkilat) dan sensitif. Kulit jd merah2 bila terkena cahaya matahari. Kategori sensitif jgk la kn? Hehe
Awk pkai yg trial set tu, ada tmbh produk dia yg lain x? :)

hope you can reply me.
email sy kt nurfatinliyana88@yahoo.com :)

Unknown said...

tak da pakai bedak n cream muka ke bila keluar?

Nadiah Othman said...

@Fatin Liyana Fatin, masa saya pergi jumpa doktor kulit, dia sarankan pakai sun block sbb bila ada parut jerawat, kena matahari lama kelamaan jadi parut hitam

Unknown said...

@nadiah othman
masa pakai ni, xde pakai produk tambahan yang lain. pakai yang basic tu jela.

Mira Rasidi said...

awk pakai simple yg mana ye? tak dpt tgk image la.

Unknown said...

Tima kasih nana..selama ni tak jadi sebab silap letak yang oxy 10 kat muka..oxy 5 pulak lupa letak..ayoyo..tpi ada kesan tak yang dah guna oxy 10 kat muka..letak baru dua malam..sekali sehari

Dr. Ninie said...
This comment has been removed by the author.
Naomi Kadja said...

Hmm aku guna oxy10 sapu capu cam tu je, disebabkan jerawat degil, akhirnya hitam abis muka aku, jahanam 🤣🤣